NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, May 14, 2012

KISAH POLONG TAK BERTUAN YANG TAK CUKUP MAKAN - @PMOMalaysia @HishammuddinH20 @NajibRazak TAK KESIAN KE?


UMNO baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-66 tempoh hari, tetapi walaupun UMNO dilihat sebuah parti yang matang dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda. Tetapi lain pula karenah pejuang-pejuang siber UMNO.

Dalam keadaan pilihanraya semakin hampir dan jentera diarah siap siaga, ada saja cubaan untuk mencacatkan momentum yang dicetuskan oleh DS Najib Tun Razak, dan yang mencacatkan momentum ini bukannya datang dari pihak pembangkang sebaliknya dari pihak kita sendiri.

Bloggers pro-UMNO dilihat terus bermasalah, hanya kerana disebabkan kewujudan dua pihak iaitu Unit Media Baru (UMB) yang diwujudkan oleh sayap Pemuda dan satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Polong Tidak Bertuan'.

UMB selalu dijadikan target oleh kumpulan 'Polong Tidak Bertuan' jika dahulu soal ranking dipertikaikan, kini soal peranan pula dipersoalkan hanya kerana video yang dilakonkan oleh sekumpulan pelakon mendapat jumlah 'DISLIKE' melebihi 'LIKE'.

Disebabkan angka yang besar 'DISLIKE' video tersebut blogger 'Polong Tidak Bertuan' mempersalahkan UMB kerana gagal melahirkan jentera siber yang efektif pada kaca mata beliau sedangkan ratusan ribu diperuntukkan untuk UMB.

Kita lihat hasil mereka yang dilahirkan melalui latihan UMB yang tidak efektif :

Blog yang dedahkan kelibat AMK hadir dalam demo hadapan KPT yang dipick-up oleh blogger 'OTAI'
Blog yang menyiarkan artikel 'Tolong Rahsiakan Dari Orang Melayu' dibaca lebih 34,000 viewers

Ada banyak lagi, tapi cukuplah bagi contoh dua blog ini yang dilihat beri impak dalam penerangan isu-isu semasa kepada rakyat.

Peruntukkan yang diterima dipersoalkan dan angka yang ditulis mampu membuatkan pembacanya teruja, tetapi jika pembaca dan ahli UMNO di luar sana mengetahui jumlah yang diberikan oleh sebuah 'Agensi Kerajaan' dengan bantuan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepadanya.

Saya yakin pakcik-pakcik serta waris pejuang UMNO yang mati kerana terkena renjatan elektrik ketika memasang bendera UMNO akan marah dengan UMNO malah tidak mustahil ada yang hilang minat untuk terus berjuang dengan UMNO.

Berbalik kepada latihan yang tidak efektif yang dijalankan UMB, baru-baru ini UMB dijemput untuk kendalikan satu latihan siber untuk jentera UMNO di Janda Baik, walaupun saya tidak hadir di sana. Tetapi ada cubaan sebotaj dijalankan oleh kumpulan yang diketuai oleh blogger 'Polong Tidak Bertuan' ini.

'Polong Tidak Bertuan' ini bertindak menghubungi pelbagai individu dan mengarahkan supaya mengagalkan latihan yang diadakan. Dua kelibat manusia dari Johor bertindak memprovokasi pihak fasilitator dan menyeru semua peserta keluar dewan.

Tapi sayangnya cubaan ini gagal, kesudahan latihan tersebut MAJORITI peserta yang hadir mohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada UMB. Ini bermakna blogger 'Polong Tidak Bertuan' ini memang jenis manusia pengacau.

Latihan UMB Tidak Efektif Bagaimana Dengan Konvesyen Media Sosial?


Konvesyen Media Sosial - yang diadakan di setiap negeri setahu saya digerakkan oleh kumpulan 'Polong Tidak Bertuan' menerima bajet dan peruntukkan dari Biro Tata Negara (BTN). Malah bajet yang diperuntukkan bagi setiap negeri melibatkan angka yang besar.

Tetapi apakah fungsi Konvesyen Media Sosial yang diadakan ini, tempah t-shirt, cap, gift sahaja melibatkan kos puluhan ribu. Persoalannya ke mana perginya pemain-pemain media sosial yang hadir setiap kali konvesyen ini tamat?

Saya difahamkan jumlah yang ada sekarang ini hampir 20,000 pemain media sosial sepanjang Konvesyen Media Sosial ini diadakan. Mana mungkin angka yang besar ini tidak mampu klik 'LIKE' video yang dilihat menyebelahi kita?

Jika jumlah peruntukkan yang diberikan oleh BTN tidak mencukupi, saya sarankan BTN tambahkan lagi jumlah peruntukkan kepada kumpulan 'Polong Tidak Bertuan' dan 'Datuk' yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka barangkali (Melaka ada sultan ke?) agar Konvesyen yang menghimpunkan PULUHAN RIBU pemain media sosial ini, mampu klik 'LIKE' video yang memihak kepada kita.

Sebagai penutup sarankan agar 'Polong Tidak Bertuan' ini paparkan jumlah 'LIKE' dan 'DISLIKE' video yang beliau upload di youtube. Jangan 'disabled' rating video sebagaimana di bawah - barulah kita boleh menilai berapa ramai cybertroopers yang dilahirkan melalui latihan yang kamu turut jalankan di setiap negeri :


Contoh video yang tidak 'disbled' jumlah rating :


Meletakkan segala kegagalan kepada orang lain adalah sesuatu perkara yang mudah. Mempertikaikan peranan orang lain juga cukup mudah. Jadi pengkritik juga cukup mudah, tetapi ada baiknya sebelum kritik dan fitnah orang konon terima peruntukkan lihat dahulu perut sendiri yang semakin membesar hasil duit pemimpin UMNO tetapi dalam masa yang sama sebotaj jentera yang dilahirkan oleh sayap parti!

Kalau aku cerita secara terperinci nescaya yang menerima akibatnya adalah UMNO itu sendiri.

Aku tiada masa nak melayan karenah gila blogger yang bakal menentukan hidup mati UMNO ini, lebih baik aku sambung jelajah cari anak-anak orang susah yang nak sambung belajar. Bukan sekadar blogging dari kerusi empuk di rumah setiap bulan dalam akaun ada puluhan ribu.

Moron!

YY : Selesai aku cari anak-anak melayu yang miskin supaya dia sambung belajar sebagaimana PM harapkan, aku cerita pula kisah orang-orang di Jabatan Perdana Menteri yang GAGAL kawal seorang blogger berusia 29 tahun!

6 comments:

Aku Peduli Apa @ APA said...

Ha ha ha..
Orang orang besor Di PMO,MKN,KDN dan BTN takut bila kena gertak Papagomo...kih kih kih kelakar lah pulak

Anonymous said...

PAS BERUK MERUPAKAN AGEN PAPAGOMO DALAM BTN BRO. DIA YG MAIN PERANAN CEKAU DUIT RAKYAT BUAT KONVESYEN BODOH YANG TAK BERI APA2 IMPAK TU.

DI TERENGGANU PAKCIK DAN MAKCIK NTAH MANA-MANA DIPAKSA HADIR DALAM KONVESYEN TU.

Anonymous said...

Menteri tu Nazri Aziz la kan? dia yang arahkan MKN salurkan dana setiap bulan untuk PG. Sampai pengarah MKN naik serik nak berkerjasama dengan blogger sebab dia pikir semua blogger kaki PAUPAU!

LimauSintok said...

Wow,,,hamba berada di Janda Baik ketika itu. Sememangnya hamba merasakan seperti ada yg tidak kena. Ada peserta yang memberikan maklumat lokasi di Twitter. Jika bercakap tentang 2 orang Johor itu, memang hamba kesal dgn kejadian itu. Bersatulah Wahai orang Melayu Islam. Tidak Allah mengubah nasib sesuatu umat itu melainkan umat itu sendiri.

Anonymous said...

Bro, kalau dia tak power, mcm mana ko boleh jadi power. Bukan ke dia antara sifu bro?

Tq

Anonymous said...

dulu lu sembah kaki dia.sekarang lu ludah.mcm lu punya manusia pun ada ke.baik lu join pkr la bro.buat rosak umno je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...