Wednesday, November 14, 2012

HARAKAH : Tepat Dari Sumber atau Tepat Dari Sumber Fitnah



Tiada kredibiliti! 

Itulah tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang ke atas akhbar-akhbar arus perdana seperti Utusan, Berita Harian atau Bernama kerana didakwa berat sebelah dalam menyiarkan laporan berita yang melibatkan pembangkang.

Namun sepanjang saya membaca berita yang disiarkan oleh akhbar ini, setahu saya para wartawan Utusan mahu pun Berita Harian tidak menjadikan status facebook sebagai sumber berita mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Harakah dan Suara Keadilan kerana status-status yang ditulis diragui kesahihannya.

Tetapi lain pula dengan wartawan Harakah dan Suara Keadilan, dengan bermodalkan satu status facebook, daripada entah mana-mana individu mereka dapat menghasilkan satu laporan berita kononnya 10,000 warga Myanmar diberi kerakyatan.

Isu rakyat asing diberikan kerakyatan bukan modal baru bagi pembangkang, sebaliknya isu ini pernah dicipta sebelum PRU12 di mana pelbagai isu ditimbulkan membabitkan kerakyatan warga asing. Tujuan pembangkang menimbulkan isu kerakyatan setiap kali sebelum menjelang pilihanraya umum adalah untuk dijadikan alasan apabila kalah kelak.

Jika diteliti isu warga Myanmar diberikan kerakyatan adalah taktik yang sama mereka gunakan dalam kes Mismah dan warga Bangladesh yang mana setelah bukti-bukti dikemukakan oleh JPN pihak pembangkang bertindak mendiamkan diri dengan menimbulkan isu yang lain pula.

Jom kita tengok sumber berita bagi Harakah dan Suara Keadilan :


Jika status facebook wartawan Harakah dan Suara Keadilan jadikan sebagai sumber untuk menghasilkan laporan berita, maka tidak hairanlah apabila kita dihidangkan dengan berita tentang ketiadaan cermin sisi komuter dilaporkan sebagai berita muka hadapan oleh wartawan dungu Suara Keadilan :


KAH...KAH...KAH! - [KLIK kalau nak baca]

Saya bersimpati dengan pembaca-pembaca dua akhbar ini, kerana mereka mendapatkan maklumat daripada wartawan-wartawan dungu yang melaporkan berita berbentuk persepsi atau 'gossip'.

Justeru itu wajarlah Harakah menukar tagline akhbar tersebut iaitu "TEPAT DARI SUMBER" kepada "TEPAT DARI SUMBER FITNAH!".

KAH...KAH...KAH!

Artikel menarik :
Printscreen di bawah menyerlahkan portal KeadilanDaily dan HarakahDaily yang menyebar FITNAH.

Kali ini, kedua-dua Akhbar pembangkang ini memang tiada kredibiliti apabila mencedok status Facebook untuk memfitnah UNHCR dan kerajaan Malaysia yang kononnya memberi kerakyatan kepada ribuan rakyat Myanmar di Stadium KLFA. 


Di bawah adalah kenyataan UNHCR yang menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku di Stadium KLFA yang tiada kena mengena dengan 'kerakyatan' seperti yang difitnah oleh kedua-dua lidah rasmi Pakatan haram pembangkang itu :
Selanjutnya [KLIK] 

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-