Chegu Bard - Robot fitnah ciptaan PKR |
Terkini sahabat saya wartawan dari portal Malaysian Digest iaitu Hyder Yutim memaklumkan di Taman Melewar berlangsungnya program Rapat Rakyat = ABU yang dihadiri oleh Chegu Bard, Haris Ibrahim, Dr. Rohana, Arulchelvam serta Yong Teck Lee.
Tiada apa beza dari ceramah-ceramah pasar malam dibuat Pakatan Rakyat sebelum ini, isi kandungan fitnah, persepsi, serangan peribadi dan sessi kutip derma. Jika lain pun menyaksikan rakyat biasa berpeluang memberi ucapan mereka kepada hadirin.
Sahabat saya turut memaklumkan kepada saya sebentar tadi bahawa Arulchelvam dari PSM dalam ucapannya mendakwa pada tahun 1969 - kumpulan yang mencetuskan kekacauan selepas kemenangan pembangkang ke atas 5 negeri adalah Pemuda UMNO Malaysia.
Umum mengetahui pilihanraya tahun 1969 merupakan pilihanraya yang mana parti campuran (UMNO+MCA+MIC) mengalami kekalahan teruk yang membawa kehilangan majoriti di Parlimen.
Sejarah juga jelas bahawa pada waktu itu Gerakan dan DAP mengadakan perhimpunan kemenangan di ibu negara, tetapi ianya bertukar menjadi perhimpunan perkauman dan akhirnya mencetus kekacauan besar dalam sejarah negara.
Pada waktu itu UMNO hanya bertindak balas terhadap tindakan biadap, jolokkan perkauman yang dibuat oleh DAP. Nampaknya Arulchelvam cuba menjadi 'The Next Marxx Sabu'...?
Arul cuba ubah Sejarah 13 Mei?
Allah Bersama UMNO = Kredit to Azmy Awang Kelana Jaya (AAKJ) |
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-