Tulisan Dr. Ridhuan Tee yang disiarkan dalam Sinar Harian bertarikh 10 Disember 2012 dengan menggambarkan Pemuda UMNO itu masuk ke kampus tanpa ilmu di dada dilihat terlalu prejudis dan bersifat berat sebelah.
Malah kenyataan yang ditulis seperti "Jangan terlalu berlagak dengan ijazah Oxford dan Cambridge. Universiti ini tidak akan membawa kita ke mana-mana" - menggambarkan bahawa Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin berlagak dengan ijazah yang dimiliki.
Benarkah Pemuda PAS lebih mendapat tempat di hati mahasiswa, benarkah Khairy Jamaluddin atau mana-mana mereka dari Pemuda UMNO masuk ke kampus untuk bina kekuatan tanpa pengetahuan yang cukup sebagaimana pembangkang?
Jadi apa kata kita baca pula hujah dari Pemuda UMNO dalam menjawab teguran yang diberikan oleh Dr. Ridhuan Tee.
Hujah dibalas hujah...
Dari blog Tun Faisal Dot Com :
Saya percaya artikel Dr Ridhuan Tee Abdullah, “Pilihan raya kampus dan Pemuda UMNO” yang menyangkal ucapan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengenai korelasi kemenangan kumpulan Pro Aspirasi dengan sokongan orang muda terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) berniat baik, iaitu agar UMNO dan BN tidak diperangkap `ilusi’ dan perasaan selesa menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Sessi santai Pemuda UMNO membincangkan isu PTPTN tiada hiburan pun.
Benar, pilihan raya kampus bukan medan sebenar untuk menguji kekuatan sesebuah parti politik. Walaupun begitu kemenangan pemimpin Pro Aspirasi Mahasiswa di 18 buah kampus tetap signifikan dari segi politik dan memberikan dua gambaran penting.
Pertama, majoriti pemimpin mahasiswa dan mahasiswa tidak takut dan selesa untuk memilih label Pro Aspirasi Mahasiswa yang cenderung menyokong kerajaan berbanding Pro Mahasiswa yang menjunjung aspirasi pembangkang.
Kedua, perasaan selesa untuk menyokong kerajaan menunjukkan bahawa persekitaran IPTA tersebut hari ini lebih `bersih’ kerana elemen pro-pembangkang yang dibawa oleh pegawai dan tenaga pengajar secara relatifnya semakin berkurangan.
Dalam kata lain, persekitaran IPTA menjadi lebih mesra kerajaan kerana pegawai dan tenaga pengajar sedikit sebanyak berjaya menjelaskan kebaikan dasar-dasar kerajaan kepada majoriti mahasiswa di IPTA tersebut.
Pemuda UMNO buka minda, bukan 'brainwash' - mahasiswa meluahkan pandangan mereka dalam isu PTPTN |
Persekitaran ini tidak sama dengan persekitaran IPTA yang dimenangi mahasiswa pro pembangkang yang memberi gambaran bahawa pegawai dan tenaga pengajar IPTA tersebut sama ada lebih cenderung menyokong ideologi pembangkang atau tidak ambil peduli tentang soal dasar-dasar kerajaan sehingga gagal meyakinkan kebaikannya kepada mahasiswa.
Bagi saya, kesimpulan Ridhuan bahawa pendirian politik mahasiswa dibentuk oleh pendirian ibu bapa dan guru mereka tidak begitu tepat kerana mahasiswa hari ini tidak begitu terikat dengan kedua-duanya. Mahasiswa mahu dilihat mempunyai pendirian sendiri dan selalunya ia bergantung kepada pengaruh senior yang mereka hormati dan rakan sebaya mereka.
Sessi santai Pemuda UMNO bersama Mahasiswa UiTM Shah Alam membincangkan isu PTPTN. |
Kesimpulan Ridhuan bahawa lebih ramai yang menjadi pro pembangkang selepas keluar kampus juga tidak tepat kerana perubahan ini amat bergantung kepada keadaan politik semasa. Rakannya dan rakan saya tidak melalui persekitaran politik yang sama dan mempunya kekuatan `aqidah' politik yang berbeza.
Manakala kesimpulan beliau yang menggambarkan bahawa pemimpin Pemuda UMNO turun ke kampus tanpa ilmu di dada, tanpa akhlak yang baik dan tidak berupaya melahirkan leader of character adalah berlebih-lebihan dan tidak boleh diterima sama sekali. Malah kesimpulan beliau bahawa Pemuda Pas lebih diterima, Pemuda UMNO tidak down-to-earth dan bukan berlatar belakang professional adalah merapu dan tidak bersandarkan fakta.
Pertamanya, saya fikir elok Ridhuan membuat perbandingan di antara Ketua Pemuda UMNO, Dewan Pemuda Pas, Angkatan Muda Keadilan dan DAP. Saya percaya dari segi karekter, ketrampilan, ilmu pengetahuan dan kepetahan berhujah dalam bahasa Melayu dan Inggeris, Khairy jauh lebih diminati berbanding yang lain.
Selepas membandingkan ketua dengan ketua, saya syorkan beliau untuk membandingkan pula Naib Ketua dan Ahli Jawatankuasanya pula.
Kedua, kenyataan Khairy bahawa sokongan golongan muda sudah kembali kepada UMNO dan BN sejak Pilihan Raya Kecil Manek Urai adalah benar dan bersandarkan fakta. Bukan mustahil jika kecenderungan yang sama turut ditunjukkan di IPTA disebabkan beberapa faktor.
Pertama, faktor utama perubahan arus sokongan ini adalah disebabkan oleh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertunjangkan transformasi dan mesra belia.
Kedua, mahasiswa mempunyai kesedaran politik yang lebih tinggi tentang konsistensi perjuangan UMNO dan BN berbanding pakatan pembangkang. Kepincangan tadbir urus pembangkang di negeri-negeri, kecelaruan dasar parti, serta hipokrasi dan isu moral di kalangan pemimpin pembangkang menyebabkan mahasiswa semakin menjauhi mereka.
Ketiga, usaha-usaha pendampingan mahasiswa dan warga IPTA telah dilakukan oleh pelbagai pihak, termasuk Pemuda UMNO secara berterusan. Suka saya nyatakan bahawa Pemuda UMNO telah melaksanakan gerakan untuk menghampiri golongan mahasiswa secara konsisten sejak 2009 lagi.
Bertentangan dengan dakwaan Ridhuan, ia tidak berlaku hanya di peringkat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) semata-mata. Misalnya, usaha merekayasa organisasi Pemuda UMNO yang dimulakan oleh Khairy pada tahun 2009, menetapkan agar setiap biro, sekretariat dan unit di dalam Pemuda turut mempunyai wakil mahasiswa.
Tidak perlu untuk saya senaraikan semua gerak kerja yang telah dilaksanakan oleh Pemuda UMNO. Memadai untuk menyatakan bahawa ia dilaksanakan secara berterusan melibatkan pelbagai peringkat dan organisasi.
Keempat, Pemuda UMNO mempunyai ikon dan idola yang menjadi ikutan mahasiswa. Tidak boleh disangkal, ketrampilan, keberanian dan kepetahan Khairy membuatkan semakin ramai mahasiswa menilai semula pendirian mereka terhadap UMNO dan BN.
Selain Khairy, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim dan beberapa pemimpin Pemuda UMNO juga amat dikenali dan popular di kalangan mahasiswa.
Sebagai salah seorang pemimpin Pemuda UMNO yang sering turun mendampingi mahasiswa, saya berpendapat kenyataan Khairy bahawa keputusan pilihan raya kampus menunjukkan peningkatan sokongan golongan mahasiswa terhadap kerajaan adalah realiti dan bukan ilusi.
Tun Faisal Ismail AzizExco
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
YY : Ada lagi satu, program Pemuda UMNO tiada diselitkan unsur 'brainwash' dan 'pengkaderan' mahasiswa sebagaimana dilakukan oleh Pemuda PAS di sebalik program solat hajat. :)
4 comments:
ada masanya politik kepartian semakin memualkan..baik belah pihak umno dan juga puak pas...
akhirnya yang jadi mangsa adalah anak anak melayu..anak melayu terus diasak dengan politik siang malam..tak cukup diluar, mereka diasak didalam universiti oleh orang orang berkenpentingan politik..
bilalah orang melayu nak lepas dari seksa politik dunia ni semua...bila sangkakala dah ditiup malaikat israfil, baru budaya politik ni nak berhenti agaknya.
Politik di peringkat universiti adalah pada sy amat perlu diberi pendedahan...krn mereka suatu hr nanti akan tetap menyertai kehidupan d luar sana...cuma sesuatu pendedahan itu perlu berpada2....biar saje ahli BN atau PR menyampaikan pandangan mereka d hadapan pelajar2 nie...dan biarkan mereka menganalisis fakta yg dibincangkan... Akan tetapi ahli2 politik harus profesional...dgn tdak melibatkanereka didlm apa2 perhimpunan bermotifkan politik...berilah mereka keselesaan masa belajar......berikan mereka peluang utk menghabiskan pelajaran...beri ibu bapa peluang utk bangga dgn anak mereka....dlm hal ini...sy rasa BN lebih relevan...lihat saje...apa terjadi pada pelajar yg telah d kenakan tindakan...adakah anda sbg ibu bapa...mahu melihat anak anda menghabiskan masa d dataran merdeka atau melihat mereka menghabiskan masa d perpustakaan...dr bjb....( kj hebat bila berdebat dan berckp....ini kita bleh jdkan cth)
Bro yy, sorry la gua nak ckp topic yg terkeluar dr posting nie jap......gua bc apa yg brahim ali ckp...terus terang gua ckp gua x suka ibrahim ali nie....tp apanyg dia ckp mmg betul....susah akal gua nak kata apa yg dia ckp salah....iaitu...apabila cina ada kuasa politik n ekonomi....melayu akan hancur....akal gua ttp ckp perkara nie betul...dan perlu d ucapkan...utk menyedarkan org melayu....salah ke gua bro...kalau salah tlg lu atau sesapa dlm blog nie betulkan persepsi gua....sbb gua rasa ini adalah kenyataan....dr bjb
khairy dan budak2 tingkat 4 yg menyusahkan tan sri syed mokhtar albukhary semasa Pak Lah jadi PM. Semua gara2 nak membantu kaum lain dapat projek. Baca Biografi Syed Mokhtar Albukhary, harga rm 19.90. Inilah bilionaire melayu yg berjaya hasil susah payah dan menderma dan berjuang untuk orang melayu dan rakyat miskin tetapi sedih oleh sikap orang melayu yg ada kuasa.
Post a Comment