NOTIS & PENAFIAN
Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Saturday, March 9, 2013
Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim, Saiful Bukhari, #LahadDatu & Konspirasi - Siapa Yang Untung?
Tatkala masyarakat Malaysia memerhati segala kebarangkalian yang akan berlaku di dalam insiden pencerobohan Lahad Datu oleh kumpulan bersenjata yang mendakwa siri mereka tentera Sultan Sulu, tiba-tiba kita dikejutkan dengan pengakuan bapa Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim yang mendakwa kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim dengan anaknya adalah sebuah konspirasi UMNO.
Dek kerana pengakuan daripada Azlan Mohd Lazim, perhatian masyarakat segera tertumpu kepada kenyataan tersebut, lalu isu berbangkit mengenai pencerobohan Lahad Datu yang mana wujudnya kebarangkalian penglibatan Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi keutamaan lebih-lebih lagi kepada pemerhati politik.
Kita harus menilai apa yang dikatakan oleh Azlan Mohd Lazim, kerana berdasarkan rekod sebelum ini dia dilihat menyokong kuat anaknya, malah mendesak agar Peguam Negara menyegerakan rayuan di atas kes anaknya, tetapi tiba-tiba semalam Azlan Mohd Lazim 'pusing 360 darjah' dengan menuduh UMNO berkonspirasi di dalam kes tersebut.
Kita rujuk rekod sebelum ini kenyataan daripada Azlan Mohd Lazim, iaitu bapa kepada Saiful Bukhari :
Daripada The Malaysian Insider :
Daripada Utusan Malaysia :
Berkali-kali Azlan Mohd Lazim merayu agar kes tersebut disegerakan, malah mengecam keras kenyataan Majlis Peguam ekoran badan tersebut menyarankan agar Peguam Negara tidak memfailkan rayuan di atas kes membabitkan anaknya.
Tetapi ketika negara berhadapan dengan pencerobohan di Lahad Datu, tiba-tiba dia muncul membuat kenyataan yang berlawanan dengan kenyataannya sebelum ini.
Persoalannya adalah kenapa sekarang?
Kenapa pengakuan ini tidak diceritakan ketika kes liwat dibicarakan di mahkamah, kerana pengakuan yang mengatakan kes liwat ini konspirasi UMNO boleh memberi kelebihan kepada Anwar Ibrahim lebih-lebih lagi kes ini sedang dibicarakan, tetapi kenapa pengakuan ini secara tiba-tiba muncul?
Azlan Mohd Lazim Berhadapan Masalah Kewangan?
Menurut satu sumber yang dikirimkan kepada saya, bapa Saiful iaitu Azlan Mohd Lazim kini berhadapan dengan masalah kewangan, masalah yang dihadapi olehnya dikatakan telah sampai ke pengetahuan Anwar Ibrahim.
Dari situ Anwar Ibrahim mula membantu Azlan Mohd Lazim, dengan menghulurkan bantuan berbentuk wang yang mana jumlah tersebut dikatakan agak besar. Ada yang mendakwa ia berjumlah RM1 juta.
Benar atau tidak dakwaan ini, terserah kepada tuan punya badan iaitu Azlan Mohd Lazim sendiri tampil menafikan tuduhan tersebut.
Namun jika difikirkan, tidak mungkin seorang bapa yang selama ini menemani anaknya bersumpah laknat, sanggup membiarkan anaknya terkapai-kapai keseorangan berhadapan dengan pelbagai andaian dan tuduhan masyarakat malah menyebelahi individu yang didakwa meliwat anaknya jika tiada imbuhan atau dorongan tertentu?
Tidak mungkin!
Jika benar anak itu adalah darah dagingnya!
Saya ulang tidak mungkin seorang bapa sanggup memihak kepada individu yang didakwa meliwat darah daging sendiri jika tiada imbuhan menanti dirinya!
Justeru itu, saya berharap jika Azlan Mohd Lazim benar-benar yakin peristiwa yang menimpa anaknya adalah sandiwara UMNO, saya menyarankan agar beliau turut membuat sumpah laknat sebagaimana dilakukan oleh anaknya Saiful Bukhari :
Pengakuan Azlan Mohd Lazim Tutup Isu Lahad Datu
Ramai yang bertanya kenapa sekarang?
Kenapa tidak dulu?
Kenapa ketika rakyat sedang berdoa agar para anggota keselamatan Malaysia di Lahad Datu selamat dalam Ops Daulat di Sabah?
Kenapa ketika nama Anwar Ibrahim dikaitkan dengan Nur Misuari?
Kenapa ketika nama-nama pemimpin PKR dikaitkan dengan insiden Lahad Datu, bapa Saiful Bukhari muncul mengatakan kes liwat membabitkan anaknya adalah konspirasi UMNO?
Kenapa ketika Anwar Ibrahim terus didesak agar memberikan penjelasan benarkah semasa bertemu dengan Nur Misuari, beliau menjanjikan autonomi, dwi kerakyatan kepada orang Sulu selain berjanji untuk melantik Nur Misuari sebagai Gabernor di Mindanao?
Ketika itu juga kes liwat dibangkitkan semula?
Aneh bukan...?
Satu perkara lagi, sekarang ini Nur Misuari kuat menekan kerajaan Filipina ekoran isu pencerobohan Lahad Datu, malah pembangkang di Filipina juga turut mengkritik Presiden kononnya gagal menyelamatkan nyawa rakyat Filipina dari dibunuh oleh pihak keselamatan Malaysia.
Dalam masa yang sama, pembangkang di Malaysia turut mendesak dan memberi tekanan kepada PM Najib Razak konon lambat bertindak dalam insiden Lahad Datu lalu mengatakan kerajaan hari ini gagal mengawal keselamatan negara.
Dua-dua negara bakal berhadapan dengan Pilihan Raya Umum, pembangkang dari kedua-dua negara juga ingin melihat tumbangnya kerajaan mereka.
Adakah ini satu kebetulan atau ia memang benar-benar satu konspirasi?
Jika konspirasi, pihak mana yang untung jika kerajaan dipersalahkan atas segala tindakan serangan di Lahad Datu?
Tidak lain dan tidak bukan, yang untung dalam kes ini adalah pembangkang!
Iaitu pembangkang di Malaysia dan juga pembangkang di Filipina!
YY : Bekas Presiden US ada berkata, dalam politik tiada yang berlaku secara kebetulan, semuanya dirancang. Tepuk dada, tanya akal!
Label:
Anwar,
anwar ibrahim,
Lahad Datu,
liwat,
PRU13,
Saiful Bukhari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HOT MINGGU INI
-
Arai Ezzra Mungkin ramai yang tidak sedar seorang anak muda Malaysia telah berjaya membuka mata dan berjaya menandingi kemampuan pakar...
-
SETELAH tiga minggu kontroversi plat PATRIOT menyepi selepas dijawab oleh pihak JPJ dan YPNM sekaligus menutup mulut dua wakil rakyat ...
-
Jam 5.00 Petang nanti saya akan ke Persidangan Parti-parti Politik Asia (ICAPP) yang untuk mengikuti perkembangan serta persidangan yang be...
-
Di atas adalah nama 3 individu yang berasal dari Bangladesh tapi telah menetap di Malaysia melebihi tempoh 10 tahun dan mereka telah diberi...
-
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Itulah slogan yang dilaungkan oleh DS Najib Razak sebaik sahaja beliau ...
Mesti Baca All Time HOT Artikel
-
Kita lari sekejap dari kes Adam Adli, SMM, Anwar Ibrahim dan bla bla bla... Sekali-sekala saya pun teringin mengajak saudara pembaca un...
-
Paparan video tukang gunting rambut perempuan dalam video di bawah adalah rakaman secara curi-curi oleh blogger KCW Perigi Timur di negeri ...
-
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di...
-
Umum tahu Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahka...
-
Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama glamour Ustaz Mc Dee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi. Me...
-
Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu...
-
Seorang rakan tadi mengirimkan SMS dari 'Bapak Setan' Badrol Amin yang dikirimkan kepada semua ahli PKR dalam usahanya menyelamatka...
-
Masih dalam mood raya lagi... "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah ya...
-
Sekadar berkongsi rakaman dari seorang rakan yang kini berada di Australia, menurut rakaman yang dimuat naik di laman Facebook milikny...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
RECOMMENDED
-
-
-
-
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh10 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif8 years ago
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]
Arkib Artikel Kawe...
-
▼
2013
(260)
-
▼
March
(33)
- Kritikal Terhadap Kerajaan, Siapa Prof. Emeritus A...
- PKR Rancang Cetus Kekecohan di Pusat Buang Undii
- Pelampau Agama dan Kebenaran di Sebalik Peristiwa ...
- 13 Kejutan Anwar Ibrahim Menjelang #PRU13
- Makin Terpesong, Ulamak Kelantan Jauhi PAS! #Tukar...
- Part 2 : Kebenaran Di Sebalik Liwat II
- [VIDEO] : #PKRGangster - Kacau Ceramah Zulkifli No...
- Diancam Orang Presiden PKR, Kandungan Laporan Poli...
- [VIDEO] : #PrayForSabah - Ketibaan Perwira Anak Ke...
- Part 1 : Kebenaran di Sebalik Liwat II
- #LahadDatu : Check Mate! Twitter & Emel AIC Menges...
- Ratu Cantik 'Mak Nyah' Di Serambi Mekah, UMNO Juga...
- [VIDEO] : Orang Kelate 'Naik Angin' Dengan Tun M! ...
- [VIDEO] : #PrayForSabah Sidang Media Terkini Temba...
- Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim, Saiful Bukhari, #...
- Hipokrit & Cemburu Terhadap Lelaki, Surat Bukti Wa...
- RM50,000 Untuk Kematian Kiram - Kalau Nak RM5,000 ...
- [VIDEO] : Ops Daulat Sidang Media Terkini PDRM Ber...
- [VIDEO] : Sidang Media Ketua Polis Negara Selepas ...
- [VIDEO] : Keadaan Kg.Tandou #LahadDatu Sebelum Ser...
- #OpsSulu : Situasi Tenang, Walaupun Serangan Dilan...
- Provokasi Tian Chua Selamatkan Anwar Ibrahim Dari...
- [VIDEO] : Rakaman Keadaan Mayat #PengganasSulu - #...
- [VIDEO] : #OpsSulu - Kronologi Pencerobohan #Lahad...
- [VIDEO] : Sidang Media Terkini @PDRMsia Jam 9.00 p...
- #LahadDatu 2 Lagi Anggota Terbunuh : Bukti Terbaru...
- Ahli DAP Kurang Ajar! Gelar Anggota Terkorban 'Anj...
- [VIDEO] : Wajib Tonton - The IFiles Part 2/10 : Ma...
- Insiden Lahad Datu Tamat - Perisik Dedah Penglibat...
- [VIDEO] : Rakaman Terkini Insiden Tembak-Menembak?...
- [VIDEO] : #LahadDatuStandOff - Lahad Datu Darurat
- #LahadDatuStandOff : 10 Terbunuh, 4 Cedera
- [VIDEO] : Perisik Jonathan Smith Dedah Maklumat A...
-
▼
March
(33)
6 comments:
terbaik.. - K7L
Oi pembangkang Filipina, taknak orang kau mati, kenapa tak suruh diorang balik masa kerajaan Malaysia bagi chance?
Bodoh nak mampos.
tanya sama najib apa sebab goyang
tentu jawab najib sabah nak hilang ...
tanya pada nwar kenapa sabah nak hilang ...
tentu jawab nwar sabah kan diserang ....
tanya pada nwar siapa menyerang ...
tentu jawab nwar ... misuari punya angkatan
tanya pada nwar siapakah dalang ...
tentu jawab nwar "I kenal itu orang"
pada manila post dan reuters berita terhidang ...
jawaban diberi pemimpin pembankang dalang
tanya pada nwar benarkah berita dikarang ...
tentu jawab nwar "you ulang I saman kang"
tanya pada mat sabu siapa peliwat terbilang
tentu jawab mat sabu nwar dalam syarahan
tanya pada karpal siapa moralnya hilang
tentu jawab karpal nwar dalam perkataan
tanya pada azizah siapa anugerah tuhan
tentu jawab azizah nwarlah sayang
tanya pada bad rule siapa imam mehdi pilihan
tentu jawab ustaz nwar dalam ingatan
tanya pada abim siapa hebatnya orang
tentu jawab abim nwarlah pilihan
azizah bini nwar turut dijulang
anugerah khadijah isteri nabi diberi sandang
tanya pada saiful siapa liwatnya seorang
tentu sumpah saiful nwarlah jantan
tanya pada eskay siapa pelanggan jalang
tentu sumpah eskay nwarlah jantan
tanya pada khalifah lim siapa pm pakatan
tentu jawab khalifah lim nwar ditatang
tanya pada haji adi siapa pm pakatan
tentu jawab haji adi nwar diingatan
tanya pada nik aziz siapakah ahli surga tersayang
tentu jawab nik aziz nwar dalam ilham
orang umno kena jilat kaki inilah orang
memang sangat hebat ini binatang
Itu gambar Anwar dengan bapa Saiful diambil dpd video youtube tahun 2008 brader!!!
Jangan kelentong le!!!
Sebenarnya inilah kesilapan anuwar paling besar yang tidak disedarinya. Dia nak tuduh orang buat konspirasi tapi dia lupa bahawa sekarang semua orang telah tahu bahawa dialah konspirator sebenar. Allah Maha Besar. Bila dia sedar nanti, tentu Joe Bedul dimakinya. Apa yang terjadi sebenarnya telah Allah takdirkan. Bukan UMNO atau siapa saja. Kita tunggu sahaja akibatnya. Rupanya kawan saya orang PAS yang berakal pun telah sedar dan tahu kesilapan ini.
Aku setuju dengan ko YY. Sekali fikir jika semua konspirasi terlalu bodoh UMNO nak buat konspirasi yang boleh bangkitkan kemarahan rakyat kepada mereka lebih-lebih lagi apabila 8 nyawa terkorban. Memang betul cakap orang tu cakap orang ni yang untung dari semua yang berlaku sekarang adalah pembangkang.
Post a Comment