Wednesday, December 8, 2010

GEMPAR : Armand Perkasa Bakal Menteri Pengajian Tinggi??


Saya baru sahaja selesai berjumpa dengan saudara Armand Azha iaitu Ketua Wira Perkasa kerana kebetulan beliau berada di lokasi berhampiran dengan tempat saya bekerja. Perjumpaan kami tadi turut melibatkan blogger otai PapaGomo.

Dalam perjumpaan ringkas kami, banyak perkara yang Armand rungkaikan kepada saya. Saya mendengar dengan teliti setiap bait-bait lirik yang Armand lagukan. Dari isu ketuanan Melayu sehinggalah kepada isu-isu politik semasa. Namun isu yang menarik perhatian saya ialah mengenai nasib pelajar-pelajar kita yang berada di Mesir ketika ini.

Armand mendakwa 2000 nasib pelajar Malaysia di Mesir ketika ini sedang terumbang-ambing disebabkan mereka tidak mampu untuk melangsaikan yuran, malah dikatakan pelajar-pelajar terbabit tidak mendapat sebarang penajaan untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang perubatan. Jadi mereka ini  merupakan bakal-bakal doktor masa hadapan.


Armand juga mengatakan yang beliau baru sahaja selesai mengadakan mesyuarat bersama pihak Persatuan Pengguna Islam (PPIM) untuk mewujudkan satu tabung kecemasan untuk membela nasib-nasib pelajar ini. Bila hal ini disampaikan kepada saya, saya tertanya-tanya di mana NGO-NGO serta biro-biro Pemuda UMNO dalam hal membabitkan kepentingan pelajar kita di sana?

Armand dengan nada sayu berkata, beliau risau dan sedih akan nasib-nasib pelajar kita sekarang ini, entahkan makan entahkan tidak. Reaksi ini dapat saya lihat dari wajahnya ketika kami berbual-bual. Jadi di sini saya ingin bertanya, di mana biro-biro ketua pemuda UMNO dalam isu ini? Di mana pihak GPMS dalam isu ini? Kenapa Perkasa yang lebih ke depan berbanding mereka ini?

Di mana Menteri-Menteri serta kementerian terbabit terhadap membela nasib pelajar-pelajar yang teraniaya ini? Takkan nak tunggu jadi isu besar baru semua hendak jadi juara memberi komen itu dan ini. 

Jadi saya menyeru saudara pembaca untuk menyertai saudara Armand esok 9/12/2010 untuk melancarkan Tabung Kecemasan di lokasi yang saya sertakan di bawah :

Lokasi : Cafe Sembang-Sembang The Mall Pada Jam 2.00 Petang.

Bersama kita membantu dan membela nasib anak-anak melayu kita. Akhir kalam, tidak salah rasanya saya mengucapkan syabas buat saudara Armand kerana memperjuangkan nasib anak-anak Melayu.

Isu anak dara lari ikut jantan ke Lombok laju je nak jadi juara tapi isu anak Melayu???? Fikir-fikirkan..

7 comments:

  1. MAAF YA DOUBLE Y

    CUMA NAK TANYA, KEPINGIN TAHU ..

    MEREKA NI BUKAN MACAM ANJING TERSEPIT KAN ??

    ATAU MEREKA NI TAK PERLUKAN BANTUAN UMNO BN ATAU YANG BERKAITAN DENGANNYA ??

    MAAF YE KALAU BAHASA AKU KASAR !!!

    SEKADAR MENANYA

    ReplyDelete
  2. Salam bro Anon di atas,

    Bagi aku biasanya pelajar-pelajar kt mesir ni penentang kerajaan. Tapi itu tak penting, tanggungjawab sesama melayu tu perlu dijalankan.

    Dengan hulur bantuan mcm ni, kita harap bila mereka habis belajar nanti, mereka akan fikir yang orang-orang ni pernah 'fight' untuk mereka habiskan pelajaran.

    Tapi kalau mereka nak gigit kita juga, apakan daya, yang penting tanggungjawab sesama melayu kita buat.

    Tak perlu minta maaf bro.. aku pun dh biasa dengan bahasa kasar.. thanks komen bro.

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan
    Blog saudara telah saya linkkan dengan blog saya terima kasih

    ReplyDelete
  4. selamat berjuang bro... esok kebetulan ada hal..klu tidak boleh join jugak tu..

    Sesiapa pak menteri atau badan badan kebajikan tu boleh lah hulur hulurkan... nanti kalau dia gigit jari tak lah sakit sangat.Sbb kalau ikut tabiat anjing dia ingat tuan.Manusia tak tahu la.

    ReplyDelete
  5. Haiii ...dalam masa yang sama, nama GPMS pun berkait gak ....

    ReplyDelete
  6. Benda yang baik, saya sokong.... Tanhniah Armad dan sahabat-sahabat Wira Perkasa ... GPMS Selangor menyokong

    ReplyDelete
  7. Salam bro, terima kasih sudi melawat blog kawan....

    Blog tuan telah disenaraikan.... salam perkenalan.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-