Friday, December 10, 2010

PANAS : Ketua UMNO Bahagian Dungun Manusia Biadap??

Kecoh isu saudara Armand Perkasa diherdik oleh Dato’ Dr. Rosli Mat Hassan, malah beberapa blogger turut menyiarkan isu yang sama antaranya blogger PapaGomo

Bagi saya tindakan beliau mengherdik saudara Armand Perkasa semalam ketika sidang media tabung kecemasan untuk pelajar-pelajar di Mesir adalah satu tindakan yang bodoh. Malah tidak keterlaluan saya katakan manusia yang bergelar Doktor ini manusia yang biadap, takbur, riak dengan jawatan yang disandangnya kini.

Lagi-lagi perkara itu dilakukan kepada seorang anak muda yang cuba perjuangkan nasib-nasib pelajar melayu di sana. Inilah namanya cuba tunjuk hebat tapi tidak bertempat. Saya ingin bertanya kepada Ketua UMNO Bahagian Dungun ini, apa salah saudara Armand sehingga diherdik oleh kamu demikian rupa?

Kalau kamu mengatakan yang kamu kenal ramai Menteri-Menteri, sepatutnya kamu menyambut niat saudara Armand untuk membantu pelajar-pelajar kita di sana, bukan bertindak mengherdik beliau.

Gunakanlah saluran yang kamu ada untuk bersama berganding bahu dengan anak muda macam Armand mencari penyelesaian berhubung isu yang Armand perjuangkan. Bukan 'kondem' apa yang cuba diperjuangkan beliau. Takkan perkara macam ini orang berpendidikan macam kamu tak boleh fikir?

Adakah kamu merasakan diri kamu terlalu hebat kerana mempunyai banyak saluran dengan Menteri-Menteri kabinet? Orang muda 'meluat' dengan UMNO sekarang ini disebabkan tindakan pemimpin macam kamulah, sedar ke tidak perkara ini?

Sedih bila tahu perkara ini dilakukan oleh pemimpin UMNO sendiri, malah perkara ini dijadikan isu oleh beberapa blogger pro PAS antaranya Pria Malaya

Berubahlah, jangan selesa dengan jawatan yang ada hari ini, ingat sikit pengundi muda adalah penentu samaada kekal atau tersungkurnya UMNO/BN di pilihanraya akan datang. Jangan buat tindakan yang boleh menimbulkan perasaan benci anak muda kepada UMNO.

Piiiiiiiiiiiiirrraaahhhhhhhhhhhh!!!!

1 comment:

  1. Memang ramai yang begitu! agaknya merasa diri hebat benar! tulah sebabnya UMNO jadi bermasalah, yang ada kedudukan ni fikir mereka untouchables! Aku sayang UMNO tapi tak sayang yang perasan! Eloknya yang dah lama pegang jawatan berilah laluan pada orang lain pula. Yang baru menggantikan yang lama janganlah lidah bercabang!, sebok membodek gara-gara nak duduk lama, orang menyampah, sedihnya UMNO yang kena tanggung risiko!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-