Wednesday, September 5, 2012

HOT! Surat Bukti PKR Belanjakan RM400k Hanya Untuk Malam Gala Keadilan 2012


Pada 4 Mei yang lalu PKR menganjurkan satu majlis Makan Malam Gala PKR 2012 di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya dan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Menurut laporan daripada blogger pembangkang pada waktu itu Anwar Ibrahim menyifatkan makan malam tersebut berjaya dan melegakan bendahari PKR.


Skodeng gambar sikit...



Berapa ramailah rakyatSelangor yang susah, ibu tunggal dan anak yatim dijemput hadir dalam majlis 'grand' anjuran PKR ini agaknya?

Namun tahukah saudara pembaca bahawa kos perbelanjaan Makan Malam Gala PKR yang diadakan pada 4 Mei 2012 menelan belanja sebanyak RM400,000.

Surat (bawah) permohonan perincian perbelanjaan Presiden PKR Wan Azizah kepada Dr. Tan Kee Wong, merupakan bukti bahawa PKR membelanjakan satu jumlah yang besar hanya untuk satu majlis makan malam.



Dengan kos sebanyak RM400,000 untuk majlis makan malam yang hanya dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan orang-orang cina kaya itu bukankah ianya merupakan satu pembaziran?

Ironinya di sebalik tuduhan PKR kononnya kerajaan boros dan membazirkan wang rakyat, rupa-rupanya tuduhan tersebut dilakukan oleh mereka sendiri, adakah wang sebanyak RM400,000 itu wang gaji Anwar Ibrahim yang bertugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan gaji RM1?

Bukankah ramai rakyat susah di Selangor dapat dibantu jika wang sebanyak itu diperuntukkan untuk mereka? (pinjam ayat Nizar ketika isu no.plat WWW1)

Hahaha...

7 comments:

  1. Dulu belanjakan duit Yayasan Selangor RM300k untuk majlis makan-makan jgk, sehingga Sultan Selangor tegur. Guna duit rakyat Selangor macam duit bapak dorang punya!

    ReplyDelete
  2. apa isunya yang sebenar nie? PKR xleyh belanjakan duet sndiri nk buat kenduri sesama sendiri? ingat PKR sengkek sangat ke xda duet nk buat kenduri,Khalid Ibrahim pown jutawan.

    Benda ni x ada isu, buat kat hotel terkemuka konfem mahal harganya tapi asalkan dari poket sendiri x ada masalah. x ajak ibu tunggal, rakyat miskin? kalau dari poket sendiri, lantakla dia nk panggil sapa pown majlis diorang, contoh kalau majlis kenduri kahwin terpulang pada tuan punya majlis la.

    pls be objective and dont be a joke to the people

    ReplyDelete
  3. Aik..

    Najib belanja duit sendiri untuk majlis pertunangan anaknya di hotel korang pertikaikan?

    Aneh... :)

    ReplyDelete
  4. Logik jgk la 400k untuk majlis makan malam seramai 1,500 orang. Buat pulak kat hotel mahal.. Najib buat kenduri bertunang anak dia pun dh cecah hampir setgh juta RM..

    ReplyDelete
  5. memanglah belanja untuk malam tu rm 400 ribu,cubalah kira sekor babi berapa harga,bilik untuk menyedap berapa pulak,takan nak sewa budget hotel pulak,kan belanja pakai duit sendiri.kalau tak duit pun apa guna kawan2 yahudi tu,sponsor nak jahanamkan Malaysia bolih inikan pula makan malam apalah sangat.

    ReplyDelete
  6. ini ditaja dgn duit jualan meja daaa...rujuk item 3 dlm surat.

    apa la korg ni! buat malu UMNO la camnih

    ReplyDelete
  7. Changing Our Mind,

    rujuk bahagian 3 nk juga berapakah keuntungan yg PKR buat hasil jual meja majlis yang bermodalkan rm400k.



    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-