Malang nasib Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Saudara Jamawi Jaafar apabila saranan agar sambutan ambang tahun baru diganti serta diisi dengan program keagamaan sebagaimana dilaporkan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian bertarikh 29 Disember tempoh hari menimbulkan rasa tidak senang sesetengah pihak.
Bagi saya dakwaan yang mengatakan kenyataan Ketua Penerangan Pemuda UMNO adalah kenyataan peribadi dan populis langsung tidak masuk akal.
Setahu saya dalam UMNO bercakap itu merupakan satu pekerjaan bagi Ketua Penerangan dan perlu diingat bukan semua orang boleh bekerja dengan menggunakan percakapan. Biasanya untuk bercakap di depan ahli-ahli politik apatah di depan media percakapan mereka perlu mengandungi fakta.
Inilah peranan Ketua Penerangan iaitu memberi penerangan supaya perkara yang samar dan pudar menjadi terang dan jelas.
Kenyataan Peribadi Jamawi atau Pendirian Pemuda UMNO?
Menjelang himpunan TURUN pada 31 Disember tempoh hari, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar bukan secara peribadi mengesyorkan agar sambutan konsert dan bunga api sempena ambang tahun baru dibatalkan dan digantikan dengan program keagamaan sebaliknya ia adalah pendirian Pemuda UMNO Malaysia.
Selaku Ketua Penerangan, Jamawi menerangkan kepada media mengenai sebab dan alasan kenapa pemuda berpendapat program ambang tahun baru perlu dibatalkan sebagai pendirian Pemuda UMNO.
Pertama pemuda bimbang soal keselamatan rakyat kerana pihak penganjur himpunan TURUN tidak ditahan oleh polis walaupun ratusan laporan polis dibuat pelbagai pihak. Kedua bagi memudahkan tindakan polis menjalankan tugasan mereka dan ketiga pemuda prihatin dengan nasib rakyat.
Jika diteliti kembali kekecohan yang tercetus pada malam tahun baru terbukti saranan Pemuda UMNO melalui Ketua Penerangannya berasas.
Saranan yang dinyatakan oleh Jamawi adalah kenyataan pemuda UMNO, kenapa dilemparkan tuduhan kononnya Jamawi hanya pandai membuat cadangan yang bersifat populis?
Teliti laporan media :
"Pemuda Umno mencadangkan kerajaan tidak menganjurkan sambutan ambang tahun baharu 2014 dengan konsert dan pertunjukan bunga api.
Ketua Penerangannya, Jamawi Jaafar berkata, kehadiran tahun baharu sebaliknya lebih wajar diisi dengan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat di surau-surau dan masjid di seluruh negara."
SINAR HARIAN 29 Disember 2013 |
Soal kenapa Jamawi Jaafar tidak menganjurkan program yang dicadangkan di peringkat Pemuda UMNO pusat kecuali di Tenom, Sabah juga dilihat tidak relevan untuk dibangkitkan. Benarkah hanya di Tenom, Sabah saja yang mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran?
Setahu saya terdapat beberapa bahagian pemuda negeri menyambut kedatangan tahun 2014 dengan majlis doa selamat seperti Pemuda UMNO Bahagian Wakaf Bharu, Kelantan.
Program anjuran Pemuda UMNO Wakaf Bharu. |
Kalau mahu menjadikan program ini sebagai program besaran dalam pemuda ia sepatutnya dilaksanakan menerusi biro yang memang dikhususkan untuk menggerakkan program keagamaan bukan diletakkan di bahu Ketua Penerangan.
Arioss...!
YY : bukan blogger Jamawi Jaafar...
Nasihat saya sebelum buat teguran atau 'serangan', cubalah baca Perlembagaan Umno, apa tugas dan fungsi Ketua Penerangan?
Kalau rasa tidak tahu, bertanyalah kepada mereka yang tahu dan kalau tidak pandai, belajar dari mereka yang pandai.
Jangan marah, ini teguran ikhlas saya kepada sahabat-sahabat malah saya sendiri juga sedia terima teguran dari kawan-kawan yang lain, sebelum blah kita layan lagu dulu :
Arioss...!
YY : bukan blogger Jamawi Jaafar...
11 comments:
KENAPA LU TAK BANTU JJ PEMILIHAN HARI TU BRO?
Pemilihan dah lama setel daaa...
Hahaha.. yela2 aku terima tp confirm ni ko bkn blogger JJ?
Hehehe Rezqeen confirm jgn risau. :)
Lepas lah pergi langkawi... jangan marah hidup nak kena #lifesyle...
Dah tambah satu dosa tk pasal2,maaf la gua pi Langkawi perbelanjaan sendiri. Nak fitnah pun log in la ID. Kehkehkehkeh...
Dulu dia blogger Wan Bro.. lepas kena buang baru nampak JJ.. hihihi..
Bagi aku bab ni, orang UMNO sendiri yang bongok, bab agama pun nak pertikaikan.
Kalau reti baca rumi, baca betui2 apa JJ kata tu.. tak payah nak soal banyak. adehh..
HIHIHI...
Jangan berasa hati...jadi blogger kena hati kental... peminat demo kata aku lelaki ke perempuan...
aku nak declare aku lelaki yang ada punai...
-Bandanok-
Hahahaha... banndanok :)
Mc Theory,
Mana ada kena buang still support Azwanbro, NKP tu. :)
Kecik ati aku YY tak komen kat blog aku.. blog AntiDotCom dia komen huhu..
Post a Comment