PAS kini sedang berusaha menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Hudud mengikut kenyataan Nik Aziz yang dikeluarkan pada 7 Oktober yang lalu. Jawatankuasa ini akan mengkaji pelaksanaan hukum hudud dari aspek teknikal sebelum melaksanakannya di negeri Kelantan.
Untuk menubuhkan Jawatankuasa ini sudah tentu PAS memerlukan satu tempoh masa untuk memilih siapa yang akan menganggotai dalam jawatankuasa berkenaan, dan perkara yang perlu diingat hukum hudud yang mana sebelum ini tenggelam tanpa berita hanya akan dibentangkan di DUN Kelantan pada bulan hadapan.
Aneh sungguh kini baru PAS hendak kaji tentang pelaksanaannya sedangkan hukum hudud telah dicanang oleh PAS kepada rakyat Kelantan sejak mula PAS bertapak di Kelantan. Percayalah saudara pembaca, hukum Allah ini akan kembali sepi sebagaimana berlaku pada 17 tahun yang lalu.
PAS tidak pernah membawa usul ini ke Mahkamah Syariah Negeri sejak ianya diluluskan pada tahun 1993 sebaliknya mereka mempersalahkan pula BN bahawa menolak hukum Allah dengan melabelkan UMNO/BN itu kafir.
Jika ayat-ayat suci Al-Quran pun PAS sanggup melacurkannya kepada 'pasangan persetubuhan' mereka iaitu kafir DAP inikan pula hukum hudud.
PAS sendiri yang melenggahkan pelaksanaannya, tapi UMNO terus dipersalahkan...
Dari khabarkotabharu.com
Pengamal Undang-undang berpendapat usul yang akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan depan bagi membolehkan mahkamah syariah melaksanakan hudud adalah bukti Pas sengaja menangguhkan pelaksanaan hudud sejak 1993
Seorang peguam yang enggan dikenali berkata undang-undang hudud dan qisas telah diluluskan Kelantan 17 tahun lalu, namun baru sekarang Pas ingin bawa usul memberikan kuasa kepada mahkamah syariah negeri.
Beliau berkata jika ingin menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed, pemimpin itu sudah bertahun berhenti jadi pemimpin negara.
“Apa yang Pas cuba sabitkan jika kerajaan negeri sendiri boleh bawa usul dalam dewan. Kuasa terletak pada Menteri Besar dan adun-adun Pas yang sengaja melewatkan hudud itu untuk politik songsang bukannya demi agama"
“Kenapa perlu disalahkan Umno sedangkan pada 1993, Adun Umno semuanya sokong hudud untuk diluluskan dan termasuk Adun Pas. Ini bukti Umno tidak tolak hudud"
“Halangannya hanyalah Pas yang sengaja melengahkan hudud dan memburukkan Islam,” katanya.
YY : Tunggu tubuh jawatankuasa, tunggu kaji dulu, tunggu dan terus tunggu...
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-