Thursday, January 6, 2011

Tuanku Sultan Perkenan, Kenapa Khalid Masih Berdegil?

Hari in Tuanku Sultan Selangor ternyata kesal dengan sikap setengah pihak yang mempolitikkan isu perlantikkan SUK Selangor Dato Khusrin.

Tuanku Sultan Selangor juga bertitah bahawa perlantikkan Dato Khusrin adalah mengikut prosedur serta yang telah ditetapkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan.

Laporan penuh titah Tuanku Sultan Selangor disiarkan di Malaysiakini

Namun apa yang mendukacitakan adalah, Menteri Besar Selangor iaitu Khalid Ibrahim ternyata masih berdegil dan keras kepala kerana dalam laman twitter nya beliau menyatakan bahawa Dato Khusrin tidak akan dibenarkan mengangkat sumpah di hadapan beliau.


Kenapa regim Khalid begitu takut dengan perlantikkan Dato Khusrin? Bagi saya mereka takut dengan perlantikkan ini kerana bimbang Dato Khusrin tidak dapat beri kerjasama dengan projek-projek gelap mereka.

Projek-projek ini merangkumi projek pasir, balak, rumah-rumah urut. Kita sedia maklum PKR bukan hendak tolong rakyat pun, mereka hanya mementingkan poket sendiri.

Dengan kemasukkan Dato Khusrin mungkin segala usaha mereka untuk mengaut segala kekayaan negeri Selangor akan gagal. Ini kerana SUK berkuasa untuk menafikan segala kelulusan yang dibuat oleh Menteri Besar.

Jelas Khalid Ibrahim adalah seorang Menteri Besar yang derhaka kepada Tuanku Sultan kerana kerana walaupun beliau hadir dalam majlis angkat sumpah sebentar tadi, Khalid ternyata masih keras kepala kerana terlalu banyak mengikut telunjuk cina DAP.

Dalam kenyataan bertulis yang diedarkan Khalid tetap mengatakan bahawa isu perlantikkan SUK adalah belum MUKTAMAD.

"Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan SUK belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana,"

“Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan. "
Tuanku Sultan menitahkan perlantikkan ini mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan Perlembagaan, tetapi Khalid masih katakan  perlantikkan ini membelakangkan Perlembagaan.? Dah gila agaknya Khalid ni?

Siapa agaknya yang dok cucuk Khalid ini? Sampai begitu sekali mereka takut dengan Dato Khusrin?

SAH!! KHALID SUDAH DERHAKA PADA SULTAN SELANGOR!

1 comment:

  1. penderhaka pada sultan patot dinyahkan dari selangor tu,tak guna penderhaka memerintah

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-