NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, August 3, 2011

UPDATE : Malaysiakini Pembohong Mismah BUKAN PENGUNDI



Kecoh pasal si Mismah yang kononnya diberikan warganegara dalam masa 4 jam. Selepas dapat status warganegara, Mismah yang pada awalnya memilik IC Merah (PR) dikatakan sudah didaftarkan sebagai pengundi. 



Malaysiakini menyebut Mismah merupakan pengundi berdaftar yang baru. Bermakna Malaysiakini menggambarkan bahawa Mismah telah pun bergelar pengundi yang sah!

Semakan saya melalui semakan secara talian melalui laman web SPR mengeluarkan hasil berikut :


Semakan saya mendapati status Mismah yang memiliki kad pengenalan bernombor 640704-71-5238 adalah 'PERMOHONAN YANG SEDANG DIPROSES".

Ini bermakna mengikut rekod SPR Mismah bukanlah pengundi berdaftar sebagaimana digambarkan oleh Malaysiakini. 

Saya tidak berpuas hati di situ, saya membuat semakan kedua melalui SISTEM SEMAKAN PEMILIH BAGI ISI RUMAH. 

Rekod Mismah yang dikatakan Malaysiakini telah berdaftar sebagai pemilih menunjukkan bahawa rekod berkenaan  'TIADA DALAM DAFTAR PEMILIH' .


Ini bermakna laporan Malaysiakini yang mengatakan bahawa individu bernama Mismah ini telah pun sah menjadi pengundi merupakan satu pembohongan jahat dan bersifat menyerang SPR bertujuan untuk menguatkan sokongan rakyat kepada kempen Bersih 2.0 yang digerakkan mereka.

Semakan pertama menunjukkan pendaftaran pemilih di bawah nama Mismah dikatakan 'DALAM PROSES' bagi saya tiada salahnya jika benar Mismah telah pun menerima  status warganegara dan itu menjadi hak dia untuk berdaftar sebagai pemilih.

Cuma persoalan yang perlu dijawab oleh JPN adalah, benarkah Mismah menerima status warganegara dalam masa 4 jam sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini.

Mengikut undang-undang biasanya proses memohon status kewarganegaraan biasanya memakan masa 6 bulan atau lebih.

Malaysiakini kata Mismah pengundi berdaftar yang sah mengikut rekod SPR tidak benar!!

Malaysiakini juga tidak jujur dalam melaporkan berita mereka kerana permohonan warganegara ada beberapa jenis permohonan yang mana masa pemprosesan sesuatu kelulusan adalah berbeza :


BIL. JENIS PERMOHONAN TEMPOH PERMOHONAN DIPROSES
1.


 Permohonan Lengkap Pengesahan Taraf Warganegara

Permohonan Pengesahan Taraf Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya
6 bulan
2.







Permohonan Warganegara
Permohonan untuk menjadi Warganegara Malaysia diproses dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat sebelum dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri untuk keputusan.
Nota:
Tempoh 12 bulan tidak termasuk kes-kes yang perlu dirujuk kepada agensi-agensi lain dan tempoh untuk mendapat keputusan dari Kementerian Dalam Negeri serta proses pengeluaran Sijil.

12 bulan
3.


Permohonan Lengkap Pelepashakan Kewarganegaraan
a) Permohonan Pendaftaran Akuan Pelepasan Kewarganegaraan yang diterima di kaunter Ibu Pejabat JPN Putrajaya, diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
14 hari bekerja
b) Permohonan Pelepasan / Penolakan Kewarganegaraan yang diterima di Konsul di luar Negeri dan JPN Ibu Negeri diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya
30 hari bekerja
4.


Gantian Sijil Warganegara
Permohonan gantian Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
14 hari bekerja
5.


Cabutan Sijil Warganegara
Permohonan cabutan Sijil Warganegera diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
5 hari bekerja
6.


Carian Sijil Warganegara
Permohonan keputusan carian Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
7 hari bekerja
7.


Salinan Sah Sijil Warganegara
Permohonan salinan sah Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
3 hari bekerja
8.


Pindaan Butiran Sijil Warganegara
Permohonan pindaan butiran Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
14 hari bekerja
9.


Cabutan Sijil W (Kelahiran Luar Negara)
Permohonan cabutan Sijil W bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara diproses dan diselesaikan dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
1 hari bekerja


Melalui carta di atas permohonan yang bagaimana agaknya dimohon oleh Mismah?

JPN tunggu apa lagi, korek la rekod kamu. Segala fail, borang dan sebagainya yang melibatkan Mismah dedahkan kepada umum.

Jangan biarkan Malaysiakini meneruskan agenda jahat mereka!


edit** 7.01 a.m : Nanti kita cuba dapatkan maklumat bilakah tarikh Mismah mengisi borang dan menghantar  permohonan taraf kewarganegaraannya. InsyaAllah...


YY : Hairan Mismah ni tidak disertakan sekali status bin, binti atau a/k, a/l, a/p?

24 comments:

Anonymous said...

wwooiii admin bangang!! apa ke bodo sangat ko ni? mmg la mismah ni bukan pengundi yg sah lagi tapi org ckp kenapa org IC MERAH bole ada dlm pndaftran SPR? knpa sblh PAGI IC MERAH, bila PETANG tukar jadi BIRU? BANGANG! SENGAL! ko skola habis tak?

Yuseri Yusoff said...

Rileks lah.. jgn marah... kita tengok Mismah ni wujud ke tidak.. :)

balie said...

camner diorang leh tahu pasal mismah nie.. itu lagi yg aku pelik.. mismah berak kul bape.. malaysia kini check gak ke.. bulan puasa nie. kurangkan mengata la.. berdosa.. pikir lah secara resional.. kalau dah pakatan penipu rakyat.. penipu gak.. ada je cara dia.. betulkan dulu yg tipu2 dalam puak2 pembangkang tu.. lagi jelas nyata dan terang..

Anonymous said...

Yang aku pelik kenapa tiada nama bapak? bukankah ketika memohon kewarganegaraan dokumen ibubapa wajib disertakan sekali?

JPN dgn SPR kena jawab ni... Malaysiakini bukan boleh percaya sangat.

Anonymous said...

anon 630am..ko ckp tak istiqamah lgsg...sedap ja ckp org bangang....seoga allah turunkan azab pd ko...ko dosa dgn allh blh ampunkan ( kalu kos empat taubat la)..dosa dgn manusia..ko jawab la d akhirat...

nih yg ko nak marah sgt kenapa...mismah ni nenk ko ker...ko baca blk malaysiakini ko tu...tertulis..mismah ni pendaftar yg sah..bermakna korang dah sahkan dia..sdgkan benda ni masih dlm proses...klentong la....

lg 1..yg kau kepo sgt kenapa...ko takut mismah ni undi Bn ka...kalau dia undi PKR/PAS/DAP...aku raa ko sokong ja wp mismah ni di daftar atau ditukar ic biru dalam 4 minit....tolong la istiqamah dan berpada2 bila bercakap....kalau korg nak dedahkan kebenaran...biarkan org lain juga dedahkan kebenaran...korang yg nak sgt demokrasi kan.....

Yuseri Yusoff said...

Mereka risau kita dedahkan yg betul.. InsyAllah kita boleh dptkan maklumat dari JPN....


Terima kasih Anon August 3, 2011 6:48 AM.

JoN said...

anon August 3, 2011 6:30 AM
aku x pasti la apa agama ko ni tp dh trang spotlight malaysiakini spin baek pnya ko masih nk bekap tahap bangang ko ni.. len kali baca btol2 bknnya melalut cam cimpanzi x dpt pisang pat har..pe pnya bongok la ko ni....

Anonymous said...

Oh malaysiakini..
Masa PRK Galas, depa menipu kata undi dibayar..

Bukti direka reka..

Megat Panji Alam said...

tu, npe diam je tu, td melenting xpaal2, br nk g chek mlysiakini kot hahha

Anonymous said...

saya mintak maaf admin dgn maki hamun saya smlm. itu silap saya dan tak patut sy ulangi kpda sesiapa pun.

tapi haluan saya tetap berbeza dgn tuan-tuan lain disini. saya tak penah bergantung maklumat kpda 1 sumber sahaja (msiakini)..malah ada beribu lagi sumber Mismah ni kalu rajin mencari saluran. dan saya takan terus bertegang urat disini untuk mnyakinkan saudara lain tentang kepincangan skrg ni. masing2 berpelajaran.
kepada yg lain2 yg memaki hamun saya kembali, kata2 yg patut direnung kembali "Kata dulang paku serpih...?" & "Ketam mengajar anaknya berjalan betul?"
takda bezanya sgn saya kn?

Yuseri Yusoff said...

Saudara/i August 3, 2011 12:24.

Saya tidak pernah ambil hati atau menyimpan dendam dengan kenyataan berbentuk hentaman. Biasalah berbeza pendapat kadangkala emosi menguasai diri. Saya sendiri pun sama.

Tapi saya cuma persoalkan sejauh mana kebenaran malaysiakini. Kalau JPN silap saya tidak akan cover kes ni. Ini isu besar, bagi taraf warganegara dalam masa 4 jam. Saya sama sekali tidak boleh terima.

Selamat berpuasa utk saudara/i. Terima kasih sudi tinggalkan pendapat di laman blog saya. :)

Anonymous said...

Alhamdulillah.

Anonymous said...

pun begitu, kenapa ic merah boleh didaftarkan sebagai pengundi? Bukankah sistem jpn dan spr ni sistem yang berkait, jadi jika belum warganegara sepatutnya tak patut didaftarkan langsung, walaupun "masih diproses"? jika siste mereka automatik seperti yang dikatakan oleh wan ahmad dlm forum2 sebelum ni, maka ia akan automatic reject kan?

Anonymous said...

salam semua...
kes2 mcm ni terutama pd m'siakini,spatutnya beri bukti2 sahih kemudian barulah di keluarkan berita sebegini.ni main sebarang je tulis.harap2 jgn kena saman dgn pihak berkenaan nanti.kpd wartawan tersebut,etika itu perlu dlm menulis sesuatu berita.nanti kesudahan nya masyarakat tahu di mana kredibiliti akhbar anda.pelbagai andaian di buat skrg ini.jawapan nya hanya pada wartawan tersebut dan juga JPN serta SPR.

Yuseri Yusoff said...

Saudara/i August 3, 2011 1:37 PM

Jika nombor IC itu sah milik taraf permaustatin tetap. Sistem SPR takkan terima ketika proses pendaftaran.

Hendak KEY-IN nombor IC PR tak boleh dia automatik rejek.

Anonymous said...

kebenaran sebenarnya di mashyar sahaja..semua anggota menjadi saksi yang telus..Allah maha besar dan maha adil..

Anonymous said...

SPR=SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT

Anonymous said...

Pemegang Pemastautin Tetap boleh jadi Warganegara melalui kelulusan permohonan yg dibuat. Apabila dpt jd warganegara malaysia dia berhak mengundi. Yang pelik skrg nie, kat mane Malaysiakini dapat no ic misbah tue?... Dan semakan yg dibuat adakah dr data sistem JPN?..Kalu data selain dr sistem JPN xleh pakai/cth: semakan ic pemohon (website). Data sistem JPN adalah sulit!!!.. adakah k/tgn awam yg terlibat???.. nampaknya malaysiakini, k/tgn awam pun kena siasat sbb takut masing2 kena tipu nie...bala...balaa...

SitiBalqis said...

Saya ada 1 soalan. Terutamanya puak pembangkang yg tak ada isu lain nak dibangkitkan:

Sebelum saya tanya. Mari kita ambil sedikit ilmu mengenai status penduduk tetap di Malaysia ni. Penduduk tetap di Malaysia berjumlah lebih daripada 8 Juta dan kebanyakan mereka mendapat status PR dari program kebajikan yang dianjurkan oleh badan UNHCR, JAKIM, PERKIM dan sebagainya. Kebanyakan PR di Malaysia terdiri daripada kaum cina, india, dan lain2. Mereka juga terdiri daripada golongan yang cerdik pandai dan diambil oleh kerajaan untuk mereka berbakti pada negara. Seperi pelabur, ahli santis dan lain2. Mereka (penduduk tetap) berhak mendapat status penuh warganegara Malaysia (IC biru) sekiranya mereka memohon dan melalui beberapa test yang diberikan oleh kerajaan. Seperti ujian pemahaman strukture pemerintahan negara, sejarah malaysia, pemahaman tentang undang2 malaysia, tentang institusi diraja dan sebagainya yg berkaitan dengan Malaysia. Seseorang yang berstatus penduduk tetap berumur 21 tahun ke atas dan menetap di Malaysia selama lebih daripada 15 tahun, berhak mendapat status warganegara dengan syarat yang ditentukan oleh kerajaan. Oleh itu soalan saya:

1) Jika puan Mismah, mendapat IC biru dengan mempunyai syarat yang ditentukan kenapa isu ini perlu di’kecoh’kan ? Dalam article atau apa sahaja cerita mengenai puan Mismah ini, tiada bukti yang menunjukkan bahawa puan Mismah ini dapat IC ‘dalam beberapa jam’ dan mendapat kelayakan mengundi ‘dalam beberapa jam’. Tiada bukti yang menghuraikan maksud ‘beberapa jam’. Sekiranya puan Mismah layak mendapat IC biru dengan syarat yang diberikan, tak peliklah kalau puan Mismah pun boleh mengundi kerana beliau berumur 21 tahun ke atas.

Soalan saya tu jelas. beri saya 1 sebab kenapa puan Mismah tak layak mengundi? Sila jawab. Jangan terkencing dah. Orang suruh belajar rajin2 x nak, ni asyik nak bangkang je.

newkk said...

isu IC.
siapa benar, siapa bersalah.

Anonymous said...

SAUDARA DOUBLE Y..MINTA BUAT REPORT POLIS BARULAH KES INI AKAN DAPAT DI SIASAT..BUKAN SAHAJA MALAYSIAKINI,SPR,JPN JUGA AKAN DISIASAT.MUNGKIN ADA ORG DALAM YG NAK PERKENA JPN DGN SPR?MANA KITA TAHU KAN....SETAKAT INI BELUM ADA LAGI YG TAMPIL KE BALAI POLIS UNTUK MEMBUAT REPORT...

Anonymous said...

Setuju dgn Anon 4:53pm... Kakitangan yang bekerja dgn kerajaan bukan semuanya menjalankan tugas dgn BERSIH CEKAP, dan AMANAH... Ada yg menjd kakitangan kerajaan krn ada agenda tersendiri... Jika di JPN, nak bg IC pd orang2 dia, dan jgn lupa dakwaan mereka yg tidak melaporkan kematian dan menggunakan IC org lain, siapa yg blh buat hal2 ni, jk bukan org dalam? Mereka ini adalah GUNTING DALAM LIPATAN, API DALAM SEKAM, MUSUH DALAM SELIMUT yang byk memburukkn dasar2 kerajaan... Kadang2 org yg dapat KUASA akan menggunakannya utk mendapat HABUAN yg lbh dr biasa tanpa memikirkan kepentingan negara... Kakitangan2 kerajaan yg begini yg sepatutnya diBERSIHkan... Ramai yg ndak tau di untung... Marilah kita BERSIHkan hal-hal ini dgn SEGERA... Sekarang, SIAPA yang nak gi buat LAPORAN POLIS supaya perkara2 sebegini disiasat???... Warga Prihatin

Yuseri Yusoff said...

Anon August 4, 2011 4:53 PM dengan Anon August 4, 2011 5:29 PM. Cadangan saudara berdua amat-amat bernas.

InsyaAllah boleh rasanya...

Anonymous said...

ape dah besar pnya haram....Bukti mna yg mngatakan SPR x amanah?? setakat bukti yg di buat2..ceh..aisey ,akal letak kat mna...? malaysiakini mmg dah terbukti kaki kelentong,kaki putar alam,berat sebelah... dah sah2 hal murtad pun mereka duk kata JAIS yg salah... ape daa pnya puak2PR...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...