Friday, December 10, 2010

Isu Hadiah Kaliber, Sohaimi Shahadan 'Tak Cerdik'!??

Sebelum saudara pembaca meneruskan sessi bacaan artikel ini, adalah lebih elok sekiranya saudara membaca terlebih dahulu artikel yang saya siarkan sebelum ini mengenai kegagalan Sohaimi Shahadan menunaikan janjinya kepada peserta program realiti TV di SINI dan sambunganya di SINI .

Sebenarnya saya tidak berminat lagi untuk menulis mengenai Sohaimi Shahadan ini, kerana tulisan ini sedikit sebanyak memburukkan UMNO itu sendiri. Namun suka atau tidak, perkara yang sebenar harus disebarkan. Jadi sudahkah saudara pembaca membaca dua artikel di atas pautan yang saya sertakan? Kalau sudah ayuh kita sambung lagi membaca cerita kegagalan Exco Pemuda UMNO yang bernama Sohaimi Shahadan ini.

Untuk makluman para pembaca, beberapa minggu lepas Sohaimi Shahadan ada menghantar satu pesanan faks kepada para peserta Kaliber untuk mencari jalan penyelesaian berhubung tuntutan mereka. Pada awalnya saya mengucapkan terima kasih kepada Sohaimi Shahadan ini kerana cepat memberi maklum balas terhadap tuntutan para peserta yang telah tersadai dari tahun 2007 sehingga kini. Tapi pesanan faks itu rupanya 'indah khabar dari rupa'.

Pada mesyuarat khas yang dijalankan pada 8 Disember 2010 itu, tidak dihadiri oleh beliau sendiri, sebaliknya beliau mewakilikan mesyuarat itu kepada saudara Norhisham Bin Saidon iaitu Setiausaha Kerja beliau. Alasan beliau tidak menghadirkan diri adalah kerana pihak penaja tidak ikut serta dalam mesyuarat tersebut. Baik punya alasan!. Tidak mengapalah jika beliau tidak datang sekalipun, maklumlah sebagai Exco Pemuda UMNO sudah tentu beliau 'sibuk' dengan pelbagai urusan, walaupun menteri sendiri tidaklah sesibuk beliau.

Namun apa yang mengecewakan juara-juara program tersebut adalah, di dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Norhisham Bin Saidon, gagal mencapai kata sepakat, malah gagal juga mencari resolusi penyelesaian terhadap isu terbabit. Pendek kata mesyuarat itu ibarat sembang-sembang kosong di kedai kopi. Tiada sebarang usul yang dikemukakan oleh wakil Sohaimi Shahadan ini, sebaliknya para juara pula yang dipaksa 'follow-up' dengan pihak penaja.

Untuk mudah pembaca faham, saya beri contoh berikut. Saya adalah lelaki yang bergaya dan kacak, disebabkan kekacakan saya ini, saya menyertai satu rancangan realiti TV bernama 'Akademi Sia-sia'. Dalam rancangan yang saya sertai ini, penaja serta penerbit eksekutif menjanjikan hadiah bernilai RM500,000. Untuk menang hadiah tersebut sudah tentu bukan perkara yang mudah. Saya terpaksa berentap dengan lelaki-lelaki kacak lain selama 20 minggu. Bermacam tugasan diberikan kepada saya, dari cuci jamban sehinggalah tugasan memikat wanita. Semuanya saya lakukan demi hadiah kemenangan bernilai RM500,000.

Setelah berhempas pulas selama 20 minggu, saya diumumkan sebagai pemenang utama, lalu dalam fikiran mengatakan "Yahoo! RM500k menjadi miliku". Selepas selesai diumumkan sebagai pemenang. Saya cuba menuntut hadiah yang dijanjikan. Tapi penerbit eksekutif berkata, "Awak ikut saya jumpa penaja, kita minta hadiah yang dijanjikan". Maksudnya saya terpaksa berjumpa dengan setiap penaja untuk menuntut hadiah saya. Pendek kata saya perlu ketuk setiap pejabat-pejabat pihak penaja untuk dapatkan hadiah saya, ada ke pemenang setiap rancangan atau game-show di TV terpaksa melakukan ini wahai Sohaimi Shahadan?

Asasnya mudah sahaja, sebagai penerbit eksekutif kamu sepatutnya bertanggungjawab penuh untuk membantu serta menyelesaikan isu tuntutan hadiah tersebut, kerana dari apa yang kita tahu sebelum sesuatu game-show di pertandingan, sudah tentu wujud terma dan syarat.

Jika kamu mengatakan tidak adil untuk meletakkan semua kesalahan di atas bahu kamu, kerana penaja tidak memberi maklum-balas. Bagi saya itu alasan tak berapa cerdik dari kamu untuk melepaskan diri dan tanggungjawab kamu.

Kalau gagal uruskan sebuah racangan TV dengan sempurna, macam mana kamu nak menguruskan pemuda-pemuda Selangor? Kamu sepatutnya menggunakan peluang dalam mesyuarat tempoh hari untuk membersihkan nama kamu, tapi sayang kamu ini 'tidak cerdik' menggunakan peluang yang terhidang. Macam ini pun ada orang gelar dia ni "MB in the making?". 'Selangor Superfighter"?

Jadi exco pun gagal, ada hati mengintai kerusi untuk DUN Kuang? Sohaimi come onlah bro.. Jangan buat malu UMNO lah!!!

3 comments:

  1. Terkejut Pak Shukor ada orang intai kerusi dia. haha

    ReplyDelete
  2. dah selesai ke kes ni?

    ReplyDelete
  3. Hantar pulak Norhisam saidon kaki putar alam

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-