Monday, December 10, 2012

@nsurendrann : Nah! Jawapan Untuk 300 Ribu Kaum India Tiada MyKad - @PKamalanathan

CONTOH : Mykad Warganegara Malaysia tiada kena mengena dengan mana-mana individu yang hidup atau pun yang mati. Jika ada ianya secara kebetulan.

Semakin hampir dengan Pilihan Raya makin banyak isu-isu yang ditimbulkan oleh pembangkang dalam usaha untuk meraih sokongan rakyat. Dalam PR setiap parti telah diberikan peranan untuk menarik sokongan 3 kaum utama di Malaysia.

Setelah diyakini bahawa sokongan kaum cina cenderung bersama PR, kini mereka cuba meraih sokongan kaum India pula, ini kerana pembangkang sedar bahawa sokongan kaum India telah kembali kepada BN.

Maka untuk menarik sokongan kaum India, mereka memperbesarkan angka kaum India yang  tidak memiliki kad pengenalan dan memiliki taraf warganegara, dengan  mengatakan seramai 300,000 warga India tidak memiliki taraf kewarganegaraan sekaligus kerajaan telah menafikan hak kaum India.

Untuk pengetahuan sahabat pembaca, pada tahun 2008 ketika Datuk Syed Hamid Albar memegang portfolio Menteri Dalam Negeri satu operasi besar-besaran diadakan bagi mengesan mereka yang dilahirkan dalam negara ini dan kebanyakkan mereka terdiri daripada kaum India.

Operasi yang diberi nama 'MyDaftar' merupakan inisiatif kerajaan pada waktu itu untuk turun padang mencari dan mengesan kaum India yang masih belum memiliki taraf kewarganegaraan.



Jadi benarkah 300,000 kaum India masih tidak memiliki kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan sebagaimana yang didakwa oleh N.Surendran?

Jeng...jeng...jeng!

Mengikut jawapan di dalam Parlimen oleh Menteri Dalam Negeri ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching. Seramai 32,440 orang kanak-kanak dan individu masih bertaraf bukan warganegara telah dikesan di seluruh negara dari tahun 2005 hingga 2008 sebagaimana disiarkan melalui blog Teo Nie Ching :

Link 
Jika berakhir tahun 2008 hanya 32,440 mereka yang tidak memiliki kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan dikesan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 5,593 permohonan kad pengenalan manakala 4,023 permohonan kewarganegaraan telah diluluskan oleh kerajaan. Sebagaimana disiarkan dalam Berita Harian bertarikh 15 Februari 2012 :


Link
Bagaimana angka ini meningkat mendadak mencecah 300,000 orang sedangkan daripada 32,440 orang yang tidak memiliki kad pengenalan hampir 10,000 daripadanya telah berjaya diselesaikan oleh kerajaan?

Saya ingin dapatkan pandangan sahabat pembaca, logikkah dalam tempoh 4 tahun jumlah 32,440 orang kanak-kanak dan kaum India yang tidak memiliki kad pengenalan mampu bertambah sehingga 10 kali ganda menjadikan ianya 300,000 orang?

Adakah angka 300,000 yang disebut oleh N.Surendran sebenarnya meliputi semua individu yang tidak memiliki taraf warganegara dan kad pengenalan yang terdiri daripada pendatang asing warga India yang datang dari New Delhi atau mungkin juga dari Chennai, India?

Sekali teliti taktik N.Surendran hampir sama tindakan yang dilakukan oleh Fuziah Saleh berhubung isu warga Bangladesh yang kononnya beribu-ribu orang diberikan 'mykad' sebagaimana saya siarkan di [SINI]

Di sebalik usaha kerajaan membantu kaum India memiliki kad pengenalan, tahukah sahabat pembaca apa yang dilakukan oleh pembangkang pada waktu itu?

Pembangkang menuduh pula kerajaan cuba memberi kad pengenalan kepada orang asing untuk mengundi dalam pilihanraya sebagaimana berita berbentuk persepsi yang disiarkan oleh Haprak Daily ketika permulaan program 'MyDaftar' diperkenalkan :




Sebenarnya tuan-tuan 300,000 itu adalah fitnah 100%, tujuan isu ini diperbesarkan dengan angka-angka yang BESAR adalah untuk memperkenalkan N.Surendran kepada rakyat terutama sekitar Padang Serai dan mempopularkan wajah N.Surendran sebelum PRU13 memandangkan dia dinamakan sebagai calon menggantikan N.Gobalakrishnan.

Pendek kata mereka sedang cipta ikon untuk bertanding dalam PRU13.

Akhir sekali, saya tidak sabar untuk melihat 300,000 kaum India 'duduk & bantah' di hadapan JPN pada 12 Disember ini kerana tidak memiliki kad pengenalan. Jadi N.Surendran kena pastikan ada 300,000 orang India yang duduk di hadapan JPN pada 12 Disember ini!


Baca bahagian yang saya gariskan dengan warna merah di atas,  ikut teori N.Surendran sesiapa saja yang lahir di Malaysia automatik jadi warganegara tak kiralah walaupun bapanya adalah Myanmar, Nepal, Bangladesh, Afghanistan dan ibunya warga Indonesia sekalipun.

Asal lahir kat Malaysia automatik warganegara?

Dey aney law mana lu pakai?

Baca Perlembagaan separuh-separuh, apa punya lawyer lu aney!

Poorahh!

YY : Kalau jumpa ular dengan N.Surendran saya ketuk N.Surendran dulu!

11 comments:

  1. Tu dia N.Surendran tau law ke tak, tak semua org yg lahir di Msia kita beri dia warganegara. Ia perlu ikut ibu atau bapak. kalau camtu ramai la Indonesia mari lahirkan anak kt Msia lps ni. BULLSHIT PR!

    ReplyDelete
  2. 300,000 adalah jumlah pendatang asing dari negara India kut.

    ReplyDelete
  3. dia nak bertanding di padang serai bro, bukan bagan serai. saya org padang serai tak suka pun dia neyh,kain rentang penuh dekat kawasan saya. tapi baru nak menonjol,nak pilihanraya baru nak mai, ingat kami rakyat padang serai BODOH wahai n.surendren,ANG PI TEMPAT LAIN la macha

    ReplyDelete
  4. Anon December 10, 2012 8:43 PM,

    Terima kasih atas teguran. Sudah dibetulkan, Padang Serai pun belom tentu dia boleh menang bro!

    ReplyDelete
  5. Bro yy....mmg betul 300k...itu pun dah kira paling sket....kalau nak ikut angka sebenar lagi byk tau....sbb dia kira semua saudara mara dia kat india....kan ramai tu bro....baru betul ciri2 pengundi hantu....hahahha....stone betul la mamat nie..drbjb.....

    ReplyDelete
  6. Bro...penulisan dan isi lu makin bgs...macm nie la nak lwn PR...ada fakta....padat....tp lu mmg x patut....lu kena la share ilmu ngan blogger BN yg lain...bukak kelas tuisyen ker...ilmu kena share bro....ini lu kemut sorang jer....dr bjb

    ReplyDelete
  7. Adoi.. seksala kerajaan. Camna nak bezakan India yang duk sini sejak sebelum merdeka dgn yang baru dtg tahun 2009? Apa istimewanya bangsa ni berbanding dengan Bangla, Indon, myanmar, etc? Takut nak bayangkan tiba-tiba bilangan mereka meningkat mendadak mengalahkan bangsa lain plak. harap-harap pihak berwajib bijak dan berhati-hati menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  8. Dr Bjb,

    Kadang2 mmg saya ada berkongsi art of blogging dlm kursus jentera siber. InsyaAllah kita boleh jumpa bertukar2 pendapat dan berkongsi kebolehan bro.

    Anyway terima kasih atas sokongan yg diberikan.

    ReplyDelete
  9. N.Surendran ni bebal bro! sbg lawyer sepatutnya kena membuat kenyataan dengan bukti bukan berdasarkan. Ini cakap dalam ceramah. lepas itu guna seorang kaum India yang takde IC untuk saman kerajaan dgn JPN.

    Memang haram jadah la PR!!!

    ReplyDelete
  10. Kalau la semua org perasan...penceramah pembangkang nie terutamanya DSAI selalu akan memberikan angka angka utk menyokong isi ceramah mereka....membuatkan para pendengar percaya isi kandungan ceramah yg di sampaikan. Disamping itu, mereka juga sering mengaitkan tokoh2 besar.......AKAN TETAPI, pernah kah diantara kita mengkaji angka2 yg disebutkan...sama ada benar atau tdak....adalah cad sy utk tentera cyber BN mengambil tugas ini sepertimana yg dibuat oleh double y.... Dr bjb

    ReplyDelete
  11. Dr Bjb,

    There is always strength in numbers. The more individuals or organizations that you can rally to your cause, the better. Politics is a game about the numbers.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-