Tuesday, May 20, 2014

Penjenayah Bertindak Kerana Pemandu Terdedah, Larangan Cermin Gelap Perlu Dipinda @JPJ_Malaysia @PDRMsia


Isu tinted kenderaan bukan perkara baru diperkatakan, malah telah diperdebatkan sejak tahun 2009. Pelbagai jawapan dan penjelasan telah diberikan oleh pihak JPJ tetapi dilihat tidak logik serta tidak relevan.

Setelah menyepi seketika, isu tinted menjadi hangat setelah pihak polis memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi supaya menukar atau menanggalkannya sebelum operasi besar-besaran dijalankan mulai 16 Jun.

Mengikut peraturan JPJ :
Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. 
Pengecualian khas pemasangan cermin gelap ;
Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. 
Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap. 
Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda : 
1) Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama dan;  
2) Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.
Sejak isu tinted disuarakan antara alasan yang popular dari pihak JPJ larangan berkenaan bagi mengelak kejadian jenayah.

Kenderaan bercermin gelap dikatakan menyukarkan pihak polis menangani jenayah terutamanya yang melibatkan rompakan bersenjata, curi kenderaan, penculikan dan sebagainya.

Cermin gelap dianggap mendatangkan kesusahan kepada pihak PDRM di dalam tugas mereka mengenal pasti identiti pemandu dan penumpang serta barangan yang dibawa.

Namun kebanyakkan kes seperti rompakan bersenjata, perompak tidak memerlukan cermin gelap kebanyakkan menggunakan kenderaan curi selain menutup wajah mereka menggunakan topeng atau helmet.

Alasan cermin gelap menyukarkan pihak berkuasa mengenal pasti penjenayah satu jawapan yang naif, kerana apakah ada kaedah dalam mengenal pasti penjenayah yang menggunakan helmet full face, kenapa tidak diharamkan sekali penggunaan full face?

Jadi alasan pihak JPJ dan polis dilihat dangkal malah larangan membenarkan kenderaan bercermin gelap sebenarnya mendedahkan kepada kes jenayah bersenjata seperti bunuh. 

Kes 1 :
2 Ogos 2013 : Dua lelaki menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga emas lalu melepaskan tembakan ke arah mangsa, kejadian pada jam 8.45 pagi berlaku ketika mangsa berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, Selangor.
Kes 2 :
9 Ogos 2013 :  Seorang lelaki India berusia 37 tahun yang tinggal di Air Hitam, Pulau Pinang mati ditembak ala mafia ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson, Goergtown, Pulau Pinang.
 Kes 3 :
29 Julai 2013 : Seorang lelaki parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam. Motorsikal dinaiki dua lelaki menghampiri kenderaan yang dinaiki mangsa dan seorang daripada lelaki itu melepaskan tembakan.


Dalam kes samun melibatkan mangsa wanita pula, penjenayah bertindak setelah mengetahui mangsa memandu bersendirian.


Kes 4 :
28 Ogos 2013 : Setiausaha sulit Star Publications Bhd, Halimahton Kamarulzaman menjadi mangsa kes pecah cermin kereta dan samun dalam satu insiden di Jalan Seksyen 16. Halimahton, 41, yang bersendirian dalam keretanya disamun semasa menghentikan kereta Hyundai Matrix berwarna hitam miliknya di persimpangan lampu isyarat.
Kes 5 : 
10 April 2014 : Pelakon era 90 an menjadi mangsa samun di Jalan Sri Rampai, Wangsa Maju. Ketika kejadian kira-kira jam 9 malam, mangsa memandu bersendirian dalam perjalanan mahu mengambil anak sulungnya di Wangsa Maju. 

Dari keseluruhan jenayah yang berlaku, penjenayah bertindak melepaskan tembakan ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat setelah penjenayah telah mengenal pasti identiti pemandu. 

Justeru, alasan pihak berkuasa melarang penggunaan cermin gelap bertujuan mengelak kejadian jenayah adalah dangkal. Malah tidak keterlaluan saya katakan kebanyakkan wanita yang menjadi mangsa samun disebabkan mereka terdedah kepada penjenayah.

JPJ, PDRM 'Double Standard'? 

Selain itu, menurut peraturan JPJ, hanya orang tertentu dibenarkan menggunakan cermin gelap pada kenderaan - mereka adalah 
  • Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu Negeri.
  • Pemangku Raja sesuatu Negeri
  • Pembesar Memerintah Negeri bagi Negeri Sembilan
  • Bakal Raja sesuatu Negeri
  • Bekas Raja sesuatu Negeri
  • Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri
  • Hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi
  • Pegawai Polis atau Tentera sebagaimana masing-masing dinyatakan oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.
Penelitian saya tiada senarai yang menyatakan pemimpin politik termasuk dalam golongan yang dinyatakan oleh JPJ tetapi kenapa kenderaan kebanyakkan pemimpin politik dibenarkan bercermin gelap?


Adakah penguatkuasa JPJ serta PDRM mengamalkan 'double-standard' di mana pemimpin politik dibenarkan dan tidak dikenakan tindakan undang-undang tetapi pemandu yakni orang biasa dikenakan tindakan saman dan mengoyak tinted?

Kesimpulannya larangan penggunaan cermin gelap dilihat tidak relevan dikenakan ke atas kenderaan persendirian dan akta ini patut dipinda memandangkan akta tersebut dikuatkuasakan ketika negara digemparkan dengan beberapa peristiwa rogol dan bunuh membabitkan bas ekspress bercermin gelap.

Sebagai penutup, satu soalan yang gagal dijawab oleh pihak berkuasa sejak isu ini timbul adalah - kenapa booth JPJ dan Kastam di pelabuhan membenarkan kenderaan yang becermin gelap dibawa masuk ke dalam negara sedangkan ia menyalahi peraturan?

Kenapa selepas kenderaan dibeli oleh pengguna, ia dikatakan tidak mengikuti peraturan JPJ lalu pemilik menjadi mangsa?

Isu ini mengundang kemarahan ramai pihak, malang kerana yang dipersalahkan adalah kerajaan pemerintah.

Arios...!


YY : Kalau ada yang nak beromen dalam kereta bercermin gelap, itu pihak jabatan agama perlu buat pemantauan. 

23 comments:

  1. Bernas hujah saudara, jenayah berlaku kerana penjenayah dapat melihat pemandu bersendirian atau tidak. Patut ramai wanita jadi mangsa samun. PDRM nak senang kerja dia keselamatan rakyat macam mana?

    ReplyDelete
  2. Ini mungkin peraturan zaman pertempuran guerrilla Komunis. Malaysia adalah negara bercuaca panas, tetapi hanya golongan VIP shj yg boleh menikmati kemudahan tinted.

    ReplyDelete
  3. senang betul buat kerja...
    pakai tinted hitam sebabkan jenayah...

    kalau macam tu baik haramkan semua pengangkutan.
    penjenayah naik kereta jadi haramkan naik kereta lebih dari seorang

    penjenayah naik motor jadi haramkan motor naik lebih dari seorang

    ataupun paling musibat haramkan je kereta dan motor sbab penjenayah naik motor dan kereta

    ReplyDelete
  4. Yg bodo sj..yg ada dlm kerajaan, inilah jadinya..

    ReplyDelete
  5. Setuju. Tahun 2009 dah orang ramai minta akta ini dikaji semula. Sebab sangat merepek, cukup kenderaan awam dikenakan jangan dilibatkan kenderaan awam. Tapi bas sekarang ada langsir, kalau nak merogol perogol cover je dgn langsir. PDRM dgn JPJ kena dengar keluhan orang ramai...

    ReplyDelete
  6. JPJ ohhh JPJ Polis ooo polis , kenapa laaa otak kamu lembam sangat.
    KIta bercakap soal gelas gelap, heboh satu malaya, untuk peenguatkuasa kerajaan , jangan lah buat kerja waktu siang sahaja , malam pun tnegok sama, kat pelabuhan , airport , kenapa benarkan puak peniaga cina membawa masuk berkontena 'platsik gelap yang boleh dilekat pada cermin kereta, mana ketelusan , jika yang dilarang pakai tapi dibenarkan bawa masuk dan dijual atas alasan perdagangan bebas. Jadi dicadangkan disekat kemasukkan nya

    ReplyDelete
  7. Dulu haramkan helmet full face. Sekarang dah jadi halal?

    ReplyDelete
  8. Itulah saudara2,

    Persoalan yang memerlukan jawapan pasti daripada JPJ. Bagaimana kenderaan yang cermin gelap dibawa masuk. Bagaimana tinted film dibawa masuk. Kalau dah tahu benda ni menyalahi peraturan kenapa ia boleh didapati di mana-mana premis tinted.

    ReplyDelete
  9. Bakal tindakan JPJ jika benar2 nak dilaksanakan adalah tindakan2 bersiri menjelang PRU.Tujuannya ialah supaya rakyat membenci kerajaan.Akan ada juga kenaikan2 harga minyak,lesen perniagaan,lesen atau cukai jalanan serta banyak lagi "tindakan" bersiri dicadangkan pihak/agensi2 tertentu.Semuanya bertujuan menyusahkan rakyat.Tun Abdullah Badawi "jatuh" sebab (antara) permainan2 kotor spt cadangan JPJ.BN hilang banyak kerusi sbb faktor yg sama.

    Tidak bersetuju dgn JPJ nak membenteras jenayah dgn menghukum pemilik kenderaan bertinted gelap.

    Setuju dgn pandangan admin.

    Kenapa tidak haramkan motosikal dan helmet fullface.Bukankah kebanyakan jenayah tembak menggunakan motosikal?? Bukan kah bodoh jika disalahkan motosikal sebab jenayah menggunaka motosikal?

    Mana2 agensi yg nak menyusahkan rakyat minta fikir guna otak.

    ReplyDelete
  10. nak senangkan cerita kalau ada duit boleh pakai cermin gelap yang tak berduit pakai cermin cerah je la.kalau tak pecaya boleh tanya jpj atau pihak yang berkaitan.sebab nya kita boleh tengok sendiri

    ReplyDelete
  11. tambahan kpd senarai yg boleh gunakan cermin gelap...anggota JPJ dan sedara mara mereka ...

    ReplyDelete
  12. Jadi rakyat boleh nego undang-undang JPJ. Bermakna di Malaysia orang ada duit akan dapat keistimewaan jika tiada berduit maka kesengsaraan?

    Oh JPJ...JPJ..

    ReplyDelete
  13. ini semua sebab nak cari duit lebih..kemungkinan besar mereka dapat arahan dari atas..so jangan salahkan mereka 100%..

    ReplyDelete
  14. Salam tuan,

    Saya suka dengan penulisan tuan,hujah yang tuan tampilkan dilihat lebih menyakinkan.

    Saya bersetuju pemandu wanita terdedah untuk disamun terutama sekali apabila mereka memandu bersendirian di waktu malam.

    Harap pihak berkuasa pertimbangkan semula peraturan yang dilihat tidak masuk akal.


    -Shukri Pandamaran.

    ReplyDelete
  15. Walhal, jenayah pertama sebenarnya dimulakan oleh KERAJAAN sendiri. Tiada undang2 yang boleh mensabitkan penjual aksesori daripada didakwa kerana menjual barangan yang menjadi kesalahan apabila digunapakai oleh pengguna kenderaan!

    ReplyDelete
  16. Kerajaan, Menteri KDN dan Menteri Pengangkutan perlu seriously melihat perkara ini.

    Undang2 sediaada sudah lapok.

    Rakyat akan marah kalau JPJ dan Polis saman.

    Kesannya..habislah kerajaan BN PRU14 nanti.

    ReplyDelete
  17. Kenapa org yg berhak pakai cermin gelap umpamanya ketua polis atau tentera pakai cermin gelap? Tentu utk jaga keselamatan diri mereka drp serangan atau sebaginya sekiranya ada. Jadi cermin gelap itu adalah bagus untuk melindungi diri drp di lihat musuh. Habis kalau org biase tak akan terlindung drp musuh sekiranya ada penjenayah ingin mennyerang mereka itu. Kalau dlm cermin gelap.. penjenayah tidak dapat menuju dengan tepat sekiranya mengunakan senjata utk membunuh pemandu atau penumpang... jadinya keadaan dlm cermin gelap adalah lebih selamat.... aku harap mereka yg cerdik2 itu tidak menguatkuasakan peraturan yg tidak masuk akal begitu.... alasan mereka memang dangkal...saya sokong ADMIN dalam isu ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujah yang bernas, jika ketua polis guna cermin gelap demi keselamatan bermakna ia tidak adalah baik bagi melindungi keselamatan pemilik/pemandu/penumpang dalam kenderaan. Jadi dakwaan JPJ larangan dilakukan demi keselamatan adalah tidak relevan dan terlalu bodoh.

      Delete
  18. baru2 ini saya menukar tinted kepada yang lebih gelap kerana mpv saya banyak cermin dan besar2.. kesian anak2 mengeluh kepanasan bila memandu waktu panas terik.. langsung tiada niat nak jadikan diri eksklusif..

    Wahai JPJ.. Wahai Kerajaan yang disayangi.. negara kita sangat panas.. sedangkan di negara 4 musim pun tiada halangan bercermin gelap.. di mana rasional kita..

    Bila saya komen begini ada rakan cakap "Ha! Sokong lah lagi!" adakah kami perlu menukar Kerajaan untuk mendapat manfaat melindungi diri dari panas mentari?

    Jay Aliaswady SK, Bangi

    ReplyDelete
  19. Sebab ape tinted film boleh lepas dan tak diharamkan dijual kat sini...jawapan paling sy rasa pasti...brg2 tu dorg bayar cukai utk bawak masuk...takkan dorg nak sekat...cube tgk kalo rokok yg xbayar cukai bawak masuk sini, mati2 dorg carik penjual n tangkap la....so kite yg pakai ni dorg nak collect jgk laa...

    ReplyDelete
  20. Polis (n)ANTI-RASUAH n JPJMay 25, 2014 at 12:29 AM

    Cermin gelap menghalang UV light dan dapat meningkatkan kesihatan dan keselesaan rakyat. Rakyat di utamakan. PUNDEK lah NAJIB. Cermin gelap boleh mencegah jenayah. Menjamin keselamatan pemandu. Lagi rakyat kena diutamakan. PUNDEK lah NAJIB. PUNDEK lah POLIS, JPJ.. dengan awak punya alasan. Improve your road block procedure and inspection la BODOH. Jangan beri alasan PUNDEK untuk senang kerja malas dan tidak profesional.

    ReplyDelete
  21. Anon May 25, 2014 at 12:29 AM,

    Part depan dah betul dah, cermin gelap mampu halang UV etc. Tapi kenapa dituding kepada Najib. Takkan semua benda nak salahkan Najib.

    ReplyDelete
  22. Kalau yg bekerje kerajaan n adk beradik dy leh pulak bercermin gelap bagai.. Org awam x boleh pulak.. Alasan anggota sebut je name cawangan mane.. Leh lepas.. Yg bkn anggota ne kne a saman pulak.. Mane boleh cm ni... Yg 2 undang2 berat sebelah jugak.. :P

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-