NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, January 28, 2014

@Rockybru Tidak 'Memberontak' Sebab Tiada Calon Untuk Ganti @NajibRazak


Ramai rakan bloggers bersetuju dengan kenyataan Dato Rockybru yang mengakui tiada calon yang layak untuk menggantikan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang menjawab laporan Free Malaysia Today - Pro UMNO Bloggers Rebel Againts PM .

Berpandukan kenyaataan tersebut, saya melihat Dato Rockybru tidak bersama bloggers 'pemberontak' disebabkan ketiadaan calon yang layak bagi menggantikan Najib Razak pada ketika ini.

Jika ada calon yang layak, hanya Dato Rockybru saja yang boleh menjawab sama ada dia menyertai 'pemberontakkan' atau sebaliknya.

Walaupun Rockybru menafikan wujudnya 'pemberontakkan' di kalangan bloggers pro UMNO terhadap Najib Razak ia masih tidak menjawab dakwaan penganalisis politik Prof. James Chin dari Sunway Manesh University, yang mengatakan bloggers ini dibiayai orang kem pro Mahathir.

Ia mengesahkan dakwaan saya sebelum ini bahawa, Tun Daim adalah orang yang dimaksudkan dari kem Tun Mahathir.



Sebenarnya, saya bersetuju jika bloggers Tun Daim menegur kesilapan dan keputusan yang dibuat oleh PM.

Tetapi apabila diperhatikan teguran mereka ke atas Najib Razak dengan melambakkan semua kesalahan kepadanya adalah tidak adil!

Mereka turut memberikan 'name calling' seperti - "Useless PM", PM digesa berhenti dan berambus kerana dianggap lebih buruk dari Pak Lah lebih kepada persepsi semata-mata.

Teguran (baca cemuhan) mereka ini sebenarnya bertujuan menimbulkan rasa benci pembaca terhadap Najib Razak bagi memudahkan mereka memberi tekanan ke atas Najib Razak supaya berundur.

Hello, uncle Syed and bro Apanama - this not 2008 lah!

Gambar ini terjumpa di laman Facebook sejak semalam, jangan marah eik...!


Mungkin skills saya tidak dapat melawan kehebatan uncle Syed dan Apanama, tapi cukuplah saya menyeimbangi rentak permainan ini.

Jangan risau kita tak serang peribadi punya...

Obey your master ok!



2 comments:

Anonymous said...

Rocky akan ketuai rebel kalau mana-mana pemimpin tak ikut acuan Tun M.

Anonymous said...

Sampai bila nak macam ni, setiap pemimpin yg baru jd PM baru je nk masuk dua penggal dah mula semua tak betul. Semua kena ikut kepala Tun Mahathir. Jatuhkan Najib, baik orang lain PM lepas tu Tun Mahathir tak puas hati kena jatuhkan lagi la? Bodoh Daim!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...