Ada yang kata Nik Aziz hendak bawa status Menteri Besar hingga ke lubang kubur, kerana dikatakan enggan berundur daripada jawatan Menteri Besar Kelantan yang disandang selama 21 tahun.
Dulu Nik Aziz pernah desak Tun Mahathir berundur tapi kini seorang penulis blog bernama Wan Ji pula memintanya berundur dan memberi peluang kepada orang lain.
Penulis blog itu mencadangkan supaya Nik Aziz hanya fokus kepada memberi ceramah, dan urusan tadbir negeri biarlah diambil oleh pemimpin-pemimpin PAS yang lain. Tapi Nik Aziz nampaknya enggan berundur dan ingin kekal sebagai Menteri Besar Kelantan.
Nik Aziz patut malu dengan pemimpin-pemimpin yang sezaman dengannya telah berundur dan memberi peluang kepada muka-muka baru. Kita lihat beberapa pemimpin terdahulu yang berundur tapi terus menabur bakti demi kepentingan perjuangan parti.
Dato Onn Jaafar berundur sebagai pengasas UMNO dan jawatan Yang di-Pertua UMNO serta keluar UMNO kerana ingin meneruskan perjuangan politik untuk rakyat berbilang bangsa. Tapi sehingga ke hari ini Dato Onn Jaafar tetap dikenang sebagai seorang pemimpin yang disegani oleh generasi UMNO hari ini.
Haji Ahmad Fuad berundur dari parti UMNO kerana mahu meneruskan perjuangan Islam melalui PAS.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu 'Bapa Kemerdekaan' berundur kerana menghormati permintaan ramai dan beliau merasakan perlu untuk memberi jalan kepada pemimpin lain.
Dato Harun Idris sedia dipecat dari jawatan Menteri Besar yang disandangnya melalui undi tidak percaya DUN kerana mahukan proses pengunduran mengikut prosedur. Melalui tindakan ini beliau telah menyelesaikan antara tuntutan pemuda dan arahan Presiden.
Tun Hussein Onn berundur dari jawatan Perdana Menteri kerana sedar masalah kesihatannya tidak mengizinkan beliau untuk menjalankan tugas dengan baik.
Tun Musa Hitam berundur dari jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri dan tuntutannya tidak dipenuhi.
Tengku Razaleigh Hamzah berundur dari jawatan Menteri setelah kalah dalam pertandingan menentang Perdana Menteri atas perbezaan prinsip.
Tun Dr. Mahathir berundur dari tampuk pemerintahan yang dikuasainya selama 22 tahun kerana merasakan beliau telah lama menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri. Lalu peluang diberikan kepada Timbalannya pada waktu itu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur kerana merasakan beliau perlu bertanggungjawab di atas prestasi buruk BN dalam PRU-12 yang mana telah menyebabkan BN gagal mempertahankan majoriti 2/3.
Tidak malukah Nik Aziz bila melihat lepas seorang-seorang pemimpin berundur, ada yang berundur atas dasar prinsip, ada yang berundur atas dasar memikul tanggungjawab, ada yang berundur atas dasar desakan ramai dan ada yang berundur kerana merasakan dirinya telah lama memegang tampuk pemerintahan.
Lagi pun telah terbukti selama 21 tahun memegang jawatan MB, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat Kelantan sepanjang berada di bawah pemerintahannya. Yang ada hanyalah tokong-tokong Buddha yang gah melebihi ketinggian kubah-kubah masjid.
YY : Nok jugak tengok muko baru jadi MB Kelate...
6 comments:
Nik Aziz belum dapat sms dari syaitan untuk berundur..
Aku tidak setuju pengunduran Nik Aziz akan membangunkan Kelantan...pengunduran Nik Aziz atau parti PAS bukan suatu kemestian untuk kemajuan dan pembangunan jika penggantinya nanti tetap pemimpim atau ahli parti yg dungu dan pelahap dunia...tapi aku sebagai rakyat negeri Kelantan...amat setuju, selama 21 tahun pemerintahan PAS (bagi aku bukan Parti Islam SeMalaysia tapi Parti Angkat Sampah)tiada apa pun yang dapat aku banggakan berlaku di negeri kesayanganku ini. tak dinafikan, ramai orang Kelantan berbangga kerana tak kira ke mana mereka pergi dalam pelusuk Malaysia ini, pasti ada rakyat Kelantan mencari rezeki...samada berniaga dan bekerja di sektor swasta.....malah rakyat Kelantanlah yang boleh dianggap mendominasi penghijrahan ini besar-besaran ini, tapi mengapa tidak rakyat dari negeri-negeri lain....jawapannya mudah...memang susah nak cari makan di negeri Kelantan...yang ada cuma kerja kampung dan sektor awam yang terhad...jadi apa yang perlu PAS banggakan dengan slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM nya jika nak cari rezeki sesuap nasi untuk menyara keluarga pun susah.....mereka sudah lupa gaknya bahawa kemiskinan itu pasti menghampiri kepada kefakiran dan kekufuran.....
biarlah dia terus menjadi menteri besar..terpulang kepada dia :)
N.ajis tentu tahu betapa berat nya tanggong jawab sebagai pemimpin. Sebagai pemimpin keluarga belum tahu kita akan lepas di mahkamah Allah nanti...inikan pula pemimpin satu negeri dalam Malaysia. Dan juga kapada individu2 yang perasan nak jadi pemimpin...boleh ke jadi pemimpin yang benar2 takut pada *THE BOSS*...???? Jangan menyesal di kemudian hari!!!
TG rasakan dirinya nabi. Selagi tak mati selagi itulah kena mengembangkanilmunya yg semakin melalut. Hajatnya nak jadikan serambi mekah belum tercapai kerana kelantan baru menjadi serambi merekah. Org kelantan sokongannya sebab hormati org tua. Tapi TG yg tak sedar diri. Gila kuasalah tu namanya.
Pok Nik ni nak pecah rekod Tun Mahadhir lah. Sekarang baru 21 tahun. Tunggu lah satahun dua lagi baru dia berundur tu. Lagi satu teori aku, dia tak nak tengok orang laen berebut jawatan Mursyidul dia tu. Biar dia mati dulu, nak berebut nko punya pasal lah. Ape yg berlaku kat Kelantan sekarang peduli ape dia, asalkan jawatan dia tu tak terlepas pada orang len selagi dia hidup. Nko tak percaya, pegang lah cakap aku ni.
Post a Comment