Kebelakangan ini ramai pihak membicarakan soal larangan cermin gelap dan perkara membawa kepada reaksi pantas DS Hishammuddin Tun Hussein selaku pemangku Menteri Pengangkutan.
Pujian harus diberikan kepada DS Hishammuddin Tun Hussein yang akur dan bersetuju dengan kehendak pemilik kenderaan agar larangan penggunaan cermin gelap dipinda dengan mengarahkan Kementerian Pengangkutan mewujudkan bengkel khas dan keputusan akan diumumkan pada 2 Jun 2014 (semalam).
Setakat ini saya belum mengetahui keputusan panel bengkel khas namun menurut laporan Berita Harian melalui laman Facebook dijangka panel penilaian bersetuju meminda peraturan di mana kadar telus cahaya diturunkan kepada 20 peratus.
Andai jangkaan Berita Harian itu tepat timbul dua persoalan kepada pemilik kenderaan, pertama cermin bahagian mana yang dibenarkan telus cahaya sebanyak 20 peratus.
Umum mengetahui kadar telus cahaya ketika ini adalah 50 peratus untuk cermin sisi dan belakang manakala cermin bahagian depan sebanyak 70 peratus.
Umum mengetahui kadar telus cahaya ketika ini adalah 50 peratus untuk cermin sisi dan belakang manakala cermin bahagian depan sebanyak 70 peratus.
Rata-rata pengguna menggesa serta mengharapkan agar kadar telus cahaya untuk cermin bahagian hadapan turut diturunkan kepada 20 peratus.
Bahasa mudah faham semua cermin boleh gelap, kalau bimbang sukar melihat identiti pemandu JPJ, tetapkan peraturan di mana pemandu perlu turunkan semua tingkap serta memasang lampu dalam kenderaan bila melalui road blok pihak berkuasa.
Ini bagi membolehkan pihak berkuasa melihat identiti serta barangan di dalam kenderaan.
Kalau dibimbangi aktiviti maksiat berlaku dalam kenderaan cermin gelap, jabatan agama rajin-rajinlah buat pemantauan, periksa kenderaan di lokasi tertentu pada waktu malam menggunakan 'torch light'.
Susah sangat ke nak fikir benda mudah macam ni?
Contoh kadar telus cahaya :
Kadar telus cahaya |
Memandangkan sebelum ini ramai pihak tampil mencadangkan agar JPJ dan PDRM menghentikan sebarang tindakan berkaitan kesalahan cermin gelap seperti dilaporkan Berita Harian, adalah wajar saman yang dikeluarkan terhadap atas kesalahan cermin gelap ketika proses pindaan peraturan dibatalkan serta-merta!
Ini kerana pada 25 Mei 2014 pihak JPJ mengeluarkan kenyataan di mana tiada operasi cermin gelap diadakan ketika ini. Bahasa mudah faham, tiada saman yang akan dikeluarkan ke atas pemilik kenderaan atas kesalahan cermin gelap.
Tetapi malangnya pada 28 Mei 2014, ada pemandu mengadu disaman serta diarahkan menanggalkan tinted cermin oleh JPJ seperti dipaparkan di laman Facebook - JPJ Sila Mansuh Akta Bodoh Melarang Cermin Gelap [KLIK]
Tindakan JPJ mengeluarkan saman atas kesalahan cermin gelap amat memalukan, apatah lagi kenyataan JPJ sebelum ini dibuat oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad sendiri.
Ini menunjukkan terdapat kegagalan komunikasi di antara Ibu Pejabat JPJ dengan cawangan-cawangan di seluruh negeri.
Paling memalukan apabila kenyataan oleh pihak PDRM melalui Superitendan Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff, dilihat bercanggah dengan kenyataan pihak JPJ :
'Policy Maker' tidak sebulu?
Dari awal isu ini timbul agensi penguatkuasa dilihat menuding jari menyalahkan satu sama lain malangnya orang ramai menjadi mangsa!
Agensi terbabit dilihat tidak sebulu serta cuba mempertontonkan kepada masyarakat siapa lebih hebat dalam menguatkuasakan undang-undang.
Tuan/puan mudah sahaja, kecualikan peraturan cermin gelap terhadap kenderaan persendirian seperti saya tegaskan sebelum ini. Itu pun jika sel otak pembuat dasar dan peraturan dalam kerajaan mampu berhubung dengan normal.
Saya antara penulis blog yang sering mempertahankan agensi penguatkuasa terutama PDRM, tetapi dalam isu cermin gelap ingin saya tegaskan di sini bahawa ke semua agensi penguatkuasa seperti kebudak-budakkan.
Malu la masyarakat luar tahu begini tindakan penguatkuasa dalam negara kita.
Tidak hairanlah jika laman Facebook bantah larangan cermin gelap berjaya mendapat reaksi lebih 6 ribu pengguna Facebook selepas 48 jam dilancarkan selain persepsi masyarakat terhadap JPJ, PDRM dan juga Kastam dilihat negatif.
Natijah di sebalik gelagat penguatkuasa ini, percayalah kerajaan pemerintah bakal menjadi mangsa untuk dipersalahkan kelak!
Video terbaik dari laman Facebook :
https://www.facebook.com/photo.php?v=1513393492214343&l=4878334283144484986
Arios...!
YY : I’d kill every policy maker with a spoon, if I thought they had coffee for brains. But they’re simply not that intelligent, and I wish the people would wake up to that fact...
masalahnya ramai so-called "policy-maker" di Malaysia nak jadi padiappa... everyone is clawing it is their turf... semua nak tunjuk kuasa... PDRM jagalah keselamatan negara dari anasir dalam, JPJ kuatkuasa undang2 jalanraya (bagi nasihat lebih elok dari bagi saman... macam ajar budak2), ATM jaga keselamatan negara dari anasir luar... kalau semua tahu kerja masing2 dan tak sibuk nak jadi 4 bintang, pastinya semua masalah selesai... tuhan bagi akal fikiran untuk berfikir, bukan untuk menyingkir!
ReplyDeleteAku setuju, Jalanraya bagi kpd JPJ. PDRM sepenuhnya fokus kepada kes jenayah dan pencegahan. Skrg macam bidang kuasa ada pada dua tiga pihak itu celaru.
ReplyDeleteBila policy maker orang yang gagal berfikir di luar kotak itulah ada peraturan di dalam kotak.
ReplyDeletewakakakakkakaka.. Be End ini kerajaan bodoh dan penulis blog ni pun bodoh sokong Be End!
Bodo2 pun tak ada la sampai berguling atas jln raya....
DeleteKonon nak berguling....bapak gay gelak sakan angkat sumpah di parlimen...
Kesian...
Cai....dia buat video besi...ada ajak ko ker???
10.52 bangang
DeleteBodoh kerana membantah satu peraturan yang dilihat tidak relevan. Jika begitu saya rela dibodohkan oleh orang yang mempercayai apa cakap Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteMACAI.
Hahaha...