NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Sunday, April 15, 2012

[FOTO] : Mahasiswa #AmanKampus & #UiTM Shah Alam Cipta Rekod 'Ikatan' Manusia Teramai


'Ikatan' manusia teramai tercipta hari ini di UiTM Shah Alam apabila hampir 2,000 mahasiswa/i UiTM dan mahasiswa Jelajah Aman Kampus berjaya membentuk 'ikatan' manusia sepanjang 3 kilometer mengelilingi beberapa kolej dalam kampus UiTM Shah Alam.

Kumpulan mahasiswa ini berpimpinan tangan di antara satu sama lain membentuk satu bulatan yang besar bermula di Padang Kawad Stadium UiTM seterusnya mengelilingi beberapa kolej kediaman dalam kampus berkenaan.

Bacaan doa sebelum bermulanya program Ikatan Ukhwah Aman Kampus

Mula bergerak mengelilingi kolej-kolej UiTM


'Ikatan' manusia mula terbentuk apabila peserta mula berpimpinan tangan di antara satu sama lain.


"Jangan lepaskan daku...!"




"Peace PM!" 
Payung merupakan 'gadget' paling penting siswi ketika program ini dijalankan. Takut hitam eik.. haha!
Tetamu terhormat diiringi Polis Bantuan UiTM bergerak memeriksa 'Ikatan' manusia yang berjaya dibentukkan setelah hampir 30 minit kumpulan mahasiswa/i  Aman Kampus & UiTM menyusun strategi.

Program santai yang dinamakan 'Ikatan Ukhwah Aman Kampus' itu diadakan sempena kunjungan Jelajah Aman Kampus ke kolej berkenaan sebagai lokasi terakhir untuk minggu ke-5 sebelum menyambung penjelajahan mereka ke kampus di Melaka dan Negeri Sembilan beberapa hari lagi.

Program yang mendapat sokongan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam itu turut dihadiri oleh Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri YB Dato Shahlan Ismail dan mendapat sokongan penuh VC UiTM Dato Ir. Sahol serta Bahagian Pembangunan Hal Ehwal Pelajar UiTM yang diketuai oleh Prof. Dr. Saiful Bahrin.

Walaupun gagal mencipta rekod dalam Malaysia Books Of Records sebagai Ikatan manusia teramai di Malaysia, sekurang-kurangnya kumpulan mahasiswa yang mengikuti program ini berjaya menguji kesabaran diri sendiri serta diajar agar sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama di antara satu sama lain bagi merealisasikan setiap perkara yang dirancang.

Ini hanyalah aktiviti riadah sempena hujung minggu, tetapi aktiviti riadah sebegini mampu menarik 2,000 pelajar UiTM Shah Alam. Melihat situasi ini 'hero' mahasiswa Adam Adli dan Safwan Anang perlu akui bahawa dirinya bukanlah ikon atau pemimpin kepada mahasiswa kerana setiap kali dirinya mengetuai sesuatu demontrasi mesti gagal menarik 'crowd' yang ramai sebagaimana diadakan pemimpin mahasiswa yang lain.

UiTM di Hatiku...

Foto 'candid' sebelum dan selepas 'Ikatan' terbentuk yang dirakam lensa kami :








Ada yang nak cakap wajah-wajah ceria ini 'DIKERAH' untuk program ke?





Kental - Srikandi UiTM Skuad Palapes UiTM yang menjalankan sessi latihan mereka
Panjangnya muncung cik adik!... hehe

Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri (kanan) dan Presiden Alumni Aspirasi


FOTO CANDID TERBAIK UNTUK MINGGU KE-5 JELAJAH AMAN KAMPUS :


Hehehe....
YY : Nak jenguk-jenguk Central Market kejap lagi, dengar cerita ada pelajar Pro-M (PRO-MILITAN) nak buat kecoh?

1 comment:

eXception said...

For sure... Anjing-2 PR akan dok menyalak mengatakan mereka dibayar RM 500 seorang... Ha ha ha ha ha!!!

Penjelasan Mengenai Isu Pinjaman PTPTN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...