Jahanam...!
Apa ingat blogger pro-UMNO tidak akan kritik pemimpin sekali-sekala?
Siapa kata masa tak sesuai?
Inilah masa sesuai untuk singkirkan kudis-kudis yang sudah bernanah daripada kudis-kudis ini hinggap dan membusuk PM DS Najib Tun Razak.
Tiga tahun masa yang diambil oleh PM DS Najib Razak untuk membina dan memulihkan kembali imej parti keramat UMNO ekoran 'tsunami politik' dengan melakukan beberapa plan tranformasi sehingga tahap keyakinan dan sokongan rakyat dilihat mula kembali kepada parti tersebut.
Ada saja tindakan atau kenyataan bengong yang dibuat oleh menteri-menterinya.
Jawapan yang diberikan oleh Nazri Aziz berhubung tuduhan pembangkang yang melibatkan anaknya kelmarin, boleh dijadikan sebab mengapa rasa kebencian terhadap UMNO itu timbul, lebih-lebih lagi di kalangan anak-anak muda.
Sebelum pergi lebih jauh mengenainya, kita teliti beberapa jawapan Nazri Aziz :
Are you concerned that your son and his family are being followed?
I'm a rich man, I'm powerful, good looking. (reporters giggle) Wealthy. So what can I do? My son ask, 'Pa, is it...' I say, 'Look, you are my son.'
Sebelum saya sambung terlebih dahulu saya hulurkan 'jari tengah' saya khas buat Nazri Aziz!Will you lodge a police on your son being followed?
Why should I? It doesn't bother me. I'm popular, I have a film star punya status here you know? Celebrity. Bukan film star local, Hollywood punya (laughs). No, but there is nothing I can do, (if) they want to follow.
And if Rafizi lodges a report with MACC?
What kind of question it that? He wants to report, he report lah. You know, he's a clarinet player, he told me in his tweet. In Malay College (Kuala Kangsar), when he (enrolled), I was not around, but those who play the clarinet are jambu, you know. Ni jambu punya style la.
Jahanam kalau ada 20 menteri yang bersikap seperti beliau!
Ini kerana seingat saya DS Najib Razak selaku Presiden UMNO pernah mengingatkan kepada semua pemimpin dan ahlinya agar bersikap realistik dan sanggup untuk berubah bagi memastikan parti UMNO terus dihormati dan terus relevan untuk masa-masa akan datang.
Kerana rakyat hari ini tidak lagi menilai sesuatu parti itu dari segi faktor sejarah, sebaliknya rakyat menilai melalui kebajikan dan sikap seseorang pemimpin itu.
Jika beginilah sikap seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggambarkan bahawa masih terdapat pemimpin dan menteri-menteri kabinet sehingga kini gagal menyahut seruan bos mereka untuk bersikap realistik dan berubah.
Dengan nada konfiden Nazri Aziz mengatakan isu ini tidak akan memberi kesan kepada BN kerana anaknya bukan menteri kabinet jelas menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran yang dimiliki oleh seorang menteri yang bernama Nazri Aziz.
Bahasa mudah faham, anak dia punya hal tak mungkin kerajaan atau pemimpin pula yang akan menerima kesan buruk.
Wahai Datuk Seri Nazri Aziz...
Sungguh dangkal jika Datuk beranggapan bahawa isu-isu yang melibatkan anak Datuk tidak memberi kesan kepada BN dan kerajaan dan amat malang sekali DS Najib Razak kerana terpaksa 'memelihara' seorang menteri yang terlalu naif pemikirannya.
Mungkin beliau tidak menyedari bahawa kejatuhan kebanyakkan pemimpin-pemimpin negara arab adalah disebabkan kemewahan dan perangai yang ditonjolkan oleh anak-anak mereka.
Pemimpin Arab Dibenci Kerana Perangai Anak Mereka!
Sebelum kejatuhan Presiden Mesir Hosni Mubarak, isu yang melibatkan anaknya iaitu Gamal Al Din Mohammed Hosni Sayed Mubarak menjadi perbualan kerana kekayaan dan pengaruh yang dimiliki beliau.
Maklumat dan cerita mengenai kekayaan yang dimiliki oleh Hosni Mubarak dengan menggunakan pengaruh bapanya terus tersebar dan telah menimbulkan kemarahan serta rasa benci rakyat kepada kerajaan yang akhirnya menyaksikan tumbangnya kerajaan Hosni Mubarak.
Di Iraq pula tindakan anak Saddam Hussein iaitu Uday merupakan faktor kebencian rakyat kepada Saddam Hussein. Uday dikatakan terlibat jenayah besar membunuh pembantu peribadi bapanya Kamel Hana Gogeo.
Ekoran pembunuhan ini, Uday telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun, tetapi atas permintaan peribadi Raja Hussein Jordan, Uday telah diampunkan oleh Saddam hanya setelah 3 bulan sahaja menjalani hukuman penjara.
Ekoran pembunuhan ini, Uday telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun, tetapi atas permintaan peribadi Raja Hussein Jordan, Uday telah diampunkan oleh Saddam hanya setelah 3 bulan sahaja menjalani hukuman penjara.
Selain itu kisah mengenai seorang wanita muda yang sedang berjalan bersama suaminya diganggu Uday dan diajak untuk melakukan hubungan seks juga menjadi topik di kalangan warga Iraq.
Uday dikatakan menghina suami wanita tersebut sebagai anjing dan tidak memiliki apa-apa, sebaliknya dirinya seorang lelaki yang hebat, kaya dan memiliki segala-galanya.
Apabila wanita tersebut enggan, Uday mengarahkan pengawalnya menangkap wanita tersebut, suaminya yang cuba mempertahankan isterinya dibelasah teruk oleh pengawal-pengawal peribadi Uday.
Wanita tersebut dirogol dan dibunuh, suaminya juga dijatuhkan hukuman bunuh atas tuduhan cuba mencederakan anak lelaki Presiden dan menentang kepimpinan Saddam Hussein.
Malah jika hendak diceritakan, banyak lagi kes yang dilakukan Uday yang telah memberi kesan dan imej buruk kepada Saddam Hussein dan kerajaan pimpinannya.
Akhirnya rakyat mula bangkit membenci Saddam Hussein dan tahap kebencian yang membuak-buak oleh rakyat Iraq sendiri telah membuka ruang kepada pihak asing untuk menyerang negara tersebut sehingga kita menyaksikan seorang pemimpin arab mati di tali gantung.
Dalam sibuk Nazri Aziz mengkritik NFC dan berbangga dialah anak jantan dalam parlimen dia terlupa sekurang-kurangnya Shahrizat Jalil lebih berani daripadanya apabila mengemukakan saman kepada pihak yang menuduhnya.
Dalam sibuk Nazri Aziz mengkritik NFC dan berbangga dialah anak jantan dalam parlimen dia terlupa sekurang-kurangnya Shahrizat Jalil lebih berani daripadanya apabila mengemukakan saman kepada pihak yang menuduhnya.
Tapi dia, hendak buat laporan polis pun tak mahu, usah bicara soal saman menyaman. Kita ingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang akan buat laporan ke atas Rafizi Ramli kerana memfitnah dirinya.
Alih-alih si jambu Rafizi Ramli yang lebih berani ke balai polis dan SPRM?
Cukuplah dua kisah di mana seorang pemimpin dibenci dan ditolak rakyat hanya kerana tindakan dan kemewahan yang ditonjolkan oleh anak-anak mereka.
Justeru itu, jika Nazri Aziz mengatakan perangai Nedim dan kemewahan yang dimiliki oleh anaknya tidak akan menjejaskan kerajaan BN.
Justeru itu, jika Nazri Aziz mengatakan perangai Nedim dan kemewahan yang dimiliki oleh anaknya tidak akan menjejaskan kerajaan BN.
Saya hanya mampu berkata semoga Allah merahmati kerajaan UMNO pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak...
YY : In politics, stupidity is not a handicap
14 comments:
Saya mohon untuk kongsi artikel yang amat tepat dan bernas dari saudara YY ini. untuk pengetahuan tuan, kami pengundi Padang Rengas pun tak mungkin akan pilih dia lagi jika dia masih calon.
GUA BACA TRANSKRIP PENUH DIA DGN WARTAWAN, MELUAT PULAK CARA DIA SEMBANG. MACAM GANGSTER!
Org2 cmni lh yg buat bn dipandang serong. Kerana nila setitik. Rosak susu sebelanga. Yg pasti bn is the best. Pemimpin yg bsikap jahanam cm ni diorg ketengahkn utk diambil tindakan. X mcm parti lain yg sentiasa tutup mta buat2 x nmpk kesalahan yg ahli sendiri buat sbb obses nk menang. Sbb nk bodohkn rakyat kononnya parti diorg x bermasalah... Pooooodddahhhhh......
Rafizi attack org-org penting di dalam parlimen tujuan mahu menjatuhkan mereka. namun cara jawapan yang diberi oleh Nazri dilihat kurang bijak.
Sekali baca nampak dia begitu arrogant!
-gua takde hummer-
Tabik hormat gua pada lu brother. Gua, selaku penyokong setia UMNO/BN memang dari dulu amat benci dan kurang senang akan segelintir pak-pak menteri UMNO/BN ni, khususnya si nazri botak ni.
Kadang-kadang, PR lebih menonjol di mata rakyat bukannya kerana mereka kuat atau lebih mesra rakyat, tapi semuanya disebabkan kebodohan dan keangkuhan segelintir orang dalam UMNO/BN.
Tak nafikan, style perang politik yang dibuat oleh PR amat dasyat, dan memang patut dipuji oleh Berhala putih yang menjadi guru mereka, kerana mereka adalah anak murid yang baik. Macam poster PKR, Anwar berdiri dengan basikal buruk - itu semua akan memberi kesan sedikit sebanyak kesan pada UMNO/BN.
Satu 1 gua nak cakap, Segala Taik Pak lah, TOK JIB dah basuh, tapi si pemberaknya masih berkeliaran dalam UMNO/BN, benda ni patut diambil berat.
Akhir kata, gua hulurkan jari tengan dengan sopan santun mengikut adat resam budaya Melayu khas hanya untuk Nazri botak.
....................../´¯/)
....................,/¯../
.................../..../
............./´¯/'...'/´¯¯`·¸
........../'/.../..../......./¨¯\
........('(...´...´.... ¯~/'...')
.........\.................'...../
..........''...\.......... _.·´
............\..............(
Ulasan yg baik. Menteri otak kosong ni ptut lama sudah x verada dlm barisan kabinet, yb dll. Ni contoh pemimpin liabiliti dlm BN.
Nazri tidak patut dicalonkan lg pd pilihanraya akan dtg, byk tindakan & kata2 yg tak bijak dan matang dikeluarkan yg menampakkan kebodohan seorg menteri. Masih lg teringat bagaimana dulu beliau dgn lantang mengkririk dan menghina Tun M. UMNO & BN tak perlukan pemimpin spt ini yg akan memberi peluang kpd pembangkang utk mengkritik & mempersendakan kerajaan. Beliau pn dah lama dlm politik & kerajaan hglah peluang kpd muka baru yg mungkin lebih berpotensi utk diketengahkn.
UMNO Dulu Kini Selamanya.....
Anon November 5, 2012 8:55 AM,
Jari tengah lu lagi nampak real la. Hehe!
Nazri jgn lupa dia kaya raya pun sbb kami rakyat Padang Rengas.
Lepas ni harap muka barulah, tak sanggup lagi berwakil rakyat arrogant macam dia ni.......
Malang UMNO ada org mcm nie....dan kesian anak dia...harap2 sempat bertaubat...x dpt buang semua yg buruk..dpt buang skit2 jd la....amin....dr bjb
Saya dan sekeluarga saya pengundi Padang Rengas juga, duduk DI kampong stesyen lama. Si botak Nazri ini Ko rang tak suka, tapi, kami pengundi Padang Rengas Tau Dia. Semua event Dia datang, tak kira bangsa Ke agama. Ko rang pergi rumah Dia kat Taman angerrik, kata nak Minta tolong, tak pernah Dia kata tak mau jumpa. Ko rang percaya apa rafizi cakap, itu saya tak Leh paham. Memang aku punya MENTERI ni perangai macam ini bukan korang tak tau kalau korang pengundi Padang Rengas. Kalau Tengok ucapan beliau secara rasional walaupun perkataan beliau itu tak rasional, ia mask akal. Korang penyokong BN, takkan nak korbankan MENTERI ni yang tungkus lumus Bantu orang kawasan?
Anonymous Anonymous said...
Nazri jgn lupa dia kaya raya pun sbb kami rakyat Padang Rengas.
Lepas ni harap muka barulah, tak sanggup lagi berwakil rakyat arrogant macam dia ni.......
November 5, 2012 9:23 PM
Nak suruh Boss mike Tun Faisal ganti seat Nazri Aziz?
Saya sokong anon Padang rengas. Nazri tu baik orang nya. Dia selalu tolong ramai umat Islam d siam.
Anaknya pun berniaga sendiri. Rafizi dengki. Nazri tak layan dia nak jadi jambu dia. Lagipun dia dah kena bela dengan Anwar. Bapak diapun da kaya.
err kalau anak beranak baik, tolong masyarakat sana sini tapi minum arak dan berbuat maksiat, apa hukumnyer ekkk? Ingatlah orang yang berbuat maksiat pasti dapat bahagian masing2, janji Tuhan itu PASTI!
Post a Comment