Friday, December 16, 2011
Dokumen 9 Feb, Demontrasi Bersih 9 Julai Anwar Rancang 'Reformasi II' Pada 9 Januari 2012...?
Selepas lebih 80 kali ditangguhkan akhirnya kita rakyat Malaysia dapat mengetahui keputusan perbicaraan kes Liwat II pada 9 Januari 2012 akan datang. Meneliti hujah kedua-dua pihak apa yang jelas hujah pendakwaraya lebih kuat malah Anwar Ibrahim sendiri gagal menafikan beberapa hujah pendakwaraya.
Mungkin Anwar Ibrahim sedar bahawa keputusan 9 Januari 2012 tidak memihak kepadanya, justeru itu Anwar Ibrahim dilaporkan sedang merancang untuk menghidupkan rusuhan besaran ala 'Reformasi 98'.
Untuk memulakan gerakan 'rusuhan' ini siri ceramah giat diadakan oleh Anwar Ibrahim hingga 8 Januari 2012 di segenap pelusuk negeri dengan harapan agar rakyat bangkit menyokongnya jika dirinya kembali ke Sg. Buloh kelak.
Tarikh akhir siri jelajahnya adalah 8 Januari 2012 di mana keesokkan harinya iaitu 9 Januari 2012 adalah hari bacaan keputusan kes Liwat II. Cantik dan unik strategi yang disusun Anwar Ibrahim...
Bila mengetahui siri ceramah untuk membangkitkan perasan marah rakyat ini, saya teringat kes yang dilaporkan The Unspinners sekitar Februari 2011 yang lalu, laporan The Unspinners tersebut membawa kepada laporan polis dari beberapa NGO (Armand Azha) yang menggesa supaya pihak Polis menyiasat dakwaan tersebut.
Modus operandi yang dirancang adalah - sebelum mahkamah memutuskan dirinya bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan, Anwar Ibrahim terlebih dahulu melarikan diri ke luar negara.
Dua negara yang disebut menjadi lokasi pilihan Anwar Ibrahim adalah Amerika Syarikat dan Turki sebagaimana terkandung dalam dokumen bertarikh 9 Februari 2011 "Bagaimana dan Bila Anwar Akan Melarikan Diri" (Bhg.I) & (Bhg.II)
Bagaimana jika saya membuat andaian bahawa mungkin Anwar Ibrahim akan lari ke luar negara sebaik sahaja selesai ceramah akhirnya pada 8 Januari 2012 kerana beliau tahu bahawa keputusan mahkamah keesokkan harinya kemungkinan besar tidak menyebelahinya.
Sebaik sahaja keluar dari Malaysia Anwar Ibrahim mungkin akan mengarahkan 'bala tenteranya' turun ke jalanraya membantah keputusan mahkamah dengan membawa alasan kononnya keputusan yang dibuat dalam Liwat II dipengaruhi oleh politik UMNO/BN.
Siri ceramah jelajah yang diadakan ketika ini bertujuan menyuntik doktrin sesat Anwar Ibrahim ke dalam fikiran rakyat serta pengikutnya dengan harapan perasan benci dan marah mereka semakin meluap-luap bila mana mahkamah mengumumkan keputusan perbicaraan.
Malah sekitar Mei 2011 juga Anwar Ibrahim dilihat cuba menghidupkan semula drama pembunuhan President Chen and Vice President Lu Assassination Attempt. Pemandu peribadinya tampil mendakwa nyawa terancam selepas satu kemalangan kononnya kereta dipandunya disebotaj dengan niat membunuh Anwar Ibrahim.
Demontrasi BERSIH2.0 - 9 Julai yang lalu pula hanya 'latihan kecil' pengikut Anwar Ibrahim untuk melihat sejauh mana rakyat boleh dipengaruhi serta dipergunakan, sebab itu walaupun demontrasi menuntut pilihanraya yang adil. Rata-rata mereka melaungkan "Reformasi".
Drama sebabak turut berlaku...
Meneliti dari rekod lampau yang telah berlaku dan dilakukan oleh Anwar Ibrahim...
Mungkinkah pada 9 Januari 2012 yang akan datang rakyat Malaysia bakal disulitkan dengan demontrasi 'REFORMASI II' pula sebagaimana kekacauan yang berlaku pada tahun 1998?
Jika melihat senario politik di Malaysia hari ini, lebih-lebih lagi melibatkan individu 'gila' macam Anwar Ibrahim saya berpendapat tidak mustahil cubaan menjatuhkan kerajaan melalui 'jalan belakang' giat digerakkan.
Justeru itu pihak berwajib perlu sentiasa memantau pergerakan Anwar Ibrahim serta pengikutnya agar kejadian demontrasi seperti BERSIH 2.O dapat dibendung lebih awal. Kerana setiap kali demontrasi rakyat bakal berhadapan dengan pelbagai kesulitan serta kerosakkan harta benda.
Kalau perlu buka semula kertas siasatan laporan yang dibuat oleh Armand Azha pada 11 Februari di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi?
YY : Suka layan kartun dari crew reformasin je...
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-