Sebelum ini Berita Harian pernah melaporkan bahawa Nik Aziz mencabar DAP untuk keluar Pakatan jika tidak bersetuju dengan cadangannya untuk tetap melaksanakan hudud sekiranya Pakatan memerintah kelak. Isu hudud dalam perjuangan PAS bukan isu yang baru, ianya telah dijadikan modal politik PAS sejak berkurun lamanya, hukum Allah ini dijadikan modal untuk meraih sokongan Islam semata-mata.
Selepas Nik Aziz mengeluarkan kenyataan ingin melaksanakan hudud di Kelantan tiba-tiba Anwar Ibrahim muncul dan menyokong hasrat Nik Aziz itu, tetapi apa yang dapat tindakan Anwar Ibrahim menyokong hasrat PAS jelas memperlihatkan bahawa perjuangan Pakatan hanyalah bersandarkan penipuan semata-mata.
Buktinya pada 29 September Anwar Ibrahim berkata bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan kerana ianya tidak menepati dasar bersama, perlembagaan Persekutuan dan hudud bukan agenda utama dalam Buku Jingga serta tidak menepati keputusan yang dibuat dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Rakyat jangan terus jadi bodoh terpedaya dengan janji bohong Nik Aziz kerana kita tahu, walaupun Pakatan memerintah kelak, PAS tetap tidak mampu melaksanakan hudud kerana mendapat tentangan hebat daripada DAP sendiri.
Ikuti artikel dari Nanyang Siangpau yang disiarkan pada 7 Oktober 2011 :
Jika DAP Masuk BN - Nik Aziz Jangan Sebarang Cabar DAP
Wong Zi
Nik Aziz yang begitu mendesak untuk wujudkan undang-undang kuno potong kaki potong tangan, isu ini sudah lama tenggelam ditimbulkan kembali, menggegarkan semua pihak sehingga "berbau hamis darah", pada masa PRU yang semakin hampir ini, kontrovesi yang berbau hanyir darah ini amat menakutkan orang.
DAP hampir muntah darah dibuatnya, sebaliknya PKR hanya terkena sedikit tempias cuba meredakan keadaan antara satu sama lain dalam gabungn itu, yang paling bahagian dan untung ialah MCA, Gerakan dan ahli-ahli komponen BN. Selepas Tsunami politik pada Mac 2008, MCA dalam kedudukan kena belasah, kini akhirnya dapat peluang untuk meyerang balas.
Walaupun dikatakan potong kaki potong tangan itu amat menakutkan, teapi keadaan orang-orang bukan muslim di Kelantan sudah tidak rasa takut lagi, dan orang-orang bukan Muslim di banyak kawasan di Semenanjung Malaysia, walaupun mereka takutkan hantu, namun rakyat lebih rasa benci terhadap keadaan semasa yang mereka lalui.
Tiada Musuh Selamanya Dalam Politik
Liow Tiong Lai mencabar DAP keluar dari Pakatan Rakyat, kelihatan Liow Tiong Lai telah matikan permainan pertaruhan catur DAP. Tetapi caturan ini amat merbahaya, jika benar-benar DAP terima cabaran Liow Tiong Lai, berbuat baik dengan UMNO dan keluar dari Pakatan Rakyat.
DAP masuk Barisan Nasional, dengan syarat menggantikan MCA, sekurang-kurangnya jawatan menteri dan timabalan menteri akan diserahkan kepada DAP, adakah UMNO mahu membantahnya? Adakah UMNO dapat memikirkannya?
Kita jangan lupa, tidak kira apa cara untuk kebaikan negara ataupun untuk kebaikan UMNO itu sendiri, kerana UMNO sendiri membantah undang-undang potong kaki potong tangan.
Jika hukum hudud dilaksanakan, jika ada politikus yang akan dihukum potong kaki dan tangan, pasti orang-orang dalam parti Islam juga akan menerima akibatnya, akhiarnya nanti orang-orang yang banyak lakukan kesalahan yang besar-besar yang berpanjangan termasuk politikus-politikus, pegawai dan menteri tidak akan terlepas dari hukuman itu.
Ahli parllimen golongan muda DAP, pasti membantah DAP masuk ke dalam BN, tetapi pada ketika dulu ada rekod mereka pernah berbincang berkaitan itu, jika keadaan politik akan datang tidak berubah, siapa tahu musuh akan jadi kawan? Nik Aziz pernah bercakap perkara yang sama.Jika Nik Aziz ikhlas- acap kali kita melakukan cabaran agar mengemukakan draf hudud ke dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, namun satu perkara yang perlu Nik Aziz ingat adalah jika draf dikemukakan sokongan cina akan hilang dan jika keputusan ini tidak dibawa ke dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat bermakna Nik Aziz bukanlah ulama tetapi ular dalam semak...
YY : So... Tok Guru tunggu gapo lagi...? Ambo sokong demo masuk hudud dalam manifesto
pilihanraya!
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-