Seramai 30 mahasiswa hari ini bertindak mengedarkan 3,000 keping risalah kepada masyarakat di sekitar Masjid Jamek, Kg. Baru dan Masjid India sebaik selesai solat jumaat tengah hari tadi.
Pengedaran risalah bertujuan untuk mendapatkan respon masyarakat terhadap demontrasi Mansuh PTPTN yang diadakan baru-baru ini serta demontrasi Bersih 3.0 yang akan digerakkan oleh pembangkang.
Walaupun dimaki-hamun oleh seorang lelaki dengan kata-kata kesat serta dituduh sebagai tali-barut kerajaan, ianya langsung tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menyampaikan mesej sebenar agar maklumat tepat tidak terus dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan.
Rata-rata masyarakat serta warga kota memberikan respon positif terhadap penerangan serta fakta-fakta yang disampaikan oleh mereka.
Bentuk risalah yang diedarkan :
Selain memberi penerangan mengenai fakta sebenar PTPTN mereka turut mengedarkan risalah tentang kesan serta akibat yang ditanggung oleh rakyat akibat demontrasi Bersih 3.0 yang bakal dirancang esok.
Tujuan mereka adalah untuk memastikan negara sentiasa dalam keadaan aman serta sikap berdemontrasi di jalanan tidak menjadi amalan oleh rakyat Malaysia sebaliknya rundingan serta musyawarah perlu diutamakan dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu yang berbangkit.
Foto dari lokasi :
Warga kota meneliti risalah yang diedarkan oleh mahasiswa Aman Kampus |
Memberi penerangan kepada warga kota tentang fakta sebenar PTPTN |
Lelaki ini mengemburkan kata-kata kesat kepada mahasiswa apabila risalah diberikan kepadanya. |
2 comments:
Yg last tu, kalo ada video lagi bagus. pakai serban, bg kata2 kesat? dia singh atau ulama'?
Haji yg bantah tu tak ade anak yg layak masuk U kut dan tak pernah baca 'Agreement PTPTN'.
Post a Comment