Wednesday, September 5, 2012

Pemecah Berita : Selepas Bas Dibaling Cat Merah, Bilik Hotel Dipecah Kini 'UMNO' Serang HQ PKR?


Berita terbaru yang diterima dikatakan berlaku pergaduhan di Pejabat PKR ketika ini, namun pihak polis berjaya mengawal keadaan.

Menurut blog-blog pro pembangkang, serangan tersebut dilakukan oleh samseng UMNO kerana ada di kalangan mereka memakai t-shirt UMNO.

Hahaha...

Aneh selepas isu tukar bendera, Sultan tidak dijemput untuk majlis sambutan merdeka di Selangor, Anwar Ibrahim tidak angkat tangan semasa bacaan Rukun Negara, bas disimbah dengan cat merah dan bilik hotel dipecahkan di Kota Bharu.

Hari ini mereka diserang lagi...

Hahaha...

Psywar 'low class' AMK untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap isu-isu yang melanda parti itu dan kontroversi yang menimpa pemimpin mereka.


Berita Pembangkang
Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini tengahari tadi. 
Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi memberitahu, kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional. 
“Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelas beliau. 
“Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan,” katanya. 
Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat. 
Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini. 
Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.
Baca artikel sebelum yang mendedahkan siapa yang menceroboh bilik Anwar Ibrahim di Kota Bharu, tetapi AMK mensensasikan di media [KLIK] 

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-