NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, September 3, 2015

ARAHAN @AzminAli : MPS SITA LORI ATAS KESALAHAN ADA NIAT HENDAK BUANG SAMPAH?




Menteri Besar Selangor sudah gila?

Atau Penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memang bebal?

Saya terkejut apabila melihat satu laporan polis yang dibuat oleh pemilik lori yang mendakwa penguatkuasa MPS bertindak menyita lori milik beliau atas kesalahan berniat hendak membuang sampah.

Lebih menggelikan hati, penguatkuasa MPS mendakwa ia adalah arahan Menteri Besar Selangor, YB Azmin Ali sebagaimana diceritakan oleh pemilik lori dalam laporan polis yang dibuatnya.



Menurut Keeber, dia telah disaman atas kesalahan yang tidak masuk akal iaitu ada niat hendak membuang sampah. Selain disaman, tindakan penguatkuasa MPS yang menahan dan merampas kunci di tengah jalan serta mengarahkan dia keluar dari lori yang dipandu persis tindakan samseng tarik kereta.



Tidak keterlaluan jika saya katakan, individu yang bekerja sebagai tukang tarik kereta mungkin lebih berhemah berbanding penguatkuasa MPS. Selepas lori miliknya disita, dia cuba mendapatkan kembali lori tersebut daripada pihak MPS, di mana dia bertanyakan jumlah yang perlu dijelaskan agar pihak MPS memulangkan kembali lori tersebut.


Malangnya, pegawai MPS mengatakan dia perlu menunggu tempoh sebulan untuk membuat proses tuntutan. Ini undang-undang gila babi, jika babi boleh membaca nescaya babi turut terkejut bila tahu ada pemilik lori disaman kerana berniat membuang sampah. 

Lebih memeritkan, pemilik lori yang sanggup membayar kompuan dipaksa tunggu sebulan untuk proses tuntutan.

Justeru, saya ingin bertanyakan satu soalan dengan Menteri Besar Selangor dan Yang di Pertua MPS, jika seseorang ada niat untuk mencuri, tetapi tidak sempat mencuri - apakah ia menjadi satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah?

Memang ajaib, MPS boleh tahu niat seseorang sebelum orang itu melakukan kesalahan.

Moron punya law..!

Oh Selangorku...!

YY : Macam-macam gila di Selangor...!

4 comments:

Anonymous said...

ko rasa azmin akan beri arahan mcm tu ke? elok dilaporkan kpd pejabat menteri besar bersama laporan polis tersebut. lagi cepat selesai dr tunggu sebulan.

Johan said...

Kesalahan membuang sampah tanpa permit sah bukankah salah.... sampah dalam lori itukan bukti tindakan dan pelaksanaan niat.... salah tetap salah... nanti buang depan rumah orang pulak..

Anonymous said...

Sampah dalam lori bermakna belum buang lagi, bagaimana boleh sabit kesalahan jika orang belum lakukan? Undang-undang rimba mana MPS pakai?

Peguam pun gelak baca kes ni hehe

Yuseri Yusoff said...

Johan,

Soalan pertama, undang-undang mana yang memperuntukkan seseorang yang belum melakukan tindakan salah boleh disabitkan?

Soalan kedua, peruntukkan undang-undang mana yang membenarkan penguatkuasa MPS merampas kunci, menghalau pemilik lori pulang menaiki teksi?

Soalan ketiga, kenapa pemilik perlu menunggu sebulan sedangkan dia mahu membayar kompuan untuk menuntut kembali lori milik dia?

Johan mungkin anggota penguatkuasa MPS, sebab itu komen lain macam kan hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal