NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Sunday, February 6, 2011

Isu Nik Aziz di Cabar Debat : Kejap Budaya Islam, Kejap Bukan Budaya Islam, Umat Islam Terus di Kelirukan?

Beberapa hari lepas, ulama veteran UMNO Kelantan Ustaz Mat Noor Deris membuat cabaran terbuka dengan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.


Pada awalnya semalam Sinar Harian melaporkan bahawa Nik Aziz bersedia menyahut cabaran itu sebelum ianya dinafikan oleh portal Haprakah Daily.


Haprakah Daily melaporkan bahawa laporan Sinar Harian tersebut KURANG TEPAT. Hal ini dinafikan oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan. Laporan penafian tersebut boleh diikutinya di SINI

Hari ini, Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman mengatakan bahawa sebarang aktiviti perdebatan yang melibatkan soal akidah mesti ditolak kerana ianya bukan budaya Islam. 

Menurut dakwaan Mufti terbabit, cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu adalah melalui majlis syura atau mesyuarat dan ianya lebih baik daripada berdebat, kerana melalui debat ianya akan mengaibkan pihak yang kalah.

Beliau juga berkata :

Dalam al-Quran tidak ada perdebatan, cuma sekiranya ada sebarang ketidaksefahaman terutamanya melibatkan isu-isu akidah atau apa jua isu berkaitan Islam, cara terbaik adalah melalui majlis syura kerana ia lebih mudah dibincangkan berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah,”

Laporan kenyataan Mufti Pahang boleh dibaca di laman Sinar Harian

Ok kita terima pandangan yang dibuat oleh Mufti Pahang ini, kerana siapalah kita dan tinggi manalah ilmu agama kita ini, kalau hendak dibandingkan dengan seorang Mufti.

Akan tetapi, lain pula dakwaan Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Malaysiakini. Nik Aziz berkata Islam tidak melarang umatnya berdebat untuk mencari kebenaran dalam soal agama, malah ianya digalakkan asal meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai orang tengah.

Laporan kenyataan Nik Aziz berhubung cabaran debat ini boleh diikutinya di SINI


Persoalannya :

Kedua - dua individu ini adalah orang yang bijak pandai dalam ilmu agama. Akan tetapi kedua-dua individu ini memberi perjelasan yang agak berbeza.

Di mana seorang mendakwa perdebatan berhubung soal akidah adalah bukan budaya Islam, manakala Nik Aziz mendakwa debat mencari kebenaran berhubung soal agama ianya digalakkan dalam Islam.?

Tidakkah kedua-dua individu ini fikir bahawa kenyataan yang dibuat oleh beliau boleh mengelirukan umat Islam?

Umat Islam hari ini terus menerus dikelirukan oleh golongan yang bijak pandai dalam agama?

Kata-kata siapa yang kita harus terima pakai dalam isu ini, kata-kata seorang Mufti atau kata-kata seorang Tok Guru?



Komen anda...?

6 comments:

tukangtibai said...

belum ada sapa2 yang betul2 berani sanggah kata TGNA ni... setakat keluar kenyataan di akhbar belum cukup, tiada tindakan kukuh nak hentikan semua tu...dalam pada kita dok kata jangan kuar statement2 merapu, makin banyak dia kuarkan lagi...sebab dia tau, pasti akan ada orang backup kenyataan2 dia.

Adakah Majlis Raja2 + Majlis Fatwa Kebangsaan akan terus berdiam & biarkan umat Islam di malaysia terus dikelirukan dengan benda-benda begini?

Anonymous said...

berdebat bukan budaya Islam tapi di Kuala Kangsar baring tengah jalan halang kederaaan di raja Perak budaya ayah dia ke?

Anonymous said...

Tak payah debat dengan Nik Ajis yang semakin nyanyuk tuu.... Lagi banyak dia bercakap..., lagi bergoncang PAS...

Anonymous said...

sape Nik Ajis nk debat ngan mufti?...Nik Ajis tu bekas guru kemas je !! tu pn nasib UMNO nk amik dia jd guru agama dlu...mane degree dia nk kluar fatwa pasal debat?klu brani debat la ngan Dato Harun Din !!

Anonymous said...

Saya sebagai umat Islam sudah lama terkeliru serta dikelirukan oleh manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai ustaz/ahli agama, mufti mahupun Tok Guru.

Saya juga sudah lama malas nak pergi dengar ceramah di masjid. Saya kadang2 rasa tertipu dan diperbudak-budakan. Tetapi saya masih lagi waras dan rasional tidak meyalahkan Islam sebagai penyebab timbulknya masaalah sebegini. Segala kegagalan umat Islam adalah dari kesilapan penganutnya.

Pada ustaz dan ahli agama yang terus menerus menyelewengkan agama untuk kepentingan politik masing-masing, teruskanlah sampai semua umat Islam di Malaysia ini jadi dunggu dan kelabu asap. Kepada yang sanggup diperbodohkan, tahniah! semoga nikmat syurga menanti anda semua.

Bagi saya, Allah maha kaya dan saya tunduk hanya kepada Nya. Nak debat ke atau tidak, apa aku mesti peduli? Persetan dengan orang agama yang nampak macam percaya tapi sebenarnya tidak yakin dengan janji2 Allah.

Anonymous said...

Masih boleh pakai ke Nik Aziz nih??? Hormon dalam tubuh badan dia tidak pernah stabil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...