Wednesday, October 31, 2012

#AES : Pemuda UMNO Bersama Pakatan Rakyat atau Rakyat?


Automated Enforcement System (AES) masih menjadi topik perbualan di kalangan kebanyakkan rakyat Malaysia. Banyak rungutan, cadangan dan juga pendapat diketengahkan oleh pelbagai pihak, baik dari mereka yang menyokong kerajaan atau mereka dari kalangan pembangkang.

Usah bicara soal pembangkang, kerana sudah menjadi rutin mereka untuk membangkang sesuatu yang dilakukan oleh kerajaan. Namun apabila rakyat yang menyokong kerajaan turut menggesa agar sistem AES ini ditangguhkan dan dibuat penambahbaikkan ianya agak menarik untuk dibincangkan.

Selain CEUPACS, Pemuda UMNO menerusi Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin turut menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan kelemahan mengenai sistem tersebut.

Kenyataan KJ semalam satu keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO selepas perbincangan mengenai pro dan kontra sistem AES serta pelaksanaannya dibuat secara panjang lebar.

Meneliti kenyataan media KJ apa yang saya faham adalah secara dasarnya Pemuda UMNO menerima kebaikan AES, menyokong keselamatan jalan raya ditingkatkan dan tidak menghalalkan pesalah lalulintas melakukan kesalahan, bagaimanapun aspek kelemahan pelaksanaannya perlu diteliti kerana ia menjadi asas rungutan rakyat.
Perkara pokok yang menjadi rungutan adalah :
  1. Lokasi kamera
  2. Had laju laluan tertentu
  3. Jarak pemberitahuan dari lokasi kamera
Mungkin disebabkan tiga perkara inilah Pemuda UMNO mendesak agar kerajaan menangguhkan dulu pelaksanaan AES dan meminta agar pandangan dan rungutan rakyat mengenai pelaksanaan AES ini dikaji dan pendidikan awam mengenainya dilakukan dengan lebih meluas terlebih dahulu.

Kita tengok sikit komen rakyat pengguna facebook terhadap sistem AES :





Tak cukup?

Komen-komen di atas mungkin tidak cukup buat mereka yang menjadikan US, Australia, Singapore sebagai negara untuk mengatakan bahawa sistem AES tiada kelemahan jadi pergi baca komen mat saleh :



Selanjutnya [KLIK SINI]

Kenapa kita perlu bongkak mengatakan tidak perlu dikaji semula kerana kajian sudah dibuat selama 10 tahun?

Ulang sekali lagi untuk mereka yang payah faham, Pemuda UMNO dan rakyat tidak tolak sistem automatik AES, yang menjadi pertikaikan sekarang adalah tiga isu pokok.

Jadi tak payah pusing kata Pemuda UMNO bersama Pakatan Rakyat, kerana pada hakikatnya dalam isu AES ini, Pemuda UMNO sebenarnya bersama rakyat!

Berita berkaitan AES dari Chicago Tribune News :
Accusing Chicago's red-light camera vendor of covering up a 2-year-old breach of ethics until a Tribune investigation brought it to light, Mayor Rahm Emanuel's office on Tuesday threw out the company's bid for a lucrative new speed camera contract.
The city also raised serious doubts about the future of Redflex Traffic Systems Inc.'s role as the longtime operator of Chicago's red-light camera program that since 2003 has generated some $300 million in fines for the city and $97 million in revenue for the publicly traded company, according to city records.
R.E.A.D  M.O.R.E
Itu di Chicago, di Malaysia belum lagi kot!

Layan video dulu bro...



Hahaha...

Arios!

YY : Dear PM - The time to repair the roof is when the sun is shining!

3 comments:

  1. Mujur ada yang berani menjuarai isu walaupun lambat. PR dah lama buat woooootttt!

    ReplyDelete
  2. Dari perabis duit buat AES lebih baik digunakan untuk memasang CCTV setiap lokasi yang strategik. Dapat cegah jenayah.

    Minta maaf cakap, jangan sampai rakyat marah langgar dan tebang batang AES ni baru nak bertindak....memang spoil betul. Penat jentera parti di bawahan ni nak cover...yang di atas tu harap faham-faham la yer.

    ReplyDelete
  3. Ramai yang salah faham kenyataan KP UMNO, dia kata tak tolak AES cuma ada beberapa kelemahan dan perlu ditambah baik.

    Tapi sungguh kelakar bila ada yang cuba kaitkan KJ dengan PR kononnya KJ dan Pemuda UMNO bersama PR dalam isu AES.

    Bagi gua betul apa lu cerita br0....KJ dan Pemuda UMNO mmg bersama rakyat dalam AES. kita tak tolak cuma mohon ditambah baik dan diletakkan di lokasi yang sesuai.......

    -Jiran AES-

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-