Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Teringat pula ketika zaman kanak-kanak kerana wajah inilah yang dinantikan di kaca televisyen untuk mengetahui tarikh bermulanya ibadah puasa dan hari raya sebelum beliau bersara dan digantikan Datuk Syed Danial Syed Ahmad pada 10 Jan tahun lepas.
Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan Takziah buat keluarga Allahyarham.
Al-Fatihah...
"Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama"
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-