Monday, October 10, 2011

Selepas Sultan Selangor Bertitah - MB Selangor Kini Bertambah Gagap...

Nampaknya Khalid Gagap bakal jatuh tergolek, kerana menurut laporan portal celaka yahudikini PKR kini dalam proses untuk mendesak supaya Menteri Besar Selangor itu undur dari jawatannya. Menteri Besar paling bengong dalam sejarah negeri Selangor 'terduduk' lagi ekoran titah Tuanku Sultan Selangor yang bertitah bahawa tindakan JAIS menyerbu gereja tersebut adalah bukan satu kesalahan.

Berikut teks penuh titah Tuanku Sultan Selangor :
sultan-selangor200Berikut titah penuh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor. 
Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat   di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis ‘Thanksgiving Dinner’ yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu. 
Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS. 
Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. 
Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. 
Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini. 
Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988. 
Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain. Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam. 
Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988  yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam. 
Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni. 
Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan. Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam. 
Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam. Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil. 
Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.
 
Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan. 
Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.
Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan. 
Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini. 
Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang. 
Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.

D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
Sultan Selangor

Baca cerita dari blog Mymassa mengenai  geng Azmin Ali mewujudkan gerakan untuk menjatuhkan MB Khalid Gagap Klik Sini 



YY : Sultan sudah bertitah Khalid Gagap sudah tentu bertambah gagap...



2 comments:

  1. D A U L A T TUANKU !!!!
    D A U L A T TUANKU !!!!
    D A U L A T TUANKU !!!!

    MENJUNJUNG KASIH TUANKU !!!!
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt.

    Daulat Tuanku!

    Titah Tuanku Sultan Selangor amat jelas dan tepat. Baginda hanya menjalankan kewajipan selaku Ketua Agama Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

    Tetapi amatlah mengecewakan bilamana terdapat segelintir pihak yang sanggup derhaka terhadap titah Baginda Sultan dengan mempersoalkan , malah meremehkan kapasiti Baginda Sultan.

    Malah ada pihak2 yang kononnya pakar undang-undang menyelar Baginda sehingga timbulnya dakwaan bahawa era monarki mutlak kian kembali sekaligus mengingkari prinsip demokrasi.

    Sedarlah, bahawasanya negara ini adalah negara yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dan bukannya sistem berunsurkan feudalism total. Apa yang Baginda titahkan masih dalam ruang lingkup undang-undang selaras dengan kuasa yang ada pada Baginda menurut Perlembagaan Negeri (Undang-undang Tubuh) dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

    Ada yang mendakwa Baginda telah melampaui kuasa Baginda kerana memutuskan untuk tidak mendakwa saspek-saspek murtad yang terlibat dan menitahkan agar mereka menjaani sesi kaunseling. Benarkah dakwaan itu? TIDAK.

    Rujuk semula kepada kenyataan rasmi Baginda: "Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta BERSETUJU tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.

    Walau bagaimanapun Beta MENITAHKAN JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan."

    Perkataan BERSETUJU yang saya besarkan di situ menerangkan bahawa Baginda hanyalah bersetuju ke atas laporan JAIS dengan juga mengambil kira nasihat pakar undang-undang dan agama. Jelaslah di sini Baginda telah disyorkan tentang kekurangan bukti untuk pendakwaan dan saya percaya Baginda tentu sekali sedar bahawa kuasa untuk mendakwa adalah kuasa pendakwa syarie negeri.

    Seterusnya, Baginda MENITAHKAN supaya saspek-saspek yang terlibat untuk menjalani sesi kaunseling semata. Ini juga tidak melanggar prinsip undang-undang kerana sudah menjadi kewajipan Baginda untuk memelihara akidah umat Islam dalam negeri naungan Baginda.

    Andaikata, Baginda sendiri yang membuat keputusan sama ada untuk mendakwa atau tidak, tentu sekali itu akan melibatkan suatu argumentasi yang berbeza. Tetapi sekai lagi saya menegaskan Baginda hanyalah bersetuju kepada syor badan yang berwajib dan berkuasa untuk menjalankan pendakwaan, itu sahaja.

    Ada juga yang mempertikaikan akhlak peribadi Baginda Sultan dengan pelbagai tohmahan biadap! Dengar sini, kalau anda mampu berfikir secara rasional, anda tentu memahami bahawa daulat yang rakyat berikan adalah berupa penghormatan kepada institusi beraja dan kuasa & tanggungjawab institusi tersebut. Justeru itu, soal peribadi Baginda bukanlah soal pokok, tambahan pula tidak berserta bukti yang kukuh dan relevan. Jika sekalipun kononnya ada bukti, bukti tersebut belum diuji (not tested and scrutinised) jadi kesahihannya masih belum boleh diterima pakai.

    Kita menghormati Baginda atas kapasiti rasmi Baginda dan juga Raja-Raja Melayu yang lain. Selagi mereka masih menjalankan kewajipan dan amanah mereka dengan berlandaskan prinsip syariah dan undang-undang, apakah hak yang kita ada selaku rakyat jelata untuk derhaka?

    Ketepikan soal politik. Isu di sini adalah isu yang lebih besar - ianya melibatkan akidah umat Islam. Anasir-anasir jahat semakin berani mencabar kekuatan umat Islam bukanlah kerana mereka kuat sangat, tetapi kerana kelemahan umat Islam yang gagal untuk bersatu.

    Saya persilakan mana-mana pakar undang-undang untuk membetulkan kesilapan tulisan saya jika ada.

    Wassalam.

    Daulat Tuanku!

    @FaisalGlobal

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-