Wednesday, January 5, 2011

RAIS YATIM MENAFIKAN DAKWAAN BELIAU MEROGOL.


Hari ini saya difahamkan Chegubard membuat laporan polis di IPD Seremban berhubung dakwaan sebuah laman blog bahawa terdapat kes menteri kabinet yang dikatakan merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007.

Selepas itu laman rasmi pembohong Suara Keldaian melaporkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sam Kemetot yang mendesak Rais Yatim tampil untuk menafikan dakwaan terbabit.

Atas desakan itu maka Datuk Seri Utama Rais Yatim tampil menafikan bahawa beliau pernah terbabit dalam kes ini sebagaimana di laporkan di Malaysiakini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, menafikan dakwaan laporan blog dan parti pembangkang terhadapnya, termasuk dakwaan memperkosa.

"Saya nafikan dakwaan berkenaan, sama ada mengenai pemerkosaan mana-mana individu empat tahun lalu (2007) atau dakwaan lain yang ditimbulkan oleh bloger di Internet ataupun entiti politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Rais menyifatkan perkara itu sebagai “tuduhan liar” terhadapnya sejak akhir-akhir ini di blog dan oleh parti pembangkang yang penuh dengan kenyataan fitnah dan penipuan jahat.

MalaysiaKini 

Benda yang tiada sebarang bukti, hanya bergantung kepada laporan Migrant Care nak desak orang letak jawatan apahal?

Tadi desak Datuk Seri Rais tampil menafikan dakwaan terbabit, sekarang beliau dah muncul serta menafikan dakwaan yang dibuat.

Lepas ni apa lagi permainan mereka untuk terus menerus melakukan fitnah terhadap menteri kerajaan? Apa lagi  'game plan' orang tertentu untuk terus melakukan fitnah terhadap Menteri yang paling berbudi bahasa ini? 

.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-