Saturday, January 8, 2011
PBT Selangor di Jadikan 'Balaci' Untuk Kempen Kumpul Tandatangan Selamatkan Air Selangor?
Isu air di negeri Selangor nampaknya masih tidak berkesudahan, saya menerima berita bahawa kerajaan Negeri Pakatan Haram sedang menjalankan kempen mengumpul tandatangan kononnya untuk selamatkan air Selangor.
Mereka menggunakan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengumpul tandatangan di sekitar pasar malam sekarang ini. Kempen ini digerakkan oleh PBT atas arahan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim.
Sebenarnya tuan-tuan yang budiman, isu air di Selangor adalah antara Syabas dan Kerajaan Negeri Selangor, kerajaan pusat saya difahamkan tiada bidang kuasa terhadap isu air.
Maklumat yang saya terima juga mengatakan bahawa kerajaan Negeri Selangor sebenarnya sudah tiada duit untuk membayar hutang 20 m3 air percuma kepada pihak Syabas. Kantung kerajaan negeri Selangor sebenarnya sudah kontang.
Jadi program mengumpul tandatangan ini sebenarnya adalah propaganda mereka untuk menutup kelemahan pentadbiran mereka daripada rakyat Selangor. Saudara kena faham sungai sekarang sudah tercemar dan kos untuk merawat air juga meningkat.
Lihatlah wahai rakyat Selangor, gara-gara perlaksanaan yang tidak bijak, program Tabung Budi anjuran Syabas dengan tujuan untuk membantu golongan yang susah pun mereka cuba lenyapkan.
Untuk rakyat Selangor, saya sarankan 'Boikot' kempen yang cuba digerakkan mereka ini, kalau mereka nak tandatangan tuan-tuan, minta rm1000 untuk satu tandatangan.
Saya akan cuba dapatkan maklumat lanjut dari pihak Syabas berhubung kes ini, InsyaAllah jika tiada aral melintang saya akan buat laporan lanjut berkenaan isu Syabas dengan kerajaan Negeri Selangor.
Baca juga tulisan presiden 4Justice saudara Anuar Basiran
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-