Monday, December 31, 2012

TERKINI : Video Aksi Seks Lelaki Mirip Anwar Ibrahim Hangat Indonesia!


Chakk!

Lama tidak kemas kini blog selepas laman facebook saya dicerobohi oleh individu tidak bertanggungjawab minggu lepas, di mana individu tersebut bertindak mengambil-alih laman facebook '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Kepimpinan PM' setelah berjaya mendapatkan kata laluan password gmail saya.

Nak buat macam mana, nasib kurang baik - laman tersebut kini dikendalikan oleh sekumpulan budak tak cukup umur yang begitu obses dengan isteri PM iaitu Datin Seri Rosmah Mansur.

Hampir seminggu tak ikuti perkembangan dunia politik melalui laman-laman blog, hari ini terbaca satu artikel di blog Zam Kata yang mengatakan video seks mirip Ketua Pembangkang iaitu Anwar Ibrahim kini tersebar di Indonesia.

Nampaknya aksi rakus lelaki mirip Anwar Ibrahim (memang Anwar pun) yang dulu menjadi bahan kegilaan blogger-blogger politik di Malaysia, bakal menjadi bahan terhangat untuk dimuat-naik di telefon bimbit rakyat Indonesia, pendek kata Pak Nuar bakal ganti Ariel Peter Pan.

Hahaha...

Arios!
Dari blog Zam Kata :

Jakarta 26 Disember: Menjelang lawatan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ke sini pada awal Januari 2013, telah tersebar luas menerusi internet terutama BalckBerry Video Sexnya dengan seorang wanita Cina tetapi ada kelainan dari yang tersebar di Malaysia. 
Kelainannya adalah tepat seperti yang diramalkan oleh Anwar Ibrahim sendiri yang tersiar dalam Suara Keadilan 26 Disember iaitu "Dulu muka macam Anwar, tetapi perut buncit, tetapi sekarang muka macam Anwar, perut pun dah kempis."
Penyebaran ini meluas terutama sekali di kalangan para wartawan dalam dan luar negara yang berpusat di Jakarta, pemimpin-pemimpin agama Islam dan juga rakan-rakan rapat Anwar sendiri. 
Anwar dijangka akan berucap kepada wartawan-wartawan luar negara (FR) di Jakarta pada 10 Januari depan, tetapi lokasinya belum diumumkan kerana menurut penganjurnya ditakuti ada pihak-pihak yang mahu mensabotaj majlis itu kerana merasakan Video itu memalukan orang Islam, terutama penyokong-penyokong Anwar di Indonesia. 
Seorang wartawan Indonesia terkemuka dari Media Tempo yang melihat Video itu memberitahu,  "Hebat sekali pukulannya Pak,dia bisa jadi Phonographic Actor." 
Penyebaran Video terbaru ini berlaku begitu pantas berikutan kenyataan yang dibuat oleh wartawan  Zainuddin Maidin (Zam) di wawancara di  TVOne Indonesia, mengatakan Anwar sebagai seorang homosexual dan juga pengembang pluralisme agama. 
Sementara itu, seorang pegawai perhubungan Pak Gus Dur dalam dialog secara langsung dengan Zainuddin Maidin di stesen TV yang sama, pada kali kedua yang disaksikan oleh lebih 100 juta orang di Indonesia, telah menafikan anggapan Zainuddin bahawa semua orang Indonesia menyokong Anwar dan mensifatkan ini sebagai paranoid. 
Di Kuala Lumpur Suara Keadilan keluaran 25 Disember, menyiarkan ucapan Anwar Ibrahim di suatu perhimpunan Jelajah Merdeka Rakyat di Petaling Jaya baru-baru ini menyatakan bahawa UMNO dan BN sedang mereka-reka video fitnah baru terhadapanya menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. 
Menurut Anwar, video baru itu ada dua visi, iaitu "dulu muka macam Anwar, tetapi perut buncit, sekarang muka macam Anwar, tetapi perut pun dah dikempiskan." 
Video Anwar perut bunci itu dipercayai adalah versi yang diterbitkan oleh PKR sendiri dan orang ramai  mengkagumi kepantasan kerja kumpulan media PKR yang dapat bertindak seperti kilat bagi mengelirukan orang ramai dibandingkan media team UMNO. 
Beberapa orang pakar perang saraf menganggap, bahawa cara penyebaran Video Sex Anwar Ibrahim itu adalah tidak bijak kerana dilancarkan oleh "Datuk T" yang diketahui sebagai musuh Anwar dan berkepentingan politik dan wang, berbanding penyebaran Video Sex Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek yang lebih berkredebeliti dan berkesan kerana tidak nampak tangan yang menyebarkannya. 
Bagaimanapun sekarang lebih ramai orang yang mempercayai Video Sex Anwar itu oleh kerana penyebaran menerusi BlackBerry adalah lebih jelas wajah sebenar pelakonnya. Kesannya yang paling buruk akhir-akhir ini, ialah pengikut-pengikut Pas telah mulai memisahkan diri dari program Jelajah Merdeka Rakyat PKR. Di Dungun Terengganu baru-baru hanya beberapa gelintir manusia sahaja yang hadir 
KOMEN:
Soalnya, bagaimanakah Video Sex Anwar Ibrahim yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim masih direka-reka untuk fitnah oleh UMNO dan BN telah tersebar dengan meluas di Jakarta.

Saturday, December 22, 2012

Kenyataan NGO #TUKAR : Isu Tanah Seluas 10,526 Hektar Milik Kerajaan Negeri Kelantan



Jika merujuk kepada kenyataan Nik Aziz melalui SU Akhbar, MB Kelantan yang dipersoalkan tentang tahap kesihatannya telah cuba mengalih perhatian isu ini kepada pihak lain untuk mewajarkan/ menghalalkan usahasama pemberian tanah kepada pihak Upayapadu. Dan seperti biasa akan Menyalahkan BN/UMNO.

Pihak Kerajaan Negeri telah membuat PENGAKUAN bahawa tanah seluas 10,526 hektar terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000, bagi mereka adalah bertujuan kononnya untuk menjana pendapatan YIK bagi menampung urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. 

Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. DI SINI PIHAK GERAKAN TUKAR INGIN MENDESAK KERAJAAN NEGERI NYATAKAN NAMA SYARIKAT YANG TAWARKAN ITU kerana syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan.

Gerakan TUKAR melihat modus operandi yang di buat oleh kerajaan PAS Kelantan memperlihatkan Kerajaan PAS begitu terdesak untuk mendapatkan duit segera bagi menampung perbelanjaan jangka pendek. 

Dan mereka tidak sedar tindakan ini merugikan rakyat Kelantan. Dalam isu Ini dibuktikan apabila Kerajaan PAS menawarkan kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) yang dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006. 

Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

Gerakan TUKAR ingin menjelaskan sekali lagi bahawa TANAH DI KELANTAN ADALAH MARUAH RAKYAT KELANTAN DAN JIKA TANAH INI DIGADAI SEDEMIKIAN RUPA BERMAKNA KERAJAAN PAS KELANTAN TELAH MENGGADAIKAN MARUAH RAKYAT.

Dalam isu ini, jika dihitung kira Kerajaan PAS Kelantan rela menjual MARUAH RAKYAT KELANTAN DENGAN HARGA RM 100 seekar setahun untuk tanah getah dan RM150 seekar setahun untuk kelapa sawit. MARUAH RAKYAT KELANTAN CUKUP MURAH BAGI PAS KELANTAN.

Jelas tindakan ini merugikan rakyat Kelantan keseluruhannya.

Kamarudin Kasim
Pengerusi Gerakan TUKAR

PAS Tolak Amanat Hadi?


Amanat Haji Hadi sekali lagi menjadi topik hangat walaupun ia pertama kali di’fatwakan’ pada tahun 1981. Benar, ia sudah lama berlalu namun tidak benar jika dikatakan bahawa perkara ini sudah basi kerana ia melibatkan hubungan dalam masyarakat, kekeluargaan dan ikatan suami isteri yang terjejas atau terputus yang mana kesannya diwarisi dari generasi ke generasi. 

Malah, lebih dahsyat, Amanat itu juga dikhuatiri menjadi punca kehilangan nyawa dalam Tragedi Memali 1985. Ini bermakna Amanat ini akan terus relevan untuk dibincangkan sehingga ke akhirat dalam konteks syahid atau tidaknya pengikut-pengikut Ibrahim Libya dalam perjuangan menentang kerajaan UMNO. 


Kita perlu faham akan besarnya impak atau akibat dari Amanat tersebut, di mana tanpanya, tragedi Memali mungkin tidak berlaku, dan anak-anak pengikut Ibrahim Libya mungkin tidak akan kehilangan bapa dan isteri mereka tidak akan menjadi balu. 

Isteri dan anak-anak tersebut juga tidak akan menghadapi trauma, dan hidup mereka juga mungkin tidak sedaif yang mereka lalui selama ini, sekali gus sikap anak-anak mereka mungkin berbeza, lebih ceria dan yakin diri lalu menjadi manusia berjaya. Benar sekali lagi, bahawa ini semua adalah takdir. 

Namun, dalam memahami ‘takdir’ kita harus merujuk terlebih dahulu kepada qada’ dan qadar di mana yang qada’ itu pasti, tetapi qadar atau ‘kadar’ boleh diubah atas usaha, sikap, tindakan dan doa iaitu pilihan yang diambil dalam hidup kita. 

Nasib yang menimpa kita berlaku dalam satu rangkaian kejadian sama ada dari diri kita sendiri atau orang dan keadaan sekelilng, dan bukannya secara tiba-tiba. Faktor qadar tidak boleh diketepikan memandangkan kiamat juga boleh terus ditunda selagi ada manusia yang berdoa dan menyebut nama Allah SWT. 

Justeru, Memali mungkin tidak terjadi tanpa Amanat Hadi. Dalam mengingati Memali juga, jangan kita lupa akan tragedi yang hampir serupa di Sauk sehingga membawa kepada penahanan di bawah Akta ISA serta kesannya kepada keluarga yang terlibat, sama ada di pihak pengikut Al-Maunah, atau di sebelah pihak berkuasa yang dibunuh kejam oleh mereka. 

Berdasarkan apa yang berlaku ini, bagi Haji Hadi sendiri untuk memperkecilkan amanatnya amatlah menyedihkan dan bagi PAS untuk merujuknya sebagai basi amatlah memelikkan. Namun, itulah hakikatnya. 

Hadi Awang bukan sahaja berkelakuan seolah-olah beliau lupa, tetapi juga cuba berdolak-dalih atau menafikan apa yang dimaksudkan dari fatwanya. Dalam kata lain, beliau benar-benar lepas tangan, langsung tidak merasa bersalah dan enggan memikul apa-apa tanggungjawab atas penceraian suami isteri, perpecahan ummah serta kehilangan nyawa sesiapa saja akibat berpegang kepada amanatnya itu. 

Harakahdaily juga hanya mempersendakan media-media pro-kerajaan yang mengungkit semula isu Amanat Kafir ini sebagai peluru kitar semula dan sebagai tiupan trompet perang pilihanraya. Soal akidah dan iman langsung tidak disentuh oleh mereka ketika membicarakan hal ini. 

Sepertimana sikap pemimpin solat hajat dalam Muktamar PAS yang baru lalu di mana soal kesejahteraan, penyatuan dan kekuatan ummah langsung tidak disebut tetapi hanya menumpukan penuh khusyuk memohon agar BN K.O dalam pilihanraya, begitulah juga sikap Harakahdaily dengan isu amanat ini. 

Yang diulang-ulang dan diulang-ulang serta diaminkan berkali-kali, hanyalah pilihanraya dan pilihanraya semata-mata – dengan sepenuh hati, jiwa dan raga. 

Hakikatnya, ada suami isteri yang bercerai-berai, ada masyarakat yang bersengketa sehingga membawa kepada berbagai kisah yang tidak mungkin kita mampu dedahkan semuanya, ada yang meninggal dan ditanam dengan bendera PAS, ada isteri menjadi balu, ada anak kehilangan bapa dan ada manusia yang kehilangan nyawa kerana berpegang kepada fatwa UMNO itu kafir kerana memisahkan politik dan agama dan bukannya kerana tidak mengucap dua kalimah syahadah, adalah benar dan telah berlaku. 

Haji Hadi boleh menidakkan bahawa semua yang berlaku itu sebagai salahnya, dan terus menumpukan kepada pilihanraya. 

Tetapi, soalnya jika bukan salah Haji Hadi, salah siapa pula? Siapakah yang mampu mempengaruhi pengikut-pengikut PAS untuk memusuhi UMNO dan kerajaan sehingga begitu sekali, iaitu mengalahkan permusuhan antara umat Islam dengan syaitan?

Friday, December 21, 2012

Lantik Cina Jaga Hal Ehwal Melayu - Bukti DAP Rasis


Sejauh mana agaknya DAP menyangka mereka mampu menipu orang-orang PAS atau orang-orang Melayu kononnya parti itu bersifat terbuka dan menerima berbagai kaum secara sama rata? Sebodoh-sombong manakah DAP sehingga menyangka yang orang Melayu semuanya bodoh seperti mereka juga? 

Jika DAP tidak bodoh, maka, apa ke jadahnya parti itu melantik seorang Cina untuk menjaga hal-ehwal Melayu? Inilah yang berlaku dalam Kongres DAP 2012 pada hujung minggu lalu di mana setelah semua Melayu yang bertanding untuk Jawatankuasa Kerja Pusat DAP (CEC) kalah, maka parti itu cuba menutup sifat rasis mereka melalui lantikan di bawah kuota Melayu.

 Antara yang dilantik ialah Zairil Khir Johari iaitu Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Untuk pengetahuan semua, Zairil juga adalah CEO Penang Institute (badan pemikir DAP). 

Tentu ramai yang hairan dan tidak percaya bagaimana Guan Eng atau DAP boleh melantik seorang Melayu bagi jawatan-jawatan penting ini sedangkan di mana-mana syarikat yang dikuasai Cina, untuk menaikkan pangkat seorang Melayu yang layak ke tahap pengurusan atasan juga adalah sesuatu yang mustahil. 

Setelah mengkaji latarbelakang Zairil maka kehairanan ini pun terjawab. Dan jawapan yang didapati pula disahkan sendiri oleh laman pro-pembangkang iaitu Suara PR. Jawapannya ialah kerana Zairil bukan seorang Melayu tetapi Cina. Nama sebenar Zairil ialah Zairil Khir Johari bin Abdullah. 

Beliau adalah anak tiri kepada Menteri UMNO, Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Zairil adalah anak kepada Cristine Lim Abdullah hasil perkahwinan terdahulu dengan seorang Cina juga. Cristine berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari pada tahun 1996 manakala Zairil kini berusia 29 tahun. 

Jelas bahawa tiada setitis pun darah Melayu yang mengalir dalam tubuh Zairil. Dengan itu, motif Zairil menggunakan nama bapa tirinya amatlah meragukan memandangkan beliau bukannya anak kecil ketika Tan Sri Khir berkahwin dengan ibunya. 

Dan kini, keraguan itu juga menjadi jelas apabila beliau menggunakan nama tersebut untuk mengaburi mata rakyat bagi menjustifikasi kedudukannya sebagai wakil Melayu dalam DAP. Hakikatnya, Zairil tidak mungkin diberi kepercayaan oleh Guan Eng untuk menjaga hal-ehwal politiknya, jauh sekali menjadi meneraju badan pemikir untuk partinya jika beliau seorang Melayu. 

Ini adalah sesuatu yang semua rakyat Malaysia sedia maklum. Namun, apa yang lebih penting untuk dikupas di sini ialah hakikat bahawa DAP telah melantik seorang bukan Melayu untuk mewakili Melayu. Bagaimana untuk menjelaskan lantikan seseorang yang bukan dari kalangan kita untuk mewakili kita? 

Sedangkan orang itu pastinya kurang arif tentang kehendak dan keperluan kita serta apa yang terbaik untuk kita. Bukan itu saja, terdapat juga persoalan apakah kita yakin yang beliau benar-benar akan memperjuangkan nasib kita, yang bukan merupakan ‘orangnya’. Serta, apakah jaminan yang beliau tidak akan mengorbankan kepentingan kita untuk menjaga kepentingan ‘orang-orangnya’. 

Justeru, apakah yang boleh ditafsirkan dari perlantikan Zairil Khir Johari bin Abdullah ini sebagai wakil Melayu di dalam DAP? Tidak ada tafsiran lain lagi yang lebih tepat selain dari DAP terlalu angkuh dan terlalu membenci Melayu untuk meletakkan seorang Melayu sebagai wakil Melayu. 

Dan selagi boleh, DAP akan cuba mengelak, menipu dan memanipulasi keadaan bagi memastikan Melayu terus dibelakangkan dalam parti, dalam ekonomi dan dalam segala-galanya. 

Laman Suara PR boleh cuba membentangkan berbagai alasan berbentuk undang-undang dan perlembagaan untuk menjustifikasikan perlantikan Zairil, namun ia tidak akan dapat menutup hakikat keangkuhan dan sifat perkauman DAP yang tiada taranya.

Monday, December 17, 2012

Dr. Ridhuan Tee Prejudis Terhadap @Khairykj & Pemuda UMNO - @tunfaisal


Tulisan Dr. Ridhuan Tee yang disiarkan dalam Sinar Harian bertarikh 10 Disember 2012 dengan menggambarkan Pemuda UMNO itu masuk ke kampus tanpa ilmu di dada dilihat terlalu prejudis dan bersifat berat sebelah.

Malah kenyataan yang ditulis seperti "Jangan terlalu berlagak dengan ijazah Oxford dan Cambridge. Universiti ini tidak akan membawa kita ke mana-mana"menggambarkan bahawa Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin berlagak dengan ijazah yang dimiliki.

Benarkah Pemuda PAS lebih mendapat tempat di hati mahasiswa, benarkah Khairy Jamaluddin atau mana-mana mereka dari Pemuda UMNO masuk ke kampus untuk bina kekuatan tanpa pengetahuan yang cukup sebagaimana pembangkang?

Jadi apa kata kita baca pula hujah dari Pemuda UMNO dalam menjawab teguran yang diberikan oleh Dr. Ridhuan Tee.

Hujah dibalas hujah...

Dari blog Tun Faisal Dot Com :
Sessi santai Pemuda UMNO membincangkan isu PTPTN tiada hiburan pun.
Saya percaya artikel Dr Ridhuan Tee Abdullah, “Pilihan raya kampus dan Pemuda UMNO” yang menyangkal ucapan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengenai korelasi kemenangan kumpulan Pro Aspirasi dengan sokongan orang muda terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) berniat baik, iaitu agar UMNO dan BN tidak diperangkap `ilusi’ dan perasaan selesa menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. 
Benar, pilihan raya kampus bukan medan sebenar untuk menguji kekuatan sesebuah parti politik. Walaupun begitu kemenangan pemimpin Pro Aspirasi Mahasiswa di 18 buah kampus tetap signifikan dari segi politik dan memberikan dua gambaran penting. 
Pertama, majoriti pemimpin mahasiswa dan mahasiswa tidak takut dan selesa untuk memilih label Pro Aspirasi Mahasiswa yang cenderung menyokong kerajaan berbanding Pro Mahasiswa yang menjunjung aspirasi pembangkang. 
Kedua, perasaan selesa untuk menyokong kerajaan menunjukkan bahawa persekitaran IPTA tersebut hari ini lebih `bersih’ kerana elemen pro-pembangkang yang dibawa oleh pegawai dan tenaga pengajar secara relatifnya semakin berkurangan. 
Dalam kata lain, persekitaran IPTA menjadi lebih mesra kerajaan kerana pegawai dan tenaga pengajar sedikit sebanyak berjaya menjelaskan kebaikan dasar-dasar kerajaan kepada majoriti mahasiswa di IPTA tersebut. 
Pemuda UMNO buka minda, bukan 'brainwash' -
mahasiswa meluahkan pandangan mereka dalam isu PTPTN
 Persekitaran ini tidak sama dengan persekitaran IPTA yang dimenangi mahasiswa pro pembangkang yang memberi gambaran bahawa pegawai dan tenaga pengajar IPTA tersebut sama ada lebih cenderung menyokong ideologi pembangkang atau tidak ambil peduli tentang soal dasar-dasar kerajaan sehingga gagal meyakinkan kebaikannya kepada mahasiswa. 
Bagi saya, kesimpulan Ridhuan bahawa pendirian politik mahasiswa dibentuk oleh pendirian ibu bapa dan guru mereka tidak begitu tepat kerana mahasiswa hari ini tidak begitu terikat dengan kedua-duanya. Mahasiswa mahu dilihat mempunyai pendirian sendiri dan selalunya ia bergantung kepada pengaruh senior yang mereka hormati dan rakan sebaya mereka. 
Sessi santai Pemuda UMNO bersama Mahasiswa UiTM Shah Alam
membincangkan isu PTPTN.
 
Kesimpulan Ridhuan bahawa lebih ramai yang menjadi pro pembangkang selepas keluar kampus juga tidak tepat kerana perubahan ini amat bergantung kepada keadaan politik semasa. Rakannya dan rakan saya tidak melalui persekitaran politik yang sama dan mempunya kekuatan `aqidah' politik yang berbeza. 
Manakala kesimpulan beliau yang menggambarkan bahawa pemimpin Pemuda UMNO turun ke kampus tanpa ilmu di dada, tanpa akhlak yang baik dan tidak berupaya melahirkan leader of character adalah berlebih-lebihan dan tidak boleh diterima sama sekali. Malah kesimpulan beliau bahawa Pemuda Pas lebih diterima, Pemuda UMNO tidak down-to-earth dan bukan berlatar belakang professional adalah merapu dan tidak bersandarkan fakta.
 Pertamanya, saya fikir elok Ridhuan membuat perbandingan di antara Ketua Pemuda UMNO, Dewan Pemuda Pas, Angkatan Muda Keadilan dan DAP.  Saya percaya dari segi karekter, ketrampilan, ilmu pengetahuan dan kepetahan berhujah dalam bahasa Melayu dan Inggeris, Khairy jauh lebih diminati berbanding yang lain. 
Selepas membandingkan ketua dengan ketua, saya syorkan beliau untuk membandingkan pula Naib Ketua dan Ahli Jawatankuasanya pula. 
Kedua, kenyataan Khairy bahawa sokongan golongan muda sudah kembali kepada UMNO dan BN sejak Pilihan Raya Kecil Manek Urai adalah benar dan bersandarkan fakta. Bukan mustahil jika kecenderungan yang sama turut ditunjukkan di IPTA disebabkan beberapa faktor. 
Pertama, faktor utama perubahan arus sokongan ini adalah disebabkan oleh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertunjangkan transformasi dan mesra belia. 
Kedua, mahasiswa mempunyai kesedaran politik yang lebih tinggi tentang konsistensi perjuangan UMNO dan BN berbanding pakatan pembangkang. Kepincangan tadbir urus pembangkang di negeri-negeri, kecelaruan dasar parti, serta hipokrasi dan isu moral di kalangan pemimpin pembangkang menyebabkan mahasiswa semakin menjauhi mereka. 
Ketiga, usaha-usaha pendampingan mahasiswa dan warga IPTA telah dilakukan oleh pelbagai pihak, termasuk Pemuda UMNO secara berterusan. Suka saya nyatakan bahawa Pemuda UMNO telah melaksanakan gerakan untuk menghampiri golongan mahasiswa secara konsisten sejak 2009 lagi. 
 Bertentangan dengan dakwaan Ridhuan, ia tidak berlaku hanya di peringkat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) semata-mata. Misalnya, usaha merekayasa organisasi Pemuda UMNO yang dimulakan oleh Khairy pada tahun 2009, menetapkan agar setiap biro, sekretariat dan unit di dalam Pemuda turut mempunyai wakil mahasiswa. 
Tidak perlu untuk saya senaraikan semua gerak kerja yang telah dilaksanakan oleh Pemuda UMNO. Memadai untuk menyatakan bahawa ia dilaksanakan secara berterusan melibatkan pelbagai peringkat dan organisasi. 
Keempat, Pemuda UMNO mempunyai ikon dan idola yang menjadi ikutan mahasiswa. Tidak boleh disangkal, ketrampilan, keberanian dan kepetahan Khairy membuatkan semakin ramai mahasiswa menilai semula pendirian mereka terhadap UMNO dan BN. 
Selain Khairy, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim dan beberapa pemimpin Pemuda UMNO juga amat dikenali dan popular di kalangan mahasiswa.
Sebagai salah seorang pemimpin Pemuda UMNO yang sering turun mendampingi mahasiswa, saya berpendapat kenyataan Khairy bahawa keputusan pilihan raya kampus menunjukkan peningkatan sokongan golongan mahasiswa terhadap kerajaan adalah realiti dan bukan ilusi.

Tun Faisal Ismail AzizExco
 
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

YY : Ada lagi satu, program Pemuda UMNO tiada diselitkan unsur 'brainwash' dan 'pengkaderan' mahasiswa sebagaimana dilakukan oleh Pemuda PAS di sebalik program solat hajat. :)

Saturday, December 15, 2012

#PRU13 : @Mustapa_Mohamed & 250 Pejuang Siber Buat PAS Kelate Kenaleng!


Kenaleng! (berdebar)

Nampaknya PAS Kelantan...

Esok pejuang-pejuang siber anak Kelantan yang terdiri daripada bloggers serta facebookers bakal berkumpul dan bersatu melalui program Ramah Mesra Bersama Tok Pa yang diadakan di Holiday Villa, Kota Bharu.

Menurut saudara Eizwan selaku penyelaras program hampir 250 pejuang siber kelahiran Kelantan bakal memenuhi jemputan Tok Pa termasuk saya dan sahabat blogger seperti Panglima Perang Siber dan blogger 1 Peluru.

Alang-alang nak balik Kelantan esok, ingin saya kongsikan satu maklumat yang diterima dari sumber dalaman PKR sendiri. Menurut sumber ketika mesyuarat AMK Malaysia pada 6 Oktober 2012 bertempat di Ibu Pejabat PKR  satu hasil kajian mengenai pola pengundi menjelang PRU13 telah dibentangkan.

Kajian tersebut dijalankan dalam tempoh 2 kali iaitu pada 31 Mac hingga 15 April 2012 dan 1 September hingga 16 September oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM/UMCEDEL diketuai Prof. Dato Dr. Mohd Redzuan Othman.

Hasil kajian tersebut mendapati peratusan sokongan kepada BN antara bulan Mac hingga September meningkat sebanyak daripada 27 peratus kepada 32 peratus.

Manakala sokongan kepada PR pula merundum dari 44 peratus jatuh kepada 41 peratus disebabkan faktor imej Tok Pa dan keinginan rakyat Kelantan untuk berubah setelah 22 tahun berada di bawah pimpinan PAS dan keadaan ini telah membimbangkan PR.

Ulang lagi sekali, situasi ini amat membimbangkan PR...

Amat membimbangkan PR...

Orang Kelate kato...

PAS Kelate loni tengoh gelepar dengan kenaling dup...dap...dup...dap!

Lamo dok dengar dikir barat...

Jom kito layan dikir selagu boh!

Warning : Jangan bangun joget sudoh, takut keno igak dengan keno saman MPKB!

Hahaha...




Friday, December 14, 2012

Formula 50 Peratus Calon Baru BN Dalam #PRU13 - Menepati Kehendak Pengundi Muda @NajibRazak


Tranformasi yang menepati kehendak pengundi muda...

Ini kerana dalam PRU13 akan datang mengikut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tempoh suku tahun ketiga 2011 jumlah pengundi berdaftar adalah seramai 12,400,437 orang.

Manakala dalam tempoh tersebut, jumlah mereka yang berusia 21 tahun  adalah seramai 16,131,571 orang, bermakna masih ada seramai 3,731,734 orang atau 23% daripada jumlah warga Malaysia masih belum berdaftar sebagai pemilih.

Daripada jumlah tersebut lebih 50% daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia 40 tahun ke bawah, maka formula untuk menampilkan calon baru sebanyak 50% oleh BN adalah strategi tepat memandangkan golongan pengundi muda khasnya pengundi baru 'first time voter' merupakan 'king maker' PRU13.

Selain menampilkan calon baru, Pemuda BN juga perlu perbanyakkan lagi program yang lebih agresif dan berpandukan 'engagement' dengan membincangkan isu-isu golongan muda seperti peluang pekerjaan, kos sara hidup, pengangkutan dan perumahan.

Jadi pemimpin-pemimpin yang telah terpalit dengan isu-isu integriti wajarlah memberi laluan kepada calon baru, kerana di kalangan pengundi isu integriti merupakan perkara yang paling mempengaruhi mereka.

Pendek kata nak jadi pemimpin kena ada 4 perkara :


Kalau tiada 4 perkara, dengar sahaja nasihat PM :


Sebelum blah, kita layan lagu dulu bro! -



Arios!

Selamat bercuti di hujung minggu...

Thursday, December 13, 2012

[VIDEO] : Astagfirulllahuladzim... Penceramah PAS Kata Tun Mahathir Tak Pernah Baca Quran?

Fitnah, penghinaan, maki hamun dan ejekan adalah rutin bicara penyokong dan pemimpin Pas terhadap Umno BN, agak janggal seseorang yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi berbicara mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan.

Ucapan pemimpin Pas ketika berceramah di Gua Musang beberapa bulan yang lalu sungguh keterlaluan apabila mengejek Perdana Menteri tidak tahu membaca Al-Quran malah menyebut perkataan 'Wasatiyyah' pun tergagap-gagap dan diibaratkan oleh pemimpin Pas seperti kura-kura memanjat batas.



"Umno semakin bengong dengan Islam, pernahkah adik kakak dengar Mahathir baca Al-Quran, Najib baca Al-Quran, saya dengar Najib sebut wasatiyyah pun macam kura-kura panjat batas".

Pemimpin Pas itu juga turut mengakui bahawa Pas telah lama mengatakan UmnoBN adalah syaitan, dan syaitan itu semuanya adalah jahat dan tiada yang baik, ianya samalah antara syaitan dan Umno kerana sama-sama tidak pernah membuat kebaikkan selain kejahatan. Subhanallah.

Mungkin ramai dikalangan umat Islam keliru samada apa yang disebut oleh pemimpin Pas itu mengikut apa yang diajar oleh Islam atau sebaliknya, mungkin juga dapat dibayangkan buruknya suasana didalam syurga sekiranya ia dihuni pemaki hamun seperti itu,

Halalkah untuk seseorang itu menghina pemimpin negara dengan mengejek sedemikian rupa ? Kalau pemimpin negara itu jahil sekalipun, adakah Islam mengajar kita untuk mengejeknya?

Sedangkan pemimpin negara itu tidak pernah mengaku yang ianya seorang Ulamak, selain sentiasa memperbaiki setiap kelemahan yang ada disamping melakukan transformasi bagi membawa negara dan rakyat kearah perubahan yang lebih baik dengan mengamalkan konsep kesederhanaan didalam semua aspek kehidupan.

Bagaimanalah masa depan negara kita jika terpimpin oleh golongan extreme dan kolot seperti ini, renung dan nilai. 

Anda Mampu Mengubahnya. - Gelombangkick

Wednesday, December 12, 2012

@NajibRazak Akan Hapuskan Kaum India Dengan Menolak Mereka ke Dalam Laut!- @PDRMsia Perlu Siasat Tuduhan MP Kapar @HishammuddinH20


Tindakan meletakkan nama orang Islam sebagai (anak/lelaki) adalah satu pembunuhan karakter secara melampau oleh PKR.

Ia mengingatkan saya dengan satu  pendedahan yang dibuat oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam satu forum bahawa terdapatnya rancangan halus, terancang dan berterusan oleh pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin Binti seperti tertera dalam MyKad.


Nampaknya selain cuba menaikkan kemarahan masyarakat India dengan harapan mengulangi peristiwa Hindraf, PKR turut membawa mesej untuk menghapuskan identiti bangsa yang digunakan oleh umat Islam.

Benar jika disemak kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaan istilah bin dan binti tidak melibatkan hukum Islam. Namun penggunaan bin/binti di Malaysia ianya merujuk kepada bangsa Melayu dan tindakan meletakkan nama seorang Melayu/Islam sebagai (anak/lelaki) dilihat sebagai biadap!

MP Kapar Menghasut & Cuba Cetuskan Ketegangan Kaum

Selain itu seorang rakan Twitter saya @cikgushasi telah terjemahkan ucapan dari MP Kapar S.Manikavasagam bermula pada minit 1.22 sebagaimana video yang disiarkan sebelum :



Terjemahannya adalah :


Ini satu ucapan sial daripada S.Manikavasagam yang dia berniat untuk menghasut serta menakut-nakutkan kaum India kononnya BN akan hancurkan kaum India secara berperingkat dengan menolak ke dalam laut.

Justeru itu, pihak berwajib wajar menyiasat kenyataan ini kerana jelas ianya berbentuk hasutan dan fitnah!

YY : Rindu I.S.A

[VIDEO] : Kecoh! Putrajaya di Serang 300 Ribu Kaum India 'Stateless'.


Demontrasi 'Duduk & Bantah' di hadapan Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya anjuran PKR hari ini nampaknya bertukar menjadi medan untuk mencaci dan mencerca PM DS Najib Razak selain meraih simpati politik dari kaum India oleh beberapa pemimpin pembangkang seperti Chua Jui Meng, Latheefa Kooya, N.Surendran, S. Manikavasagam.

Melalui ucapan-ucapan yang disampaikan, demontrasi yang disertai oleh 200 orang kaum India yang dibawa menaiki tiga buah bas ini lebih bermotifkan politik untuk memburuk-burukkan kerajaan demi menjayakan agenda pembangkang selain menghasut kaum India lawan dan jatuhkan kerajaan.

"Najib tipu, BN tipu, Pakatan Rakyat tak tipu" adalah laungan mereka selain poster yang bertujuan menghina PM DS Najib Tun Razak.

Malah dari penelitian saya, dapat diperhatikan dengan jelas bahawa kerajaan sebenarnya telah membantu setiap kaum India ini untuk membuat permohonan kewarganegaraan berdasarkan beberapa dokumen dan surat sokongan dari parti kompenen Barisan Nasional MIC, MCA dan Kementerian Dalam Negeri sendiri.

Ini bermakna kerajaan telah cuba membantu menyelesaikan permasalahan mereka.

Kerajaan dah bantu melalui surat sokongan KDN - bukan salah kerajaan aney...


Mungkin kerana permohonan mereka telah ditolak di atas sebab-sebab tertentu serta terpaksa menunggu tempoh masa yang panjang menyebabkan mereka mudah dipengaruhi dan diperkudakan oleh pembangkang.

Pakatan Rakyat sebenarnya telah mengambil kesempatan untuk cuba membangkitkan kemarahan masyarakat India sekaligus cuba meraih simpati mereka untuk memenangi PRU13.

Oh..mengenai angka 300 ribu kaum India yang dikatakan tiada kewarganegaraan, itu saudara kira sendiri jumlah para peserta demontrasi dalam video di bawah :



Ada 300 ribu tak...?

UMNO/BN Gagal Memerintah Negara?




Dari blog sahabat Paneh Miang :
1. Di mana sahaja hari ini akan kedengaran 'war cry' yang dilagukan pencacai pembangkang yang kononnya UMNO telah gagal. Failed you know...失敗...தோல்வி...kapish!!

2. Bermacam hujah cai pembangkang konon betapa tidak bergunanya UMNO selama 66 tahun kewujudannya dan selepas 55 tahun kemerdekaan negara. Kononnya UMNO gagal mentadbir, UMNO gagal bantu Melayu, UMNO gagal tegakkan Islam, UMNO dan kuasa umpama siat kulit daripada isi, UMNO gagal itu, UMNO gagal ini...bla..bla..bla..huarggghhhhh...mengantuknyalah dengar! 
3. Namun, yang gagal dimomok cai pembangkang ialah, apakah kayu ukur atau benchmark yang mereka gunakan untuk mengatakan UMNO telah gagal? Ukur pakai balok ke? Atau guna alat geometri? Atau pembaris besi? Hehe...

4. Jika kita nak katakan seseorang individu atau sesuatu pihak itu gagal, maka sudah semestinyalah perlu dibuat perbandingan. Gagal lawannya Lulus. Jika ada pihak yang gagal, mesti ada pihak yang lulus. Jadi, adakah justifikasi kegagalan yang ditujukan kepada UMNO itu, memberi makna bahawa parti pembangkang telah lulus? Begitu..?

5. Dan seandainya pencapaian atau kejayaan menjadi ukuran, perbandingan perlulah dibuat antara kedua pihak yang memiliki keupayaan yang sama atau sekurang-kurangnya memiliki kelebihan asas yang setanding sebelum dibuat perbandingan.

6. Jadi cai pembangkang nak bandingkan UMNO dengan parti mana jika ingin dikatakan salah satu pihak telah gagal? Pas? Pkr? DAP?

7. Atau cai pembangkang membuat perbandingan bersandarkan faktor sejarah, faktor agama, sistem politik, polisi ekonomi, sistem sosial, hubungan antarabangsa, alam sekitar, budaya, pendidikan etc.? Yang mana satu pula antara faktor yang disebutkan itu telah berjaya direalisasikan sepenuhnya oleh parti pembangkang di negeri yang ditadbir mereka?

8. Ok...mungkin tak adillah kalau kita nak bandingkan parti pembangkang dengan UMNO disebabkan UMNO mentadbir persekutuan. Jadi kita kecilkan sedikit skop. Kita ambil dua negeri di pantai timur semenanjung yang hampir setanding dari segi keupayaan serta komposisi penduduk untuk dibuat perbandingan. Kita bandingkan antara Kelantan dan Terengganu...pihak mana yang boleh kita katakan gagal.

9. Kelantan telah ditadbir oleh Pas selama 22 tahun, manakala Terengganu juga pernah ditadbir oleh Pas dan kini UMNO. Tak payahlah buang masa banding rekod-rekod lama, takut lebih teruk pula dapatannya. Cukuplah kita bandingkan data terbaru 2012 saja.

10. Pertama, kita bandingkan keluaran negeri kasar Kelantan berdasarkan aktiviti ekonominya yang tiada kena mengena dengan Persekutuan seperti pertanian, pembinaan, pembuatan, perkhidmatan,penyeludupan barangan Siam, geng Pattani meniaga di Rantau Panjang, perjudian, lesen arak, pelacuran, jual dadah, curi kabel telefon, jual balak haram, ladang rakyat, kambing jamapari, tabung Memali, jual air jampi Pok Nik, sticker Pas, jual potret Pok Nik, jualan ubat kuat, perlombongan dan juga kuari; maka unjuran KDNK Kelantan pada tahun 2012 ialah RM11,144 juta atau bersamaan RM11.1 billion. Berbanding dengan Terengganu berdasarkan aktiviti ekonominya yang juga tiada kena mengena dengan Persekutuan seperti pertanian, pembinaan, pembuatan, perkhidmatan, perlombongan dan juga kuari; maka unjuran KDNK Terengganu pada tahun 2012 adalah RM16,693 juta atau bersamaan RM16.7 billion. Jadi negeri mana yang boleh dikatakan gagal? (Rujuk EPU).

11. Kedua, kita bandingkan pula pendapatan perkapita antara kedua negeri tersebut. Pendapatan perkapita rakyat negeri Kelantan RM7,500 (tak termasuk anak Kelantan di luar Kelantan), manakala Terengganu pula RM27,140 (rujuk EPU). Pihak mana gagal lagi?

12. Susah sangat nak bandingkan dengan angka...kita ambil contoh mudah. Kelantan air paip kotor dan berbau, Terengganu bekalan air bersih. Kelantan negeri kotor penuh semak samun (sampai Sultan sendiri pun turun kutip sampah...baik punya sindir), dan Terengganu antara destinasi pelancongan yang cantik dan bersih. Kelantan setiap tahun ramai pengunjung membeli belah di Rantau Panjang yang ramai peniaga Siam, Terengganu ramai peniaga tempatan. Kelantan tersangatlah Assobiyah (kenegerian), Terengganu biasa-biasa saja. Kelantan takde highway, Terengganu highway cantik. Kelantan bla..bla..bla..Terengganu yes..yes..yes!! Hehe...banyak hal lain lagi tu, bandingkanlah sendiri.

13. So...apa lagi yang ada di Kelantan yang Terengganu takde? Cer cite, cer cite! Oh lupo pulak...ada satu yang Kelantan ada tapi Terengganu takde...iaitu Kelantan ada pusat pelacuran yang jaraknya hanya 200 meter dari pejabat Menteri Besar;....Terengganu ilek!

14. Kesimpulannya, pihak mana sebenarnya GAGAL?

15. Tapi ada satu kejayaan Pas selama 61 tahun penubuhannya yang diiktiraf oleh rakyat Malaysia iaitu...mempermain, mempersenda dan memperalatkan Islam di muka bumi ini. Bab ni Pas memang handal. Malah Pas sangat berjaya memecahbelahkan umat Islam di negara ini akibat kerap mengeluarkan kenyataan agama yang mengelirukan. Itulah saja kejayaan Pas yang boleh diiktiraf dunia.

16. Manakala kejayaan terbesar sahabat sekomplot Pas iaitu Pkr dan DAP ialah memperkuda dan mempermainkan pemimpin Pas yang bengong, selain berketuakan gayboy dan mengangkat Pengerusi DAP sebagai mursyidul am Pakatan.

17. Sebelum nak mengatakan orang lain gagal, cermin-cerminlah diri tu dulu. Apakah kejayaan terhebat komplot pembangkang selain mengadu domba dan fitnah?

18. Senaraikan dulu semua kejayaan dan kegagalan UMNO selama ini, dan kemudian buat pula checklist adakah komplot pembangkang sudahpun menyamai atau sekurang-kurangnya menghampiri rekod kejayaan UMNO, barulah boleh dibuat penilaian, pihak mana yang banyak lulus dan pihak mana yang banyak gagal.

19. Andai dibuat timbangan amal segala kebaikan yang dilakukan UMNO selama 66 tahun ini berbanding keburukannya, rasa semua pun tahu amal kebaikan UMNO yang lebih berat timbangannya.
 
20. Hanya mereka yang hipokrit dan munafik saja yang akan cuba menafikannya.

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Teringat pula ketika zaman kanak-kanak kerana wajah inilah yang dinantikan di kaca televisyen untuk mengetahui tarikh bermulanya ibadah puasa dan hari raya sebelum beliau bersara dan digantikan  Datuk Syed Danial Syed Ahmad  pada 10 Jan tahun lepas.

Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan Takziah buat keluarga Allahyarham.

Al-Fatihah...
"Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. 
Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. 
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama"

Tuesday, December 11, 2012

[Satira] : Single Terbaru Anwar Ibrahim Menjelang #PRU13 - Kahkahkah!


Umum mengetahui bakat yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim...

Jadi tak salah sekali-sekala kita rileks-rileks sikit minda kita dengan video-video satira politik...

Hari-hari bagi artikel panjang-panjang pun boring jugak kan...?

Jadi kita sama-sama layan lagu dalam video kat bawah...

Mungkin lagu ini adalah sumber  inspirasi kepada pengikut tegar Anwar Ibrahim...

Hahaha...

Jangan marah...

Arios!

AMARAN : Untuk tontonan 21 tahun dan ke atas sahaja!



Pecah perut gelak!

KAH...KAH...KAH!

Monday, December 10, 2012

@nsurendrann : Nah! Jawapan Untuk 300 Ribu Kaum India Tiada MyKad - @PKamalanathan

CONTOH : Mykad Warganegara Malaysia tiada kena mengena dengan mana-mana individu yang hidup atau pun yang mati. Jika ada ianya secara kebetulan.

Semakin hampir dengan Pilihan Raya makin banyak isu-isu yang ditimbulkan oleh pembangkang dalam usaha untuk meraih sokongan rakyat. Dalam PR setiap parti telah diberikan peranan untuk menarik sokongan 3 kaum utama di Malaysia.

Setelah diyakini bahawa sokongan kaum cina cenderung bersama PR, kini mereka cuba meraih sokongan kaum India pula, ini kerana pembangkang sedar bahawa sokongan kaum India telah kembali kepada BN.

Maka untuk menarik sokongan kaum India, mereka memperbesarkan angka kaum India yang  tidak memiliki kad pengenalan dan memiliki taraf warganegara, dengan  mengatakan seramai 300,000 warga India tidak memiliki taraf kewarganegaraan sekaligus kerajaan telah menafikan hak kaum India.

Untuk pengetahuan sahabat pembaca, pada tahun 2008 ketika Datuk Syed Hamid Albar memegang portfolio Menteri Dalam Negeri satu operasi besar-besaran diadakan bagi mengesan mereka yang dilahirkan dalam negara ini dan kebanyakkan mereka terdiri daripada kaum India.

Operasi yang diberi nama 'MyDaftar' merupakan inisiatif kerajaan pada waktu itu untuk turun padang mencari dan mengesan kaum India yang masih belum memiliki taraf kewarganegaraan.



Jadi benarkah 300,000 kaum India masih tidak memiliki kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan sebagaimana yang didakwa oleh N.Surendran?

Jeng...jeng...jeng!

Mengikut jawapan di dalam Parlimen oleh Menteri Dalam Negeri ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching. Seramai 32,440 orang kanak-kanak dan individu masih bertaraf bukan warganegara telah dikesan di seluruh negara dari tahun 2005 hingga 2008 sebagaimana disiarkan melalui blog Teo Nie Ching :

Link 
Jika berakhir tahun 2008 hanya 32,440 mereka yang tidak memiliki kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan dikesan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 5,593 permohonan kad pengenalan manakala 4,023 permohonan kewarganegaraan telah diluluskan oleh kerajaan. Sebagaimana disiarkan dalam Berita Harian bertarikh 15 Februari 2012 :


Link
Bagaimana angka ini meningkat mendadak mencecah 300,000 orang sedangkan daripada 32,440 orang yang tidak memiliki kad pengenalan hampir 10,000 daripadanya telah berjaya diselesaikan oleh kerajaan?

Saya ingin dapatkan pandangan sahabat pembaca, logikkah dalam tempoh 4 tahun jumlah 32,440 orang kanak-kanak dan kaum India yang tidak memiliki kad pengenalan mampu bertambah sehingga 10 kali ganda menjadikan ianya 300,000 orang?

Adakah angka 300,000 yang disebut oleh N.Surendran sebenarnya meliputi semua individu yang tidak memiliki taraf warganegara dan kad pengenalan yang terdiri daripada pendatang asing warga India yang datang dari New Delhi atau mungkin juga dari Chennai, India?

Sekali teliti taktik N.Surendran hampir sama tindakan yang dilakukan oleh Fuziah Saleh berhubung isu warga Bangladesh yang kononnya beribu-ribu orang diberikan 'mykad' sebagaimana saya siarkan di [SINI]

Di sebalik usaha kerajaan membantu kaum India memiliki kad pengenalan, tahukah sahabat pembaca apa yang dilakukan oleh pembangkang pada waktu itu?

Pembangkang menuduh pula kerajaan cuba memberi kad pengenalan kepada orang asing untuk mengundi dalam pilihanraya sebagaimana berita berbentuk persepsi yang disiarkan oleh Haprak Daily ketika permulaan program 'MyDaftar' diperkenalkan :




Sebenarnya tuan-tuan 300,000 itu adalah fitnah 100%, tujuan isu ini diperbesarkan dengan angka-angka yang BESAR adalah untuk memperkenalkan N.Surendran kepada rakyat terutama sekitar Padang Serai dan mempopularkan wajah N.Surendran sebelum PRU13 memandangkan dia dinamakan sebagai calon menggantikan N.Gobalakrishnan.

Pendek kata mereka sedang cipta ikon untuk bertanding dalam PRU13.

Akhir sekali, saya tidak sabar untuk melihat 300,000 kaum India 'duduk & bantah' di hadapan JPN pada 12 Disember ini kerana tidak memiliki kad pengenalan. Jadi N.Surendran kena pastikan ada 300,000 orang India yang duduk di hadapan JPN pada 12 Disember ini!


Baca bahagian yang saya gariskan dengan warna merah di atas,  ikut teori N.Surendran sesiapa saja yang lahir di Malaysia automatik jadi warganegara tak kiralah walaupun bapanya adalah Myanmar, Nepal, Bangladesh, Afghanistan dan ibunya warga Indonesia sekalipun.

Asal lahir kat Malaysia automatik warganegara?

Dey aney law mana lu pakai?

Baca Perlembagaan separuh-separuh, apa punya lawyer lu aney!

Poorahh!

YY : Kalau jumpa ular dengan N.Surendran saya ketuk N.Surendran dulu!

Sunday, December 9, 2012

Dulu Lain Sekarang Lain -Dulu Apa Kata Anwar...?

Bukan UMNO kata, bukan MCA yang kata, bukan MIC yang kata. Tapi Anwar Ibrahim sendiri yang berkata-kata, dulu apa kata Anwar?


Lepas itu apa pula kata Anwar...?


Bukan kita kata, Anwar Ibrahim sendiri yang kata...

Selebihnya anda fikir, analisis dan nilailah sendiri...

Sedangkan pantai boleh berubah, inikan pula nafsu Anwar Ibrahim...

Hahaha...

Posting sambil layan Malaysia vs Thailand.

Arios!

Selamanya Harimau Malaya!

Thursday, December 6, 2012

Sultan Selangor Barua UMNO - Wan Ji


Tak mahu tulis panjang-panjang, lihat paparan perbualan di antara Wan Ji atau lebih dikenali sebagai  'Pak Shaik Muka Buku' menerusi laman twitter miliknya :

Klik untuk lebih jelas

Wan Ji khawarij sejati...

Hahaha...

Arios!

Wednesday, December 5, 2012

Sapina - Who's Next?


Chak!

Hahaha...

Lama tak update dan online, ini pun cuma mahu print screen beberapa tugas yang memang setiap bulan kena buat.

25/11/2012 yang lepas bekas 'kawan' saya iaitu Azmi APA memaklumkan sudah menerima sapina dari Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang disampaikan menerusi peguam Husam Musa Tetuan Hisham & Co. untuk menjadi saksi (saksi pendakwaraya) dalam kes di antara Husam Musa dan seorang blogger. 

Sebentar tadi beliau menghubungi saya, katanya semalam baru pulang dari Kota Bharu untuk mengikuti satu kes perbicaraan namun perbicaraan tersebut  ditangguh ke satu tarikh, menurut APA blogger tersohor UMNO yang dimaksudkan tidak hadir dan hanya mewakilkan peguamnya. Selain itu saya dimaklumkan ada beberapa nama lagi akan turut di sapina sebagai saksi.

Saya katakan kepadanya, saya malas ambil pusing perihal blogger tersebut. Tapi dia menjawab "tak boleh tak ambil pusing, maybe lu dalam list bro...".

Erkk..!

Sebelum ini ada satu cerita di blog yang penulisannya mirip blogger 'mamak' - Menurut penulis tersebut kononnya saya pernah berjumpa dengan 'penghulu blogger' semata-mata mahu 'membunuh' blogger tersebut.

Jadi kalau benar saya dalam senarai untuk di sapina, saya cuma boleh katakan memang masak la blogger tersebut.

Cerita ini dah seminggu saya simpan, tapi ada pulak kawan-kawan UMB yang saya anggap kawan terdekat jenis bangang tak tahu hujung pangkal nak mengutuk dan bercerita di belakang, macam sial perangai!

Jangan kerap sangat amal perangai macam-macam, aku bimbang ada pintu bilik  pecah nanti!

Nasihat aku cakap depan-depan kalau berani!

Perjuangan...?

Brotherhood...?

Lantoi!

Hahaha!

Arios!

YY : Maybe kena ikut jejak Tan Sri Musa Hasan.