Berhubung isu tinted yang hangat diperkatakan selepas pengumuman pihak polis yang mahu menjalankan operasi ke atas kenderaan bercermin gelap pada 16 Jun ini mendapat respon pelbagai pihak.
Antaranya adalah sahabat blogger RBF yang meminta SPRM gempur JPJ terlebih dahulu sebelum polis bertindak ke atas pemilik kenderaan bercermin gelap [SINI]
Malah saya sendiri turut siarkan satu artikel mempertikaikan alasan pihak JPJ dan PDRM di sebalik larangan penggunaan cermin gelap adalah kerana mahu mengurangkan kadar jenayah. [SINI]
Selain itu, bantahan turut disuarakan melalui satu laman Facebook yang diwujudkan lewat malam semalam bagi mengumpul sokongan untuk mendesak JPJ meminda larangan penggunaan cermin gelap.
KLIK SINI |
Akhirnya Kementerian Pengangkutan semalam memutuskan bersetuju agar peraturan berkenaan dipinda, nampaknya pihak kementerian lebih terbuka berbanding JPJ dan PDRM.
Laporan Berita Harian hari ini melaporkan kementerian bersetuju untuk meminda peraturan larangan penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan dalam negara ini.
Terima kasih kepada pemangku Menteri Pengangkutan DS Hishammuddin Tun Hussein di atas respon melalui laman Twitter semalam. Terbukti kerajaan sering mendengar keluhan yang disuarakan rakyat jika saluran yang digunakan itu tepat.
Haahahaha...
Arios...!
YY : Timb. Pengarah JPJ - Bagaimana kita hendak kenal pasti penjenayah jika cermin gelap - gua jawab guna cara kamu kenal pasti penjenayah guna helmet full face. alahai..
Rasanya ... kes cermin gelap ni dah lebih 10 tahun.
ReplyDeleteAda menteri baru dan ketua pengarah baru ... perkara yg sama timbul ... nak pinda peraturan !!!
Agaknya sape yg makan gaji buta ... dan tunggu pihak lain buat langkah pertama.
No political will,menteri takut pada pengundi
ReplyDelete