Wednesday, October 31, 2012

#AES : Pemuda UMNO Bersama Pakatan Rakyat atau Rakyat?


Automated Enforcement System (AES) masih menjadi topik perbualan di kalangan kebanyakkan rakyat Malaysia. Banyak rungutan, cadangan dan juga pendapat diketengahkan oleh pelbagai pihak, baik dari mereka yang menyokong kerajaan atau mereka dari kalangan pembangkang.

Usah bicara soal pembangkang, kerana sudah menjadi rutin mereka untuk membangkang sesuatu yang dilakukan oleh kerajaan. Namun apabila rakyat yang menyokong kerajaan turut menggesa agar sistem AES ini ditangguhkan dan dibuat penambahbaikkan ianya agak menarik untuk dibincangkan.

Selain CEUPACS, Pemuda UMNO menerusi Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin turut menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan kelemahan mengenai sistem tersebut.

Kenyataan KJ semalam satu keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO selepas perbincangan mengenai pro dan kontra sistem AES serta pelaksanaannya dibuat secara panjang lebar.

Meneliti kenyataan media KJ apa yang saya faham adalah secara dasarnya Pemuda UMNO menerima kebaikan AES, menyokong keselamatan jalan raya ditingkatkan dan tidak menghalalkan pesalah lalulintas melakukan kesalahan, bagaimanapun aspek kelemahan pelaksanaannya perlu diteliti kerana ia menjadi asas rungutan rakyat.
Perkara pokok yang menjadi rungutan adalah :
  1. Lokasi kamera
  2. Had laju laluan tertentu
  3. Jarak pemberitahuan dari lokasi kamera
Mungkin disebabkan tiga perkara inilah Pemuda UMNO mendesak agar kerajaan menangguhkan dulu pelaksanaan AES dan meminta agar pandangan dan rungutan rakyat mengenai pelaksanaan AES ini dikaji dan pendidikan awam mengenainya dilakukan dengan lebih meluas terlebih dahulu.

Kita tengok sikit komen rakyat pengguna facebook terhadap sistem AES :





Tak cukup?

Komen-komen di atas mungkin tidak cukup buat mereka yang menjadikan US, Australia, Singapore sebagai negara untuk mengatakan bahawa sistem AES tiada kelemahan jadi pergi baca komen mat saleh :



Selanjutnya [KLIK SINI]

Kenapa kita perlu bongkak mengatakan tidak perlu dikaji semula kerana kajian sudah dibuat selama 10 tahun?

Ulang sekali lagi untuk mereka yang payah faham, Pemuda UMNO dan rakyat tidak tolak sistem automatik AES, yang menjadi pertikaikan sekarang adalah tiga isu pokok.

Jadi tak payah pusing kata Pemuda UMNO bersama Pakatan Rakyat, kerana pada hakikatnya dalam isu AES ini, Pemuda UMNO sebenarnya bersama rakyat!

Berita berkaitan AES dari Chicago Tribune News :
Accusing Chicago's red-light camera vendor of covering up a 2-year-old breach of ethics until a Tribune investigation brought it to light, Mayor Rahm Emanuel's office on Tuesday threw out the company's bid for a lucrative new speed camera contract.
The city also raised serious doubts about the future of Redflex Traffic Systems Inc.'s role as the longtime operator of Chicago's red-light camera program that since 2003 has generated some $300 million in fines for the city and $97 million in revenue for the publicly traded company, according to city records.
R.E.A.D  M.O.R.E
Itu di Chicago, di Malaysia belum lagi kot!

Layan video dulu bro...



Hahaha...

Arios!

YY : Dear PM - The time to repair the roof is when the sun is shining!

Tuesday, October 30, 2012

Perkara Yang Nik Aziz Tidak Tahu Tapi Rakyat Kelantan Wajib Tahu



Masalah air, kalau air telaga dan air sungai tu memang ada, tiada kerajaan pun ia tetap ada.


Pelaburan slow, sebab pemimpin hanya kuat ceramah tak pandai tarik pelabur, peluang perkerjaan terhad, perniagaan banyak lingkup.



Kami bukan kedekut nak derma tapi kami sendiri pun pokai, sepatutnya kami rakyat minta dengan parti yang ada kerajaan, tapi ini dah terbalik pula.


Macam mana kami nak derma, tengok gaji kami baru RM 400 sebulan, nak makan apa? Kalau Kuala Lumpur harga gula RM2.60 sekilo, kat sini pun sama, begitu juga dengan barang keperluan yang lain, tapi kat KL gaji bukan RM400 itulah bezanya


Lainlah kalau ADUN, macam-macam elaun dapat, tapi kami terfikir juga berbaloi ke ?


Kami orang Islam nak hukum Hudud, kerana hukum Hudud ni wajib dilaksanakan, kalau tolak Hudud Tok Guru kami kata jadi kafir, kami tunggu lama tak juga kunjung tiba.

Kami orang susah perlukan rumah, apabila tidak mampu sepatutnya kerajaan bantu, namun dalam bangsal juga tempat kami berteduh.


Bila ada kenderaan mesti perlu ada jalan, dah kutip derma kata nak buat lebuhraya, tetiba senyap saja, sebelum lebuhraya buatlah dulu jalanraya, ni jalan kat Pasir Puteh apa cerita, tambun batu saja ini kerja orang gila.



Agaknya macamnilah lebuhraya anganku derma, projek segera time pilihanraya, segera tu umum saja buat entah bila..



Begitu juga kalau dah mati, tanah kubur makin sempit, jenuh kami minta derma untuk beli tanah bagi membesarkan kubur yang sudah sedia ada itu.

Kami tanya 22 tahun dah PAS perintah apa yang PAS buat, oleh kerana PAS kata perjuang Islam kami nak tanya  berapa buah masjid dah PAS telah bina,  PAS jawab hanya sebuah masjid saja.

Kami tunggu juga janji dulu nak buat Bandar Red Warriors, ada stadium canggih, tapi sampai kehari ini belum juga nampak walaupun hanya tiangnya.

Cukuplah dulu setakat tu untuk pemimpin PAS sedar bahawa telah banyak janji yang dimungkiri, apa yang telah PAS lakukan selama memerintah lebih dari 22 tahun ? itu baru janji, belum lagi masuk bab ketelusan kerajaan PAS Kelantan sebagaimana yang dilaporkan audit, jenayah dan masalah sosial belia dan 1001 lagi permasalahan serta janji yang telah dimungkiri, ceramah politik saja tak cukup untuk bangunkan negeri dan ekonomi rakyat. Oleh itu Anda Mampu Mengubahnya. - Gelombangkick

Wednesday, October 24, 2012

Edisi Raya Haji : Memori Lim Kit Siang Hina Ibadah Qurban Muncul Semula!



Lagi dua hari kita bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban, saban tahun umat Islam yang berkemampuan turut menjalankan ibadah korban sempena mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS.

Nabi Ibrahim A.S yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas.

Justeru itu, bersempena sambutan Hari Raya Qurban yang bakal disambut lagi dua hari, saya ingin mengajak sahabat pembaca untuk mengimbas kembali perbuatan-perbuatan yang bersifat menghina, mencabar, memperlekeh dan mempersendakan amalan qurban yang kita jalankan setiap kali tibanya 10 Zulhijjah.

Dalam PAS berbangga kononnya pemimpin-pemimpin DAP seperti Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang semakin memahami Islam setelah 6 tahun mereka menjalinkan kerjasama, sehingga ada di antara mereka mampu menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.

Lim Kit Siang nampaknya masih gagal memahami sensitiviti umat Islam sehingga komen-komen menyentuh sensitiviti umat Islam diluluskan dan disiarkan melalui laman blognya malah tidak dipadam sehingga hari ini.


Mungkin ramai yang terlupa, malah saya yakin ada di antara kita tidak mengetahui bahawa pada tanggal 16 November 2010 Lim Kit Siang mengirimkan ucapan Aidil Adha kepada umat Islam tetapi dalam masa yang sama juga, komen-komen negatif seperti di bawah dilepaskan oleh Lim Kit Siang selaku pemilik blog :


Agaknya apa motif Lim Kit Siang menyiarkan ucapan salam Aidil Adha pada tahun 2010, tetapi membiarkan komen menghina amalan yang dijalankan setiap kali tibanya Aidil Adha?

Jika Lim Kit Siang itu sensitif dan tidak bersifat anti Islam, kenapa tidak dipadamkan sahaja komen-komen negatif itu dari laman blognya, walaupun kita sudah menghampir penghujung tahun 2012?

[http://blog.limkitsiang.com/2010/11/16/salam-aidil-adha/]

Tidak cukup dengan itu, amalan ibadah qurban yang kita laksanakan bertujuan melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban pada bila-bila masa diperlukan demi menegakkan dan mengagungkan agama Allah SWT turut diperlekehkan melalui komen-komen yang ditinggalkan di laman The Malaysian Insider :



Melihat komen-komen negatif sebegini, saya merumuskan keharmonian hubungan di antara kaum di Malaysia sekarang ini agak tergugat dan perbuatan mengugat keharmonian kaum sebegini semakin menjadi-jadi semenjak DAP mendapat sedikit kuasa yang diberikan oleh umat Islam sendiri.

Apakah ada satu jaminan bahawa DAP mampu menjaga kesucian Islam lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh UMNO/BN jika mereka memerintah negara ini sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN ketika ini?

Siapa berani berikan saya jaminan bahawa saya boleh melakukan ibadah qurban secara terbuka dan bergotong-royong sesama saudara Islam setiap kali tibanya 10 Zulhijjah apabila pembangkang memerintah negara kelak?

Sorii la brader...

Dari percaya cakap Lim Kit Siang, DAP, PAS dan PKR yang sudah liberal, lebih baik saya percaya apa yang amoi ini cakap :



Hahaha...

Arios!

YY ; Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat menjalankan ibadah qurban, berhati-hati ketika memandu kerana anda diperhatikan AES!

Tuesday, October 23, 2012

Tok Guru Nik Aziz Tetap Mahu Jawatan MB Sampai Mati?



Nampaknya tekanan agar Nik Aziz bersara semakin menjadi-jadi. Ramai di kalangan akar umbi PAS sendiri semakin resah dengan kesungguhan Tok Guru mereka untuk kekal berkuasa walaupun mereka enggan mengakuinya kerana terlalu taksub dengan ‘kewalian’ Tok Guru.

PAS sendiri nampaknya ‘malu alah’ dengan kedegilan Nik Aziz untuk memahami kehendak rakyat Kelantan yang sudah tidak lagi yakin dengan kepimpinannya. 

Namun, sudah menjadi budaya orang Melayu itu untuk tidak berterus terang tetapi lebih senang mengata di belakang kononnya atas alasan hormat dan menjaga hati orang, terutama orang yang lebih tua, apatah lagi pemimpin bertaraf Ulama. Akibatnya, Nik Aziz mula kelihatan seperti seorang yang gila kuasa kerana enggan berundur walaupun telah tiba masa.

Sedangkan, orang yang paling hebat dikritik PAS sebagai ‘gila kuasa’ suatu ketika dahulu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad telah pun berundur, walaupun sehingga ke hari ini, fizikal dan mental beliau masih kuat dan jauh melangkaui kemampuan manusia di usianya. 

Tetapi, Nik Aziz yang kononnya tawaduk lagi warak ini, tidak sanggup pula melepaskan jawatan walaupun sudah tidak mampu dari segala segi.

Dalam ucapan tahniah oleh Presiden PAS atas ulangtahun 22 tahun kepimpinan Nik Aziz di Kelantan semalam, telah menyebut tentang bagaimana Nik Aziz pada ketika hendak dilantik sebagai MB telah telah menolak jawatan tersebut.

Mungkinkah beliau sebenarnya ingin menyindir Nik Aziz, dengan harapan agar Nik Aziz kembali terfikir akan perubahan dirinya sehingga menjadi manusia yang gila kuasa dan sayangkan jawatan?

Nik Aziz telah menceburi politik sejak tahun 1967 iaitu 45 tahun dahulu. Dari jangkamasa itu, beliau telah pun menjadi Menteri Besar selama 22 tahun. Tidak mungkin beliau belum puas berpolitik lagi. 

Jika nak dikatakan yang beliau masih punya perancangan untuk Kelantan yang perlu dilaksanakan, adalah tidak logik kerana tempoh itu sepatutnya sudah lebih dari cukup untuk beliau melaksanakan apa jua rancangannya. 

Sedangkan dalam tempoh yang sama, Tun Mahathir berjaya membangunkan sebuah negara dari negara ketiga menjadi Harimau Asia yang dicontohi dan dikagumi serata dunia.

Maka, jelaslah tidak ada alasan yang konkrit bagi Nik Aziz untuk terus kekal berkuasa selain dari, gila kuasa. Jika benar beliau seorang yang tawaduk sebagaimana 22 tahun lepas di mana beliau menolak jawatan Menteri Besar, maka beliau pasti akan berundur dengan sendirinya, tanpa perlu disindir, disuruh atau dipaksa memandangkan keadaan fizikal dan mental beliau yang semakin hari semakin kronik.

Jawapan yang diberi Nik Aziz ketika ditanya mengenai sama ada beliau akan bertanding lagi membuktikan yang beliau enggan berundur. Katanya, beliau menyerahkan ‘nasibnya’ kepada kepimpinan tertinggi untuk membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak dalam pilihanraya kali ini.

Sedangkan ‘kepimpinan tertinggi’ itu adalah beliau sendiri iaitu sebagai Mursyidul Am, satu jawatan yang mengatasi Presiden, yang terletak dalam kategorinya yang tersendiri, yang berhak mengampun dan menghukum manusia lain, tidak boleh dikritik atau disentuh hatta maksum, mengikut pemikirannya.

Berdasarkan hakikat ini, beliau cukup maklum yang tiada siapa di dalam PAS yang sanggup untuk menyatakan secara terus terang yang beliau tidak lagi diperlukan oleh rakyat Kelantan dan perlu berundur.

Jelas, jawapan yang diberikan hanyalah jawapan politik yang berniat untuk memperdaya rakyat. Nik Aziz tidak ada niat langsung untuk berundur selagi hayat masih ada. 

Beliau yakin jika rakyat Kelantan sanggup berada di bawah pemerintahannya yang tidak membawa apa-apa perubahan kepada mereka selama 22 tahun, maka apakah yang menghalang mereka untuk terus berada di bawahnya bagi beberapa tahun lagi? 

Jika air berkarat, kotor dan tidak cukup bekalan tidak pernah menjadi masalah selama hidup mereka, kenapa ia perlu menjadi masalah sekarang? Jika rakyat tidak kisah berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki selama ini, maka kenapa pula mereka akan kisah mengenai perkara itu sekarang?

Belum ada rakyat Kelantan yang mati kerana bekalan air kotor atau tidak cukup. Nik Aziz pula tidak pernah menghalang rakyat miskin untuk mencari rezeki di negeri lain, jadi apa masalahnya? Rakyat hidup seperti biasa, dan beliau akan terus menjadi MB, seperti biasa juga.

Apapun, jika benar Nik Aziz ingin bertanding lagi, maka nasib beliau akan ditentukan oleh rakyat Kelantan sendiri, sama ada beliau akan terus menjadi MB atau bekas MB selepas PRU nanti.

Sunday, October 21, 2012

[ADUAN] : KLCC PERLEKEH DAN DISKRIMINASI PENIAGA MELAYU!


Emel yang dihantar kepada saya sekitar September yang lalu : 

ADUAN USAHAWAN WANITA BUMIPUTRA DITINDAS, DIDISKRIMINASI, DIPERLEKEH DAN DITAMATKAN PENYEWAAN OLEH SURIA KLCC 

1. Saya Sherifah Binti Salim dari Kuala Lumpur merupakan Usahawan Wanita
Bumiputra yang lahir daripada Program Pembangunan Francais, Jabatan
Perdana Menteri yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 
1993. Program ini kemudian diselia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan 
sehinggalah Kementerian berkenaan dimansuhkan.

2. Berasal sebagai anak kepada ibu saya Hajah Fatimah Hassan yang merupakan 
peniaga kecil di Pasar Minggu Kampung Baru pada tahun 1960an hingga 
1980an, saya memulakan perniagaan pada April 1994 sebagai pemilik tunggal
Foto Point dalam bidang peruncitan kedai foto dan kamera dan kini sudah
18 tahun berniaga.

3. Melalui Program Pembangunan Francais berkenaan, pihak Kerajaan telah
membantu saya memperolehi kemudahan pembiayaan dan bimbingan
pengurusan perniagaan hingga saya mampu berdikari dan berjaya dalam
bidang yang mana penyertaan Bumiputra amat terhad dan mencabar.

4. Apabila Kompleks Membeli-Belah Suria KLCC dibuka pada tahun 1998
dalam suasana kegawatan ekonomi tersangat runcing ketika itu, saya 
merupakan di antara segelintir penyewa pertama yang mengambil risiko besar 
membuka perniagaan di Suria KLCC. Sampai sekarang saya sudah 14 tahun 
berniaga di Kompleks tersebut. 

5. Selama tempoh penyewaan, kadar sewa sentiasa dinaikkan iaitu sekitar 30% 
setiap kali sewa diperbaharui. Malah untuk tempoh kontrak sewa 5 tahun 
terakhir dari 2007 hingga 2012 kos sewa disyaratkan naik pada setiap
tahun. Sewa kedai saya sekarang ialah kira-kira RM22,500 sebulan untuk
ruang kira-kira 300 kaki persegi, berbanding RM7,500 sebulan pada 1998.

6. Walaupun dikena sewa begitu tinggi tanpa sebarang keistimewaan dari pihak
Suria KLCC, saya terus bertahan dan berdaya maju sambil membuktikan
bahawa Wanita Bumiputra juga mampu berjaya sepertimana peniaga lain
apabila diberi peluang berniaga di megamall yang gah seperti Suria KLCC.
Oleh itu, aduan saya bukan tertumpu kepada kadar sewa yang tinggi.

7. Aduan saya adalah mengenai tindakan Pengurusan Suria KLCC yang
kini enggan menyambung penyewaan saya yang akan tamat pada 30hb
September 2012. Mereka memberi alasan amat tidak munasabah iaitu
dengan sengaja memanipulasi fakta prestasi jualan saya bagi
menjustifikasi tindakan mereka, sedangkan mengikut rekod mereka
sendiri pencapaian saya selalunya adalah Terbaik atau Kedua Terbaik dari
5 kedai foto kamera, yang mana 4 kedai lain adalah milik bukan Bumiputra. 

8. Dari 5 kedai foto/kamera di Suria KLCC, 3 dimiliki oleh Foto Flash Sdn Bhd
(bukan Bumiputra) dan 1 dimiliki oleh Fotokem Sdn Bhd (juga bukan 
Bumiputra). Foto Flash juga mendapat keistimewaan membuka sebuah lagi
kedai tambahan iaitu Flash Gadgets bererti satu peniaga berbangsa Cina ini 
boleh mendapat 4 ruang kedai di Suria KLCC tetapi saya yang satu-satunya 
peniaga berbangsa Melayu hendak dihalau keluar. 

9. Unsur diskriminasi kaum amat jelas bila banyak kedai-kedai milik bukan 
Bumiputra dan Warga Asing diperbaharui sewa atau diberi ruang baru. Misalnya
baru-baru ini kedai Digi Store (bukan Bumiputra) berhadapan kedai saya telah 
diberi ruang alternatif manakala ruang yang dikosongkan oleh Digi Store diberi pula kepada penyewa baru iaitu kedai Sweet Day (juga bukan Bumiputra). 

10. Mereka menindas dan memperlekeh peniaga Bumiputra seperti saya dengan
memberitahu bahawa tiada ruang kosong alternatif untuk saya, jika ada pun 
mereka berkata sudah tentu saya tidak mampu membayar sewa baru yang lebih
tinggi. Lebih hina lagi, saya mendapat tahu bahawa mereka menawarkan 
ruang kedai saya sekarang kepada peniaga bukan Bumiputra yang sudah 
pun ada kedai bersebelahan iaitu Celcom Blue Cube semata-mata untuk
membesarkan kedai dealer bukan Bumiputra ini. 

11. Sebagaimana umum sedia maklum, bilangan peniaga Bumiputra di Suria
KLCC sangat sedikit dan pada masa ini dipercayai kurang dari 5% dengan
angka sebenar enggan didedahkan oleh pihak Pengurusan. Menurut satu 
laporan oleh CEO Suria KLCC pada tahun 2011, terdapat lebih 80 peniaga Luar
Negara di Suria KLCC, tetapi beranikah dia sebut bilangan dan berapa peratus
peniaga Bumiputra? 

12. Isu penyingkiran peniaga-peniaga Bumiputra di Suria KLCC telah berlanjutan
dan semakin buruk sejak tahun 2007 dengan saya sendiri hampir menjadi 
mangsa ketika itu. Nasib yang menimpa Restoran Kelantan Delights dan
Levi's Dockers yang dihalau satu demi satu oleh Suria KLCC manakala
peniaga-peniaga bukan Bumiputra dan Luar Negara terus diberi keutamaan. 
Juga kes Muslimah Zaida's Collection di Alamanda Putrajaya pada tahun
2010 membabitkan pihak Pengurusan yang sama. 

13. Kini giliran saya Foto Point pula dijadikan mangsa secara licik. Pihak Suria
KLCC telah mengancam untuk mengenakan sewa “double rent” jika saya 
tidak keluar dari premis pada hujung bulan ini. Jika ini berlaku, saya kena 
membayar kira-kira RM45,000 sebulan yang akhirnya boleh bangkrapkan
saya dalam beberapa bulan sahaja.

14. Sebenarnya pada tahun 2007 lagi pihak Suria KLCC pada mulanya enggan
memperbaharui penyewaan saya tanpa memberi sebarang sebab. Namun,
susulan publisiti buruk akibat penamatan sewa terhadap peniaga-peniaga Bumiputra iaitu Kelantan Delights dan Levi's Dockers hingga menjadi isu
nasional, mereka seperti terdesak menukar keputusan dengan menyambung 
sewa saya di waktu senja sambil meminta supaya tindakan awal mereka
tidak dihebohkan kepada umum dan kementerian.


15. Lalu sambungan penyewaan saya pada 2007 adalah dengan syarat ketat iaitu 
kedai perlu diubahsuai sepenuhnya, sewa untuk tempoh 5 tahun dengan
kenaikan sewa setiap tahun. Segala terma dan syarat Surat Perjanjian
ditentukan sepenuhnya oleh Suria KLCC tanpa boleh dipertikai oleh saya walau
satu ayat pun. Saya dimestikan menerima semua syarat jika mahu menyewa. 


16. Sepanjang tempoh penyewaan selama 14 tahun di Suria KLCC, saya sentiasa
menjelaskan sewa bulanan mengikut jadual dan tidak pernah tertunggak 
sewa walaupun sekali. Saya menyertai pelbagai program pemasaran yang 
dianjurkan oleh Suria KLCC serta melaksanakan pengurusan pelanggan dengan bagus dan berjaya. Kesimpulannya, saya tiada masalah penyewaan
dengan pihak Pengurusan Suria KLCC walaupun ada pegawai-pegawai
mereka cuba menimbulkan isu.

17. Pada tahun 2010 berlaku kejadian pecah kedai yang mengakibatkan saya kerugian kira-kira RM10 ribu. Walaupun laporan polis dan aduan dibuat, pihak 
Pengurusan Suria KLCC telah sambil lewa lepas tanggungjawab, tidak
pernah memberi maklum balas proses siasatan dan tidak response kepada
pertanyaan saya walaupun kes ini sangat berat kepada kredibiliti Pengurusan.
Oleh kerana ingin menjaga hubungan dengan pihak Suria KLCC, saya terpaksa
mengambil sikap berdiam diri.

18. Pada tahun 2009 terdapat 3 buah kedai foto/kamera di Suria KLCC dan saya
telah memohon untuk membuka sebuah Nikon Concept Shop serta 
sebuah Camera Sub-Outlet tetapi ditolak oleh pihak Pengurusan atas alasan
tiada lagi peruntukan untuk kategori kedai kamera. Pada tahun 2010 sekali lagi 
saya menghantar Cadangan dan Konsep untuk membuka Nikon Concept Shop
melalui sokongan pembekal saya namun sekali lagi permohonan saya disimpan
(KIV). Begitu juga dengan permohonan saya pada tahun 2011 terus diketepikan.

19. Sebaliknya pada tahun 2011 pihak Suria KLCC jelas prejudis dan pilih
kulit dengan memberi tambahan ruang sewa kepada dua (2) buah kedai 
kamera baru yang kedua-duanya dipohon oleh peniaga bukan Bumiputra, 
termasuklah Nikon Concept Shop yang cadangan awal dan asalnya sudah 
dikemukakan oleh saya terlebih dahulu. 

Saya tidak mempertikai keputusan pihak Nikon memberi kepada peniaga bukan Bumiputra kerana itu hak Nikon.Yang dipertikaikan adalah tindakan pihak Suria KLCC berbohong bahawa tiada peruntukan untuk tambahan kedai kamera, tetapi sebaliknya memberi peluang kepada dua peniaga bukan Bumiputra. Pihak Suria KLCC berunding terus dengan Nikon tanpa pengetahuan saya sehingga peluang
kepada usahawan Bumiputra diragut oleh peniaga bukan Bumiputra.


20. Oleh itu 3 buah kedai foto/kamera di Suria KLCC pada 2009-2010 telah
bertambah kepada 5 buah pada 2011-2012 dan 4 daripadanya adalah milik
bukan Bumiputra. Sudah tentu persaingan lebih hebat apabila ada tambahan 
2 kedai yang menjual barangan fotografi dan kamera jenama yang sama dan
ini telah memberi kesan penurunan Sales Performance semua kedai kamera
pada 2011 berbanding 2010. Ini dijadikan alasan oleh Suria KLCC untuk
menyingkir saya, tetapi tidak kepada peniaga bukan Bumiputra.


21. Sungguhpun begitu, prestasi Sales Performance Ranking yang dikeluarkan oleh
pihak Suria KLCC mengikut kriteria jualan per kaki persegi (PSF) rasmi yang 
mereka sendiri tetapkan, masih meletakkan prestasi jualan Foto Point saya 
sering berada di kedudukan Terbaik dari 3 kedai pada 2009/2010 dan 
Kedua Terbaik dari 5 kedai pada 2011/2012. Ini bermaksud dari tahun 2009 
hingga 2012 prestasi Sales Performance Ranking Foto Point saya sangat 
konsisten di kedudukan terbaik atau kedua terbaik di antara semua kedai
foto/kamera di Suria KLCC.


22. Malahan Sales Performance terkini saya iaitu 8 bulan pertama dari Januari 
hingga Ogos 2012 telah menunjukkan peningkatan jualan sebanyak 12% 
berbanding tempoh yang sama tahun 2011. Saya amat yakin ranking prestasi 
jualan bulanan saya pada tahun ini masih kekal di kedudukan Terbaik atau 
Kedua Terbaik sekiranya tiada manipulasi oleh pihak Suria KLCC. Sudah tentu 
mereka tidak berani lagi mengeluarkan ranking terkini kepada saya. 

23. Pada April 2012 iaitu 6 bulan sebelum tamat tempoh penyewaan sekarang, saya
telah menulis surat kepada pihak Suria KLCC untuk menyambung penyewaan.
Semasa perjumpaan dengan Pengurus Leasing Puan Tan Wei Lynn dan 
Eksekutif Leasing Puan Debbie Ooi pada 07 Mei 2012, mereka memberitahu 
bahawa sewa tidak akan disambung kerana Sale Performance saya turun
21% pada tahun berakhir 31 Mac 2011 berbanding tahun sebelumnya dan
mereka juga enggan mengambilkira kenaikan jualan saya pada tahun terkini.

24. Selain itu, mereka langsung tidak mahu mengambilkira rekod cemerlang 
bayaran sewa saya, kedudukan ranking prestasi Pertama dan Kedua saya dan punca mengapa jualan jatuh pada waktu itu (iaitu bertambah persaingan 
dari 3 kepada 5 kedai). Mereka tidak menggunakan kriteria Sale Performance
sebagaimana biasa digunakan, dengan niat jahat dijadikan alasan untuk 
menghalau keluar saya. Mereka berdolak-dalih apabila saya mempertikaikan 
asas kiraan prestasi yang tidak munasabah itu.

25. Pengurus Leasing Suria KLCC itu dengan bongkaknya menyatakan bahawa 
keputusan ini (menyingkirkan peniaga Bumiputra) telah mendapat restu
Lembaga Pengarah Suria KLCC sendiri. Saya difahamkan Lembaga Pengarah mereka diterajui oleh pihak atasan Petronas, maka saya sangsi jika 
pihak Lembaga Pengarah mengetahui hal sebenarnya atau tidak prihatin.


26. Pengurusan Suria KLCC yang terdiri daripada Eksekutif Leasing Debbie Ooi,
Pengurus Leasing Tan Wei Lynn, Pengurus Besar Centre Management 
Francis Tan, Pengurus Besar Leasing David Monaghan dan Ketua Pegawai 
Eksekutif (CEO) Andrew Brien kesemuanya terdiri dari Bukan Bumiputra
atau Warga Asing. Saya amat mensyaki bahawa tindakan sebahagian mereka 
bermotifkan prejudis jantina, diskriminasi kaum atau anti aspirasi Kerajaan 
terutama membabitkan kepentingan Bumiputra. Malah unsur amalan rasuah
juga tidak boleh diketepikan.


27. Pihak Pengurusan Suria KLCC seterusnya mengancam untuk mengenakan 
“double rent” terhadap saya berdasarkan klausa ‘tiada peruntukan untuk 
sambung sewa selepas tamat tempoh 5 tahun’ jika saya enggan keluar.
Alasan ini sangat prejudis dan berniat tidak ikhlas kerana ditegaskan segala
syarat dan terma perjanjian adalah mutlak "100% determined by Suria KLCC". 
Maka, untuk Suria KLCC berlindung pada ketiadaan klausa pembaharuan sewa
amat tidak beretika sama sekali walhal ramai peniaga bukan Bumiputra
dilepaskan klausa ini.

28. Saya masih ingat akan jaminan lisan sewaktu perbincangan sambung sewa
pada tahun 2007 yang diberikan oleh Eksekutif Leasing Suria KLCC, Puan Aida
Ithnin pada masa itu bahawa tiada sebab untuk pihaknya tidak menyambung
sewa selepas tamat tempoh 5 tahun itu sekiranya tiada apa-apa masalah 
atau isu bersabit sewa saya. Bagaimanapun Puan Aida tidak lagi kendalikan
kes saya kerana telah ditukarkan ke Kompeks Membeli-Belah Alamanda 
Putrajaya yang juga diurus oleh pihak Suria KLCC serta diterajui oleh isteri 
kepada CEO Suria KLCC yang juga warganegara Australia.

29. Kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum berakhir tempoh sewa 
sekarang. Jika kes ini masih gagal diselesaikan secara rundingan dan Pihak
Pengurusan Suria KLCC terus bersikap sombong, angkuh dan degil terhadap
bangsa kita, maka saya minta agar semua pihak-pihak berkenaan termasuk
kementerian-kementerian, agensi-agensi dan badan-badan berkaitan
mempercepatkan proses siasatan dan tindakan susulan demi keadilan
dan kesaksamaan layanan terhadap peniaga Wanita Melayu dan
Bumiputra khususnya.

Saya percaya majoriti rakyat di negara berbilang kaum ini terutama bangsa 
Melayu sedang menanti untuk melihat dan menilai sejauh mana tindakan tegas, 
pantas dan berkesan diambil oleh pihak-pihak berwajib dan berkepentingan.

Saya ingin ambil sikap yakin bahawa pasti bangkit keberanian muktamad 
untuk menyelesaikan segera kes ini, menyekat dari berlarutan dan terus
merebak, menghakis gambaran negatif terhadap kepimpinan Kerajaan
dan memberi mesej dan pengajaran kepada elemen-elemen tidak
bertanggungjawab. Bertindaklah cepat, adil dan tegas sebelum terlambat.

30. Tujuan saya menyebarkan kes ini kepada pengetahuan umum agar nasib para 
usahawan Wanita dan Bumiputra khususnya peniaga-peniaga peruncitan 
di gedong-gedong membeli belah mega dan ikon kemegahan rakyat 
seperti Suria KLCC tidak dibiarkan ditindas, diperlekeh dan dihalau keluar 
sedemikian, rupa demi menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat berbilang 
kaum di negara ini. 

Apa erti kemerdekaan dan apa guna membina bangunan megah perkasa sedangkan nasib kaum bangsa sendiri diperkotak-katik dan diperlakukan 
sewenang-wenangnya terutama oleh Bangsa Asing.

Jangan biarkan bangsa kita Bagai Melukut Di Tepi Gantang dan bangsa lain
Bagai Kaduk Naik Junjung.

Jika ada yang menuduh bangsa kita rasis, nah inilah perbuatan rasis yang amat
rasis terhadap bangsa kita.

sherry.salim@gmail.com

25 September 2012

Thursday, October 18, 2012

Laporan Audit Negara : Peruntukkan Jalan RM260 Juta & Rumah RM19 Juta, Tapi Jalan Berlubang, Rumah Tak Siap-Siap! #SaveKelantan


"Bakpo kerajaan pusat layan Kelate supo anok tiri, peruntukkan dok bui, pah nok repair jalan rayo guano..." - jawapan yang biasa diluahkan oleh anak Kelantan yang besar di bawah pemerintahan regim PAS setiap parti itu dikritik oleh pihak luar.

Sebagai anak Kelantan, dulu-dulu saya juga percaya dan termakan dakyah bohong, bahawa kerajaan pusat tidak memberikan peruntukkan sewajarnya untuk negeri Kelantan kerana berada di bawah pentadbiran PAS.

Walhal pada hakikatnya Kelantan merupakan antara negeri yang paling tinggi menerima peruntukkan walaupun rakyat Kelantan tidak pernah memberikan mandat kepada BN.

Paling ketara adalah peruntukkan untuk penyenggaraan jalan-jalan negeri yang diamanahkan kepada Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri (KAPJN).

Pada tahun 2009 hingga 2011 kerajaan negeri telah menerima pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM259.73 juta.

Namun walaupun peruntukkan besar diterima kerajaan negeri kita dapat melihat bagaimana uzurnya keadaan jalan-jalan di negeri Kelantan. Ini bukan tuduhan melulu ianya disahkan melalui Laporan Audit Negara 2011.


Dalam tempoh 2009 hingga 2011 kerajaan negeri hanya memperuntukkan sejumlah RM111.32 juta atau 42.9% daripada sejumlah RM259.73 juta pemberian Kerajaan Persekutuan.

Manakala semakan audit mendapati pada setiap tahun, anggaran kos penyenggaraan jalan bagi seluruh Jajahan di Negeri Kelantan yang diperlukan ialah RM75 juta. Rupa-rupanya peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan digunakan untuk tujuan lain yang hanya diketahui oleh pihak-pihak tertentu sahaja.


Antara projek membarukan permukaan jalan di negeri Kelantan yang tidak dilaksanakan oleh kerajaan negeri :

Selain dari kegagalan menyenggara jalan-jalan negeri, antara projek yang gagal dilaksanakan di Kelantan adalah projek perumahan untuk rakyat, di mana kerajaan negeri langsung tidak membina rumah walaupun peruntukkan RM19 juta telah diterima oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.


Kasihan rakyat Kelantan, terus diperbodohkan oleh PAS kononnya mereka tidak menerima peruntukkan. Walhal peruntukkan jalan negeri dan rumah kos rendah sudah diterima oleh kerajaan negeri.

Alahai PAS Kelantan, alahai Tok Guru peruntukkan sudah diterima tetapi jalan terus berlubang, rumah tak siap-siap!

Wednesday, October 17, 2012

Lidah Bercabang : Kenyataan Nik Aziz Yang Tidak Pernah Konsisten


Ramai mengatakan Nik Aziz Nik Mat adalah ulamak pewaris nabi dan PAS merupakan sebuah gerakan dakwah, tetapi dalam masa yang sama mereka gagal menyelami gerakan dakwah yang dilakukan oleh para anbia. 

Dalam gerakan dakwah para anbia yakni Nabi-Nabi kita kemenangan bukanlah satu kewajipan. Malah ramai para anbia gagal ketika berdakwah namun tiada seorang pun dari para anbia ini mengubah prinsip perjuangan hanya kerana inginkan kemenangan.

Ada Nabi yang mempunyai seorang pengikut, ada yang bersama sekumpulan pengikut, ada yang tiada seorang pun bersamanya. Namun tiada Nabi yang mengubah prinsip perjuangan dan dakwah hanya kerana inginkan pengikut sekalipun menghadapi suasana kontang.

Lihat pula Nik Aziz Nik Mat dan parti PAS, agaknya sudah berapa puluh kali menukar prinsip perjuangan hanya kerana ingin memastikan kemenangan berpihak kepada mereka?

Tak perlu taip panjang-panjang, teliti antara cebisan kenyataan Nik Aziz yang berubah dari masa ke semasa mengalahkan biawak iguana :








dari blog kelateloni :
Ahh...

Orang PAS sendiri pun sudah jemu...


Hahaha...

YY : Tolak Nik Aziz bukan bermakna tolak Islam...

Tuesday, October 16, 2012

Laporan Audit Negara : Pembangkang Sorok Kelemahan Negeri Sendiri


Media pembangkang seperti Haprak Daily dan Suara Keldaian memfokuskan Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang mula diedarkan di Parlimen semalam di mana 547 teguran dikemukakan kepada agensi Kerajaan Persekutuan, 97 (badan berkanun persekutuan) dan 534 (kerajaan negeri).

Berdasarkan pengauditan terhadap 456 penyata kewangan kerajaan dan agensinya pada 2011, sebanyak 388 atau 85.1 peratus penyata kewangan diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran.

Manakala sebanyak 25 atau 5.5 peratus penyata kewangan diberikan Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya.

Namun di sebalik laporan yang diedarkan di parlimen semalam, media-media pembangkang yang menjadi lidah rasmi kepada parti Pakatan Rakyat cuba menyembunyikan kelemahan pentadbiran mereka dengan memperbesarkan kelemahan di dalam jabatan yang berada di bawah kerajaan Persekutuan.

Laporan audit negeri-negeri yang ditadbir mereka seolah-olah sempurna tanpa sebarang kegagalan atau teguran yang dicatat oleh Ketua Audit Negara. Lihat betapa sempurnanya laporan Suara Keadilan di bawah :


Kah...kah...kah...

Kenapa Anwar tidak mahu tidak cerita kepincangan yang berlaku di Kelantan, kerana ia juga projek untuk rakyat :

Antara kelemahan yang dicatatkan dalam Laporan Audit Negara 2011 adalah seperti projek tidak mengikut jadual dan projek gagal; kelemahan penyenggaraan dan pemantauan; serta kelemahan pengurusan hasil.

Perkara yang perlu diketahui adalah kegagalan pengurusan syarikat kerajaan negeri, iaitu PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN :




Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. (KBCSB) 
  • Ditubuhkan pada 15 Disember 2005. KBCSB merupakan subsidiari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Modal dibenarkan KBCSB adalah berjumlah RM1 juta dan modal berbayar berjumlah RM0.50 juta. KBCSB dimiliki 100% oleh PMBK dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Mac 2007.
  • Pengauditan yang dijalankan antara bulan Julai hingga Oktober 2011 mendapati secara keseluruhannya, pengurusan KBCSB adalah kurang memuaskan. KBCSB mencatatkan kerugian terkumpul, defisit ekuiti pemegang saham dan liabiliti semasa bersih bagi tahun 2008 hingga 2010.
    Kijang Kuari Sdn. Bhd. (KKSB) 
    • Ditubuhkan pada 24 Disember 1976. KKSB merupakan subsidiari Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). 
    • Modal dibenarkan KKSB adalah berjumlah RM3 juta dan modal berbayar berjumlah RM2.80 juta. PKINK mempunyai 49% pegangan ekuiti dalam KKSB dan 48% melalui Kelkon Sdn. Bhd.(KSB) iaitu syarikat subsidiari milik PKINK.
    • Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2011 mendapati secara keseluruhannya, pengurusan KKSB adalah kurang memuaskan.
    • Dari segi tadbir urus korporat, pembayaran dividen belum dibuat kepada pemegang saham iaitu PKINK dan KSB bagi tahun 2008. PKINK juga masih tidak menerima dividen bagi tahun 2010.
    Projek Pembangunan Dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan



    Sebuah projek usaha sama dengan sebuah syarikat swasta. Kertas Cadangan projek ini telah dikemukakan oleh Syarikat pada bulan April 2001 dan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 19 Jun 2002. Perjanjian Projek telah ditandatangani pada bulan Julai 2003.
    • Kemajuan projek tidak mengikut Jadual Pelaksanaan.
    • Pindah milik tanah dibuat kepada Syarikat dan sebahagian tanah dicagarkan kepada bank.
    • Bon jaminan pelaksanaan tidak diserahkan oleh Syarikat.
    • Perancangan yang bergantung sepenuhnya kepada Syarikat serta tiada kajian terperinci dan penilaian projek.
    PEMBANGUNAN LADANG RAKYAT NEGERI KELANTAN

    Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (Perbadanan) telah
    ditubuhkan pada 27 April 2006 melalui Enakmen No. 2, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan. 

    Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2011
    mendapati Program Ladang Rakyat yang dilaksanakan adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dan kegagalan Ladang Rakyat yang diusahakan sendiri oleh Perbadanan.
    • Peserta berpenempatan tidak diambil bekerja.
    • Kebanyakan pekerja di Ladang Rakyat adalah warga asing.
    • Hasil sewaan/pajakan tanah ladang adalah rendah berbanding dengan hasil perladangan.
    • Pengeluaran wang Akaun Amanah Peserta Program tidak mengikut Arahan Amanah.
    • Pertikaian pemilikan tanah Kerajaan.
    Dalam Laporan Audit terhadap kerja-kerja penyengaraan jalan-jalan negeri pula menyatakan kerja tersebut gagal dan tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan seperti yang dijelaskan dalam
    • Rancangan membaru muka jalan tidak dilaksanakan.
    • Kualiti kerja penurapan kurang memuaskan.
    • Kerosakan permukaan dan bahu jalan tidak disenggarakan dengan baik.
    • Penyenggaraan perabot jalan tidak dilaksanakan.
    • Jambatan dan pembetung tidak disenggarakan serta longkang tersumbat.
    • Perbelanjaan tidak mengikut Arahan Amanah.
    Semakan Audit mendapati prestasi perbelanjaan penyenggaraan jalan oleh JKR
    dalam tempoh 3 tahun adalah antara 91.6% hingga 96.8%.  


    Dalam tempoh 2009 hingga 2011 Kerajaan Negeri hanya memperuntukkan sebanyak  RM111.32 juta sedangkan peruntukkan yang diterima dari kerajaan persekutuan adalah RM259.73 juta untuk penyenggaraan Jalan Negeri kepada JKR, PTJ dan PBT.

    Wahai bro Anwar Ibrahim...

    Ini hanya sedikit kegagalan, ada banyak lagi kelemahan dan kegagalan projek melibatkan kepentingan rakyat yang gagal dilaksanakan di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS,PKR dan DAP.

    Tapi cukuplah tunjuk Kelantan dulu...

    Hahaha...

    Arios!~

    Monday, October 15, 2012

    YB PAS Miliki Kekayaaan RM7 Juta, Tapi Gagal Bayar Hutang RM10k?


    Inilah perangai YB PAS Kelantan, setelah menang dalam PRU12 bukan kebajikan rakyat yang dijaga. Tetapi kebajikan nafsu sendiri yang diutamakan yang mana beliau berkahwin dengan Siti Aishah Abdullah yang berusia 19 tahun sebelum diceraikan tanpa sebab.

    Sudahlah isteri diceraikan tanpa sebab beliau memohon kepada mahkamah agar memerintahkan Siti Aishah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana boleh menjejaskan reputasinya sebagai wakil rakyat.

    Kes ini dilaporkan telah selesai, tetapi baru-baru ini team Kelantan Cyber Warriors dikirimkan satu dokumen menyatakan bahawa YB PAS ini tidak menjelaskan bayaran yang berjumlah RM10,700.00 kepada peguam yang membela dirinya,  walaupun isteri mudanya pernah mendedahkan dia memiliki kekayaan berjumlah RM 7 juta ketika perbicaraan kes tersebut hangat diperkatakan.


    Dari blog Perigi Timur :
    Untuk rekod, Yb Pas ini berkahwin dengan Siti Aishah bt Abdullah selepas beliau menang PRU 12 rakyat Kemboja keturunan Cina dan berumur 19 tahun pada 2003. Tapi dengan pertolongan peguamnya Mohd Zaki Zainal Abidin proses penceraian dengan Siti Aishah selesai. 
    Tetapi mengikut Siti Aishah Yb Pas itu telah menceraikannya tanpa sebab.Tapi itulah perangai sebenar Yb Pas ini bila sudah selesai kesnya beliau begitu liat untuk melunaskan hutangnya dengan peguam yang membantu dalam kesnya itu ???
    Seterusnya 
    YY : Bukan sorang ni jer YB PAS Kelantan tambah koleksi bini sebaik menang PRU12, ramai lagi...