Thursday, October 18, 2012

Laporan Audit Negara : Peruntukkan Jalan RM260 Juta & Rumah RM19 Juta, Tapi Jalan Berlubang, Rumah Tak Siap-Siap! #SaveKelantan


"Bakpo kerajaan pusat layan Kelate supo anok tiri, peruntukkan dok bui, pah nok repair jalan rayo guano..." - jawapan yang biasa diluahkan oleh anak Kelantan yang besar di bawah pemerintahan regim PAS setiap parti itu dikritik oleh pihak luar.

Sebagai anak Kelantan, dulu-dulu saya juga percaya dan termakan dakyah bohong, bahawa kerajaan pusat tidak memberikan peruntukkan sewajarnya untuk negeri Kelantan kerana berada di bawah pentadbiran PAS.

Walhal pada hakikatnya Kelantan merupakan antara negeri yang paling tinggi menerima peruntukkan walaupun rakyat Kelantan tidak pernah memberikan mandat kepada BN.

Paling ketara adalah peruntukkan untuk penyenggaraan jalan-jalan negeri yang diamanahkan kepada Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri (KAPJN).

Pada tahun 2009 hingga 2011 kerajaan negeri telah menerima pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM259.73 juta.

Namun walaupun peruntukkan besar diterima kerajaan negeri kita dapat melihat bagaimana uzurnya keadaan jalan-jalan di negeri Kelantan. Ini bukan tuduhan melulu ianya disahkan melalui Laporan Audit Negara 2011.


Dalam tempoh 2009 hingga 2011 kerajaan negeri hanya memperuntukkan sejumlah RM111.32 juta atau 42.9% daripada sejumlah RM259.73 juta pemberian Kerajaan Persekutuan.

Manakala semakan audit mendapati pada setiap tahun, anggaran kos penyenggaraan jalan bagi seluruh Jajahan di Negeri Kelantan yang diperlukan ialah RM75 juta. Rupa-rupanya peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan digunakan untuk tujuan lain yang hanya diketahui oleh pihak-pihak tertentu sahaja.


Antara projek membarukan permukaan jalan di negeri Kelantan yang tidak dilaksanakan oleh kerajaan negeri :

Selain dari kegagalan menyenggara jalan-jalan negeri, antara projek yang gagal dilaksanakan di Kelantan adalah projek perumahan untuk rakyat, di mana kerajaan negeri langsung tidak membina rumah walaupun peruntukkan RM19 juta telah diterima oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.


Kasihan rakyat Kelantan, terus diperbodohkan oleh PAS kononnya mereka tidak menerima peruntukkan. Walhal peruntukkan jalan negeri dan rumah kos rendah sudah diterima oleh kerajaan negeri.

Alahai PAS Kelantan, alahai Tok Guru peruntukkan sudah diterima tetapi jalan terus berlubang, rumah tak siap-siap!

3 comments:

  1. Mana pegi agaknya peruntukkan RM19 Juta utk rumah kos rendah tu? Masuk poket menantu ke?

    ReplyDelete
  2. Kalau bab jalan ni, aku kurang setuju, bukan Kelantan saja, boleh kata semua negeri sama... cari ler isu lain, jangan nampak sangat macam kita ni geng yang lepak dalam kondo kat Bangsar tu

    ReplyDelete
  3. kalau bab jalan ni, saya kurang setuju sikit, semua negeri sama saja... kena cari isu lain agar kita tak sama macam geng kak ijat yang lepak kat One Menerung tu...

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-