NOTIS & PENAFIAN
Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Tuesday, September 20, 2011
Kena Baca : Mansuh I.S.A Najib 'Cilok' Idea Buku Jingga Atau Buku Jingga 'Cilok' Idea Najib??
Isu Akta Keselamatan Dalam Negeri I.S.A yang dimansuhkan oleh PM masih lagi hangat diperdebatkan oleh pelbagai pihak. Dari kedai kopi sampailah ke bangunan coffee house di hotel-hotel mewah rata-rata masih memperkatakan isu ini.
Ada yang kata Najib takut desakan pembangkang, ada yang kata Najib nak popular, ada yang kata Najib nak raih undi. Pendek kata macam-macam diperkatakan dari mulut rakyat Malaysia hatta mulut warga Bangladesh saudara rapat Fuziah Saleh yang berjumlah beribu-ribu orang pun perkatakan hal ini di tapak-tapak pembinaan.
Hahaha...
Pembangkang dakwa Najib curi idea mereka yang diilhamkan dalam Buku Jingga baca 'Buku Jinggay'. PAS kata Najib hendak ketepikan pejuang-pejuang mansuh I.S.A, jadi saya pun tertarik juga hendak ikut serta bagi pandangan berhubung isu mansuh I.S.A ini.
Mula-mula mari kita selidik idea untuk memansuhkan I.S.A adakah idea 'original' Najib Tun Razak atau pun Najib plagiat dari Buku Jinggay?
Jeng...jeng...jeng...
Baiklah Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009. Selepas majlis angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada jam 4.00 petang Tun Lah secara rasmi menyerahkan tugas Perdana Menteri kepada Najib Tun Razak.
Selepas itu dalam ucapan pertamanya sebagai Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan menarik balik serta-merta larangan ke atas dua akhbar, membebaskan 13 tahanan I.S.A dan dia berkata akan mengkaji semula Akta I.S.A :
Beliau berkata "proses kajian semula terhadap akta ISA akan juga dimulakan..." buat mereka yang terlupa saya imbaskan kembali memori anda dengan rakaman youtube lihat dan dengar di minit 5:26 video di bawah :
Jeng...jeng...jeng...
Mari kita lihat pula bila tarikh Buku Jinggay dikeluarkan dan diedarkan kepada 'lembu-lembu' Pakatan Rakyat, jangan marah istilah lembu lebih lembut jika hendak dibandingkan dengan maki-hamun pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain.
Buku Jinggay diperkenalkan pada 19 Disember 2010 dalam konvesyen PR ke-2 yang berlangsung di Pulau Pinang dalam buku 'sampah' tersebut dinyatakan sekali program 100 hari PR jika mereka memerintah dan memansuhkan I.S.A
Hahaha...
Jadi dakwaan pembangkang bahawa Najib Tun Razak 'cilok' idea mereka sama sekali tidak berasas, kerana Najib Tun Razak terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan untuk mengkaji semula Akta I.S.A sebaiknya sahaja beliau secara rasmi menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri kita ulang kembali tarikhnya adalah
3 April 2009.
Selepas setahun lebih selepas itu iaitu pada 19 Disember 2010 barulah PR muncul dan perkenal idea gila dengan konsep Buku Jinggay. Jadi persoalannya di sini siapa tiru siapa sebenarnya?
Budak tadika pun mampu jawab jika ditanya soalan ini. Isu siapa tiru siapa sepatutnya tidak perlu 'dijual' sebagai modal oleh pembangkang. Sebab rasanya Najib Tun Razak lebih layak mengatakan Buku Jinggay meniru idea beliau seawal beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Tapi biasalah, kalangan pembangkang mana ada yang cerdik main politik? Sebab itu semua isu dijadikan modal waima kucing kepunyaan Perdana Menteri sekali pun.
Berhubung pengumuman memansuhkan I.S.A ini saya menyambut baik hasrat Perdana Menteri, lagi pun kajian dan penyelidikan yang rapi saya yakin sudah dilakukan oleh beliau sebelum membuat keputusan ini. Saya juga percaya akta baru yang akan diperkenalkan nanti lebih bagus daripada I.S.A.
Untuk mengkritik lebih-lebih rasanya terlalu awal untuk kita rumuskan, namun hasrat Perdana Menteri ini perlu dijayakan oleh semua pihak terutama bloggers yang menyokong kerajaan demi menjayakan agenda tranformasi yang dilaungkan oleh beliau.
Najib telah tunaikan janji hari pertama beliau menjawat jawatan PM.
Kenyataan Najib pada 3 April 2009 , Buku Jingga dikeluarkan pada 19 Disember 2010.
Akta yang bakal menggantikan I.S.A lebih relevan dengan arus politik semasa.
Mansuh I.S.A bukti Najib berani dan pembangkang tidak boleh lagi mengatakan I.S.A adalah senjata BN untuk menahan pemimpin mereka.
YY : Kikiki... tak malu kata Najib tiru dorang... Bro Najib teruskan je niat murnimu... anak muda tetap bersamamu...
Label:
Analisis Buku JingGay,
DS Najib,
PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HOT MINGGU INI
-
Arai Ezzra Mungkin ramai yang tidak sedar seorang anak muda Malaysia telah berjaya membuka mata dan berjaya menandingi kemampuan pakar...
-
SETELAH tiga minggu kontroversi plat PATRIOT menyepi selepas dijawab oleh pihak JPJ dan YPNM sekaligus menutup mulut dua wakil rakyat ...
-
Jam 5.00 Petang nanti saya akan ke Persidangan Parti-parti Politik Asia (ICAPP) yang untuk mengikuti perkembangan serta persidangan yang be...
-
Di atas adalah nama 3 individu yang berasal dari Bangladesh tapi telah menetap di Malaysia melebihi tempoh 10 tahun dan mereka telah diberi...
-
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Itulah slogan yang dilaungkan oleh DS Najib Razak sebaik sahaja beliau ...
Mesti Baca All Time HOT Artikel
-
Kita lari sekejap dari kes Adam Adli, SMM, Anwar Ibrahim dan bla bla bla... Sekali-sekala saya pun teringin mengajak saudara pembaca un...
-
Paparan video tukang gunting rambut perempuan dalam video di bawah adalah rakaman secara curi-curi oleh blogger KCW Perigi Timur di negeri ...
-
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di...
-
Umum tahu Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahka...
-
Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama glamour Ustaz Mc Dee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi. Me...
-
Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu...
-
Seorang rakan tadi mengirimkan SMS dari 'Bapak Setan' Badrol Amin yang dikirimkan kepada semua ahli PKR dalam usahanya menyelamatka...
-
Masih dalam mood raya lagi... "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah ya...
-
Sekadar berkongsi rakaman dari seorang rakan yang kini berada di Australia, menurut rakaman yang dimuat naik di laman Facebook milikny...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
RECOMMENDED
-
-
-
-
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh10 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif8 years ago
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]
Arkib Artikel Kawe...
-
▼
2011
(662)
-
▼
September
(55)
- Apa Benda 'Katak' Ini Merepek...?
- Cina ANTI Melayu atau Melayu Terlalu Bagi Muka...?
- HOT : Lepas Balun Pelacur Hishamuddin 'Mat Ganja' ...
- Kelantan Mampu Buat Hudud Tanpa Persetujuan Pusat ...
- Mampukah BN Merampas Kelantan Daripada PAS...?
- Kesian : Kerana Bodoh Mereka Dikurung & Dihalang M...
- HOT : Pengikut Tegar Hajjah Sitt Al-Wuzara Ditahan...
- Lepas Saman FELDA - Peneroka Saman Pula Peguam Mer...
- HOT : Rakaman Suara 'Lucah' YB DAP Pula Tersebar...?
- HOT : Senarai Nama Warga Bangladesh Yang Berdaftar...
- Hantu Bonceng : Ahmad Idham Patut Malu Dengan Sika...
- HOT : Gambar Anak Dara Mat Sabu, Anaknya Comel Pul...
- Liwat II : Dr. McDonald Ini Pakar DNA Atau Pakar M...
- Selepas Rampas Tanah Orang Asli - Kini PAS Kelanta...
- HOT : Perjelasan Video Kenapa Baju Anwar Ibrahim D...
- Kena Baca : Mansuh I.S.A Najib 'Cilok' Idea Buku ...
- Hantu Bonceng Baru Kutip RM8.35 Juta Ahmad Idham D...
- HOT : Pemuda PAS Pusat 'Bantai' YB ManoHARAM Yang ...
- Kenyataan Rasmi JPN Berhubung Dakwaan Warga Bangla...
- Duta Bangladesh Kata Fuziah Dengan MiloSOHAI Moron...
- Cabar Nik Aziz Hantar Draf Hudud Kepada Pimpinan T...
- Mesra Ria Aidilfitri DS Hishamuddin Bersama Rakyat...
- Lepas Hina Doa Orang Islam, Kini ADUN DAP Hina Ben...
- Nik Aziz Contohilah Pemimpin-Pemimpin Yang Telah B...
- Malay, Chinese & India You Should See This Video...
- Kakitangan Imigresen Merungut Kebajikan Mereka Ter...
- HOT : JAKIM, SKMM, Jingga 13 dan Sitt Al-Wuzara...
- KDN Berjaya Kekang Aktiviti Penyeludupan Manusia M...
- Tahniah PAS - Kelantan Juara... Juara Apa???
- HOT : Bila Guru Mula Gila Main Politik...
- Mat Sabu Perlu Terima Tawaran Biasiswa Dari Geraka...
- Hishammuddin : Up to AG to Act Against Mat Sabu @...
- Cukai 6% ke Atas Pengguna Prabayar - Rais Yatim An...
- Info Larut Malam : Apa Itu Aplikasi Kecemasan My D...
- #marxsabu Nak Saman UM & TPM Bila Nak Saman Penyeb...
- Dulu Caj Astro, Kini Caj 6% Prepaid... BN Nak Mena...
- TERKINI : Mat Sabu Buat Laporan Polis Dakwa Diania...
- HOT : Exco PAS Kelantan Bergaya Dengan Kereta Mewa...
- Kakitangan Imigresen Merungut Kebajikan Mereka Ter...
- Al-Fatihah : Remaja Barah Tulang Kronik Yang Impik...
- Cukai Prepaid 6% : PM Terpaksa Setel - Rais Yatim...
- #marxsabu : Pakatan Rakyat Mula Akui Mat Sabu Liab...
- [Video] : Bekas Perajurit Gempur Ibu Pejabat PAS -...
- HOT : Selepas Karpal Singh, Tunku Abdul Aziz Pula ...
- Mat Sabu Berani Berforum Tapi Takut Berdebat Denga...
- Tiga Pegawai Polis Buat Laporan Menafikan Dakwaan ...
- HOT : ADUN Kota Alam Shah Manoharan Malayalam Pers...
- Al-kisah Gani Patail, Nazri Aziz dan Hishamuddin S...
- Hishamuddin & Waris Pejuang Bukit Kepong Patut Sam...
- Magik DAP di Pulau Pinang - Pengundi Cina Lebih Ra...
- HOT : Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Bakal Dibunuh...?
- Al-Fatihah Buat Noramfaizul Mohd Wartawan BERNAMA ...
- Mat Sabu, ISA, Hishamuddin dan KDN...
- Kenyataan Media KDN Berhubung Keputusan Mahkamah T...
- PAS Hanya Sasar 60 Kerusi, Bukti PAS Dilanda DAP P...
-
▼
September
(55)
2 comments:
Haha korek video Tok Najib bro? Buku Jinggay tu janji kosong je. Mana boleh laksanakan janji2 dlm tu. Ingat rakyat bodoh ke ape dorang?
Mantap bro!
Post a Comment