Thursday, November 15, 2012

Kisah Seram #BersihStories : Ambiga, Bar Council, Pengundi Hantu dan Dot...Dot...Dot


Kisah seram yang berlaku dalam Majlis Peguam & Bar Council, kisah ini diceritakan oleh blogger Keris7Lok mengenai kewujudan entiti aneh semasa proses pengundian yang dilakukan oleh Bar Council.

Benarkah entiti aneh ini telah mencuri dan mengelapkan kertas undi semasa proses pemilihan Majlis Peguam?

Jangan biarkan kehidupan anda diselubungi misteri...

Ikuti kisah seram dari blog Keris7Lok


Kantoi apa? Kredibiliti dan integriti Majlis Peguam Negara tercalar akibat Bar Council 2013 Election. 
Mengapa? 
Kerana melihat kepada beberapa situasi menimbulkan keraguan serta boleh mewujudkan ketirisan didalam pemilihan kali ini. 
Bar Council dilihat sebagai satu badan yang menyokong BERSIH namun mereka tidak praktik sama seperti tuntutan BERSIH. Kini kita dapat lihat apa yang diminta mereka sebenarnya cuma satu hipokrasi. 
Minta macam-macam walhal mereka sendiri tidak telus. 
Undian mereka semuanya melalui pos. Mereka pos kepada 14000 ahli Bar Council. Katanya di poskan kepada semua 14000 ahli. Mengapa boleh wujud ketirisan? 
Kerana tiada bukti pengeposan dilakuakn kepada semua ahli yang berdaftar dibawah Bar Council. Ini envelop yang digunakan : 

Jika mereka pos menggunakan envelop ini, ia akan terus masuk kedalam peti undi. Tetapi jika dihantar dengan envelop lain, urusetia yang akan terima dahulu. Sudah tentu urusetia akan buka dahulu. 
Bukankah mereka boleh periksa siapa yang tidak cukup 12 undi dan mereka boleh tambah undi mengikut pilihan mereka? Ini bukanlah satu perkara mustahil. Boleh sangat mereka tolong undi sebelum masukkan kedalam peti undi kan? 
Ketirisan kedua yang dapat kita lihat adalah melalui kertas undi Bar Council.


   
Setiap kertas undi mempunyai nombor siri tetapi bahagian nombor siri digelapkan. Tiada sebarang pengesahan yang boleh membuktikan seorang ahli mengundi satu kertas undi. Dalam erti lain, sesiapa sahaja boleh membuat undian lebih daripada satu undi. 
Mengikut undang-undang pilihanraya Bar Council, setiap ahli berhak untuk undi maksimum sebanyak 12 orang. Kalau ada yang undi dua sahaja, tak mustahil ada orang lain tolong tambahkan undi apabila undian dikira. 
Siapa yang tahu? 
Nak menangkan kroni macam-macam cara orang boleh buat. Ini bukan PRU13 yang dipantau oleh SPR. 
Bar Council tidak menggunkan badan pemantau antarabangsa untuk pilihanraya mereka. Mereka tidak menggunakan sistem dakwat kekal bagi mengesahkan satu orang mengundi satu kali sahaja. Ini pula peti undi yang mereka gunakan.

 
Peti undi ini terdapat di Pejabat Bar Council. Anehnya mengapa mereka tidak gunakan kotak lutsinar sama seperti Tuntutan BERSIH. 
Mengapa tiada pengawal bebas dan berkecuali untuk menjaga kotak tersebut. Kalau ada sebarang pembohongan undi siapa tahu? Ada kemungkinan bukan sesiapa sahaja boleh masukkan kertas pengundi hantu di dalam peti tersebut?

Sekarang ini siapa yang tidak telus? Maka tidak mustahil Bar Council akan dapat Presiden beraspirasi pembangkang sebab mereka suka main politik kotor. 
Kenapa tidak serapkan 8 tuntuntan BERSIH dalam pilihanraya mereka untuk menunjukkan itu adalah tuntutan yang baik? 
Ambiga tak mahu panggil orang Australia untuk pantau pilihanraya Bar Council?

2 comments:

  1. bar konsel ni bukan bleh pakai sgt pun....ibarat org bodoh mengatakan org lain yg bodoh....kih3x

    ReplyDelete
  2. nak bersihkan pengundi hantu ... hah hah hah ... rupanya dalam bar con sial lagi banyak pengundi hantu ...

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-