Sunday, January 9, 2011

Isu SUK Selangor : Satu Pencabulan Kepada Profesionalisma Perkhidmatan Awam.


Ketika blog ini ditulis,kemelut perlantikan SUK Selangor masih lagi berlangsung di negeri saya tercinta,Selangor.

Datuk Mohamad Khusrin Munawi- SUK Negeri Selangor yang merupakan seorang penjawat awam persekutuan dalam skim PTD kini menjadi tumpuan ramai rakyat Malaysia,tak kira sama ada rakyat DYMM Sultan Sharifuddin ataupun negeri lain.

Kemelut bermula apabila Tan Sri KSN mengumumkan perlantikan Datuk Khusrin sebagai SUK yang baru selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor. Dan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak mengetahui akan hal tersebut sehingga kini menentang pilihan Sultan dengan pelbagai alasan yang dikira remeh dan bertentangan dengan Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Tindakan beliau yang menghalang SUK untuk turut sama dalam mesyuarat exco menunjukkan betapa 'marahnya' beliau terhadap keputusan tersebut. Sumber-sumber menyatakan bahawa Datuk Khusrin yang dikenali sebagai penjawat awam yang tegas, berprinsip dan taat kepada Sultan Selangor tidak beberapa digemari oleh MB dan pimpinan DAP kerana ketegasan beliau dalam isu-isu semasa beliau menjadi Pengarah MAIS. Selain itu juga, ada cakap-cakap bahawa salah seorang Y.B di Selangor inginkan saudara dekatnya menjadi SUK.

Pelbagai persolan timbul di benak semua orang pada ketika ini,tetapi pada pandangan saya, kerajaan negeri Selangor yang terkenal dengan sikap 'semua dipolitikkan' akhirnya memakan diri sendiri. Pada ketika ini,satu demi satu kelemahan mereka dalam pentadbiran semakin terserlah.

Begitu juga dengan beberapa isu lain seperti isu pasir, isu masjid yang dipolitikkan,percambahan rumah urut dan sebagainya sehinggakan DYMM Sultan sendiri amat sedih dengan keadaan yang menimpa negerinya. Ditambah lagi dengan krisis terbaru yang melanda ini menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk lagi di Negeri terkaya di Malaysia.

Isu ini sebenarnya boleh dianggap selesai sekiranya MB menerima ketetapan bahawa kuasa melantik SUK bukan ditangannya. Ianya adalah kuasa Sultan. Begitu juga dengan peranan JPA dalam soal ini yang menjalankan tugas pentadbiran perlantikan SUK yang baru secara bebas dan tidak dipengaruhi tekanan politik.

Malangnya, seperti yang selalu keluar dari mulut orang tentang Pakatan Rakyat ini: 'Orang mati pun dia akan politikkan' maka apatah lagi Datuk Khusrin yang masih hidup ini menjadi mangsa politiking murah kerajaan Negeri.

Apa yang lebih malang, dek kerana terlalu sibuk berpolitik, MB Selangor teepas pandang perlantikan SUK baru ini,sedangkan jika mengikut amalan biasa- penggantian pegawai selalunya dibuat sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum pegawai sedia ada tamat tempoh.

Ini adalah antara kelemahan ketara Kerajaan Negeri Selangor. Perkara ini juga seharusnya dapat diselesaikan dengan murni sekiranya MB mempunyai hubungan baik dengan DYMM Sultan dan sentiasa merujuk dengan DYMM mengenai hal-ehwal negeri dan tidak terlalu mengikut telunjuk DAP, terutamanya dalam urusan-urusan pentadbiran dan hal ehwal Islam dan Melayu.

Sebagai seorang penjawat awam yang bebas, patuh kepada arahan DYMM Sultan, kuat pegangan agama- pastinya kita dapat mengagak siapa sebenarnya di belakang MB Selangor yang menolak sekeras-kerasnya perlantikan Datuk Khusrin. Pastinya salah sebuah parti ultra-kiasu sebagai parti komponen terbesar Pembangkang di Parlimen manjadi dalangnya.

Malah jika dilihat dalam sidang akhbar MB pun,pemimpin kanan bertaraf exco ini akan sentiasa berdiri disebelah MB untuk memastikan MB Selangor bercakap mengikut apa yang diarahkannya. Congaknya sangat mudah, sehinggakan ada wakil rakyat Melayu yang sanggup 'mengisytiharkan' perang kepada DYMM Sultan Selangor demi mempertahankan parti ultra kiasu tersebut.

Seharusnya sebagai penjawat awam kita perlu bebas daripada politik, tetapi tidak bermakna kita tidak boleh menjadi 'politically-sensitive'. Dengan keadaan politik negara yang kucar-kacir pada ketika ini, maka penjawat awam perlu memastikan bahawa kepentingan negara ini sentiasa terpelihara daripada anasir-anasir yang boleh merosakkan negara.

Marilah kita sama-sama berdoa agar professionalisme penjawat awam di negara ini terus terpelihara dan sentiasa ingat, 'siapa yang akan mempertahankan perkhidmatan awam ini jika bukan penjawat awam itu sendiri'

Ptd-Kokak: Raja Adil Raja Disembah, Parti Adil pastinya disanggah..hahaha...

Sumber : ptd-kokak

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-