Friday, December 16, 2011

Kenyataan Media : Pusat Pemutihan Program 6P Dibuka di JB

KENYATAAN MEDIA - TAN SRI MAHMOOD ADAM - KSU KEMENTERIAN DALAM NEGERI

1.    Bagi melancarkan prosedur serta proses pemutihan Program 6P, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewujudkan cawangan pusat setempat (one stop centre) di Johor Bahru yang akan mula beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula esok (Jumaat, 16 Disember 2011).
 
2.    Cawangan pertama pusat pemutihan ini akan mula beroperasi di Tingkat 6, Blok 1, Kompleks KDN Johor Bahru, Jalan Setia Tropika, Teman Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru sehingga tarikh akhir pemutihan pada 10 Januari 2012. 
 
3.    Pembukaan cawangan ini bertujuan memberi kemudahan kepada semua pihak khususnya majikan di lokasi selatan tanahair untuk menguruskan permohonan berkaitan pekerja asing tanpa izin (PATI) mereka masing-masing tanpa perlu hadir ke pusat operasi utama di Bangunan Imigresen, Putrajaya.
 
 4.   Bagaimanapun, urusan tidak terhad kepada orang ramai sekitar Johor sahaja tetapi terbuka kepada wakil dari seluruh negara yang memilih untuk berurusan di sana berbanding di Putrajaya.

5.    Melainkan permohonan pertukaran majikan oleh PATI, semua urusan di cawangan Johor Bahru ini menyamai operasi di Pusat Pemutihan Putrajaya, iaitu permohonan ID untuk majikan mengemaskini data PATI, permohonan Surat Makluman kepada kedutaan, pemprosesan permohonan pengambilan pekerja asing, pembayaran levi dan pengeluaran Surat Kelulusan Pemutihan.
 
6.     Dalam perkembangan lain, bermula esok (Jumaat, 16 Disember 2011), Pusat Pemutihan Program 6P di Putrajaya juga akan mula beroperasi setiap hari termasuk hujung minggu bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Hal ini bertujuan membolehkan lebih banyak permohonan boleh diproses menjelang tarikh akhir 10 Januari 2012. Sehubungan itu, majikan digesa supaya bertindak segera dan tidak menunggu sehingga saat akhir kerana bimbang berlaku kesesakan yang boleh menjejaskan permohonan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-