Minggu lepas heboh tentang surat sulit kepada FBI bagi membawa balik seorang ahli kongsi gelap ke Malaysia di mana surat tersebut telah ditandatangani oleh DS Zahid Hamidi.
Dalam surat berkenaan, Menteri Dalam Negeri menafikan Paul Phua Wei Seng yang sedang dibicara di Amerika Syarikat atas tuduhan menjalankan aktiviti perjudian bola sepak Piala Dunia 2014 di Caesar's Palace Hotel, Las Vegas adalah ahli kongsi gelap.
Surat tersebut turut menyatakan Paul Phua banyak membantu negara. Ramai melahirkan kekesalan terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri ekoran pendedahan yang dibuat South China Morning Post.
Selepas laporan tersebut, KDN mula menerima serangan bertubi-tubi oleh pembangkang serta pihak dalam UMNO sendiri. Ramai yang meletakkan kesalahan kepada Menteri Dalam Negeri sedangkan menteri biasanya menandatangi sesuatu surat selepas diyakinkan atau dipengaruhi orang lain.
DS Zahid Hamidi menandatangani surat tersebut tanpa menyedari individu bernama Pual Phua adalah ahli kongsi gelap kerana telah diyakinkan Ghani Patail serta Shafee Abdullah.
Pendedahan di Facebook page 'Kami Desak AG Letak Jawatan' mendakwa Paul Phua adalah klien kepada Shafee Abdullah sekaligus menjelaskan tindakan Shafee dibuat bagi melindungi kepentingan beliau dengan Paul Phua.
Malah, Shafee Abdullah juga mendakwa surat sulit tersebut disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh PDRM tetapi TS Khalid Abu Bakar bertindak menafikan dakwaan Shafee Abdullah selain menyatakan pihak PDRM tidak tahu menahu tentang surat berkenaan.
Baca tulisan asal di Facebook di bawah :
1. Pada 31 Disember 2014, South China Morning Post mendedahkan terdapat satu surat sulit yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia kepada pihak FBI menafikan Paul Phua Wei Seng merupakan ahli kongsi gelap 14K
2. Menurut laporan tersebut, Paul Phua yang berdepan tuduhan menjalankan operasi perjudian di Caesar's Palace Hotel, Las Vegas ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia pertengahan 2014 sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat.
3. Namun mengikut isi kandungan surat sulit kepada pihak FBI yang ditandatangi oleh Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi. Kementerian Dalam Negeri menafikan penglibatan Paul Phua dengan kongsi gelap 14K malah kerap membantu kerajaan Malaysia.
4. Perkara ini mengejutkan dan heboh diperkatakan ramai pihak terutama di media sosial. Ramai bertindak menyalahkan Menteri Dalam Negeri selain menuduh DS Zahid Hamidi terlibat melindungi ahli kongsi gelap.
5. Kerana heboh diperkatakan ramai pihak, Shafee Abdullah tiba-tiba mendakwa berlaku kesilapan oleh pasukan Polis sehingga surat sulit tersebut dikeluarkan ...READ MORE
YY : Tan Sri Shafee Abdullah, elok jelaskan perkara sebenar - kalau kenal Paul Phua bilang saja kenal jangan konar-konar...
4 comments:
aku tau la kau keje dgn hisham si lembik tu.
http://www.amenoworld.net/2015/01/blogger-umno-dedahkan-konspirasi-shafee.html
Next Umno PAU, Muhyidin tak mahu lagi pertahan jawatan Timb Pres @ TPM. Hal Ni bukan lagi rahsia.
So, Hishamudin bapok tengah ghairah. Kemarok nak kerusi Timb Pres @ TPM. Bapok di kedudukan corot.
MAka Zahid di pedajal kan. Sebab Zahid ada tokoh sebagai pengganti juga favorit ramai.
Hishamudin bapok lupa, Tun DM dulu pernah kata, bapok lembik ni tak boleh dipercayai juga tak layak memimpin negara.
Hisham bapok boleh Mimpi je la.
He he he
Post a Comment