Heboh isu Zul Nordin yang menghina masyarakat India diperkatakan selepas nama beliau diumumkan sebagai calon menentang Khalid Samad bagi kerusi Parlimen Shah Alam. Bermula dengan sidang media sebuah NGO yang mendakwa mewakili majoriti masyarakat India.
Semalam dilaporkan sekitar 20 orang pemuda MIC dilaporkan mengadakan bantahan secara terbuka di Shah Alam dengan berpakaian BN. Saya cuba melihat apakah besar kesalahan yang dilakukan oleh Zul Nordin kepada masyarakat India?
Lalu terjumpa dengan video ceramahnya yang dirakamkan 10 tahun lalu ketika beliau masih menjadi ahli parti ekstrem agama iaitu PAS. Umum sedia maklum bahawa PAS merupakan sebuah parti yang ekstrem agama akibat terpengaruh dengan amanat Hadi.
Petikan ucapan Zul Nordin :
Benar ia merupakan penghinaan kepada penganut agama Hindu, malah saya sendiri mengutuk sebarang perbuatan mengutuk dan mengeji kenyataan Zulkifli Nordin dalam video di atas.
Namun perlu diingat, kenyataan yang dirakam di atas adalah 10 tahun lalu - kenapa tidak siarkan sahaja apa kenyataan Anwar Ibrahim ke atas PAS semasa beliau bersama UMNO?
Zulkifli Nordin telah melakukan kesilapan, mempersendakan kepercayaan sahabat-sahabat saya berbangsa Hindu, namun sekurang-kurangnya beliau bertindak memohon maaf di atas keterlanjuran tersebut.
Pernahkah Anwar Ibrahim memohon maaf di atas penghinaannya ke atas PAS?
Setahu saya tidak pernah, namun lihatlah bagaimana Anwar Ibrahim dijilat oleh PAS sekarang, seolah-olah Anwar Ibrahim itu tidak pernah menghina mereka, kerana matlamat mereka adalah untuk jatuhkan BN.
Antara pengakuan Zul Nordin adalah pembangkang melatih penceramah untuk mainkan sentimen kebencian serta menghasut kepada kebencian agama. Kenyataan ini membuktikan segala tindakan ekstremis seperti peristiwa Memali berlaku kerana terpengaruh dengan sentimen dan hasutan yang dibuat oleh pembangkang.
Manakala penceramah yang hebat-hebat dalam PAS, berkongsi hasil kutipan jihad tabung PAS setiap kali ceramah. Malah mengaku dia terpengaruh, menjadi ekstremis selepas sertai PAS.
Zul Nordin tidak bersikap menuding jari kepada orang lain selepas melakukan kesalahan, mengambil contoh terbaik sikap PM yang sedia memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas segala kesilapan yang BN lakukan.
Wahai sahabat India dengar di minit 20:24 - di mana bekas pemimpin pembangkang ini menyusun sepuluh jari memohon maaf dan tidak pernah berniat menghina agama Hindu dan secara terbuka memohon maaf di atas segala kesilapan yang mengguris hati perasaan kaum India.
Sekarang Anwar Ibrahim, PKR, DAP dan PAS kena jawab desakan supaya pembangkang memohon maaf dan menghentikan perobohan kuil, di atas penghinaan menyamakan perayaan Thaipusam sebagai perhimpunan jalanan, memohon maaf kepada Gobalakrishnan kerana gelar bekas ahli parlimen Bagan Serai itu sebagai 'paria'.
Pembangkang wajib memohon maaf kepada kami umat Islam kerana memohon untuk menggunakan kalimah Allah, terhadap kenyataan melayu boleh murtad, serta memohon maaf di atas penggunaan 'mampos melayu' ketika peristiwa 13 Mei.
Tak kira Hindu ke Islam ke kita wajar mendesak pembangkang memohon maaf di atas semua penghinaan mereka, bukan sahaja Hindu malah kami yang beragama Islam!
Bukan sahaja rakyat marah isu roboh kuil pemimpin India pembangkang turut bertelagah dengan Khalid Ibrahim, pendek kata bertelagah sesama sendiri :
Lupakah sahabat-sahabat saya terhadap tindakan biadap Khalid Ibrahim pada tahun 2012?
Bukan mahu membela Zul Nordin, namun pencalonannya di atas tiket BN untuk merebut kerusi bagi Parlimen BN Shah Alam yang disandang Khalid Samad sebenarnya telah memberikan BN banyak kelebihan.
MIC dan sahabat-sahabat India, satu movie untuk anda tonton :
Fikir-fikirlah, jangan sebab Zul Nordin lakukan kesilapan 10 tahun lepas, anda perlu menunggu lagi 5 tahun untuk mengubah kesilapan yang akan dilakukan pada PRU12 yang lepas..
Chiow!
YY : PAS kena memohon maaf kerana gelar Anwar Ibrahim Al-Juburi, bukan ke Anwar bebas tuduhan liwat? taknak mohon maaf?
NOTIS & PENAFIAN
Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Friday, April 19, 2013
[VIDEO] : #UbahSelangor - Kaum India Perlu Beri Peluang Kepada Zul Nordin! #GE13 #PRU13 #BetterNation #BNBaru
Label:
Pakatan Rakyat,
PRU13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HOT MINGGU INI
-
Arai Ezzra Mungkin ramai yang tidak sedar seorang anak muda Malaysia telah berjaya membuka mata dan berjaya menandingi kemampuan pakar...
-
SETELAH tiga minggu kontroversi plat PATRIOT menyepi selepas dijawab oleh pihak JPJ dan YPNM sekaligus menutup mulut dua wakil rakyat ...
-
Jam 5.00 Petang nanti saya akan ke Persidangan Parti-parti Politik Asia (ICAPP) yang untuk mengikuti perkembangan serta persidangan yang be...
-
Di atas adalah nama 3 individu yang berasal dari Bangladesh tapi telah menetap di Malaysia melebihi tempoh 10 tahun dan mereka telah diberi...
-
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Itulah slogan yang dilaungkan oleh DS Najib Razak sebaik sahaja beliau ...
Mesti Baca All Time HOT Artikel
-
Kita lari sekejap dari kes Adam Adli, SMM, Anwar Ibrahim dan bla bla bla... Sekali-sekala saya pun teringin mengajak saudara pembaca un...
-
Paparan video tukang gunting rambut perempuan dalam video di bawah adalah rakaman secara curi-curi oleh blogger KCW Perigi Timur di negeri ...
-
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di...
-
Umum tahu Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahka...
-
Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama glamour Ustaz Mc Dee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi. Me...
-
Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu...
-
Seorang rakan tadi mengirimkan SMS dari 'Bapak Setan' Badrol Amin yang dikirimkan kepada semua ahli PKR dalam usahanya menyelamatka...
-
Masih dalam mood raya lagi... "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah ya...
-
Sekadar berkongsi rakaman dari seorang rakan yang kini berada di Australia, menurut rakaman yang dimuat naik di laman Facebook milikny...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
RECOMMENDED
-
-
-
-
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh10 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif8 years ago
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]
Arkib Artikel Kawe...
-
▼
2013
(260)
-
▼
April
(36)
- #GE13 Dakwat Kekal : Siapa Anggota Tentera dan Wan...
- PR Tak Reti Beza MyKas & MyKad, Terbongkar Misteri...
- #GE13 : Miliki Lot Tanah Bernilai RM4 Juta - Tok H...
- #GE13 : Dulu PAS Kata Anwar Ibrahim Lebih Ganas Da...
- [VIDEO] : Pendedahan Penipuan #Husam4Putrajaya Ole...
- [VIDEO] : Hikayat #PRU13 Husam Musa - Penasihat 25...
- [VIDEO] : #GE13 Dr. Hasan Ali Gesa Rakyat Tolak Nu...
- #GE13 Transkrip Emel : KANTOI! Blogger MiloSuam An...
- [VIDEO] : #PRU13 Anwar Ibrahim Dibogelkan Tan Sri ...
- [VIDEO] : Husam Musa Nak jaga Kebajikan Rakyat #Pu...
- [VIDEO] : Gwiyomi Paling Cute Di Malaysia Sempena ...
- #GE13 Taib Serah Borang - PAS 'Ampunkan' Segala Sk...
- #GE13 Transkrip Emel : Taklimat SUARAM, Tangan Gha...
- #GE13 : PAS & PKR Bergolak Kerana Rebut Hak Penjua...
- [VIDEO] : Rise Of The BN Crowd With @NajibRazak #...
- [VIDEO] : Penamaan Calon #GelombangMerah di Kelant...
- Air Mata Modal Husam Musa Tagih Undi Simpati #PRU1...
- [VIDEO] : Petanda Puak #PenipuRakyat Nak Tumbang D...
- #GE13 : Kit Siang Takut Kalah, Guna Isu #CEC ROS -...
- #GE13 : Emel Rafizi Ramli Desak PKR Boikot & Batal...
- [VIDEO] : #UbahSelangor - Kaum India Perlu Beri Pe...
- [VIDEO] : #GE13 #TolakPR Nicole Wong Bakal Hentika...
- [VIDEO] #GE13 : Tak Cukup Menipu di Kelantan, Kini...
- KANTOI! Surat PAS Paksa Ahli Hadir Ceramah di #Put...
- [VIDEO] : Sekitar Penamaan Calon BN #PRU13 Kelanta...
- #TukarKelantan : Senarai Calon BN #PRU13 Kelantan ...
- [VIDEO] : #GE13 #AkuJanji Panda vs. #ManifestoBuka...
- #GE13 : Suara Keldaian Daily Menipu Kata Orang UMN...
- #PenipuRakyat Terdesak - Guna Blog #UMB Palsu Untu...
- [VIDEO] : "Bila Nok Buat Hok Baru, Tunggu Kak Na J...
- #GE13 #ManifestoBN : Beza Turunkan Cukai VS. Mansu...
- #PenipuRakyat : PAS Songlap Duit Tabung Lahad Datu...
- #GE13 : #ManifestoBN VS. Manifusto Pembangkang - A...
- #GE13 : OPS Harimau Belang Takutkan Pengundi #PRU1...
- #AkuJanji #ManifestoBN #PRU13 Lebih Realisitik Buk...
- #PRU13 : Anwar Ibrahim #Bacul - Permatang Pauh Ju...
-
▼
April
(36)
4 comments:
Pembangkang takut berdepan kalah parlimen Shah Alam, Zul Nordin mmg sepadan dgn Khalid Samad. Sayangnya kaum India malah kompenen kita sendiri termakan permainan pembangkang.
lawak2...keras perut aku ketawa...padan muka UMNO/BN terpaksa mendukung seekor katak yg di reject oleh PAS & PR...katak mereng ini akan menjahanamkan UMNO/BN...penyokong UMNO tak terhinake dpt wakil kotak mereng??? TQ PM BIJAN krn sangat prihatin kpd penyokong bawahan aka kuli bengap...
Sama mcm PR mendukung menteri2 yg takde tmpt dlm BN tu ke? sapa? Kadiq Fadzir nama dia yg hangpa dok jilat? Kahkahkahkah...
Best ayat lu yg last bro ....Fikir-fikirlah, jangan sebab Zul Nordin lakukan kesilapan 10 tahun lepas, anda perlu menunggu lagi 5 tahun untuk mengubah kesilapan yang akan dilakukan pada PRU12 yang lepas..
Post a Comment