Polemik novel Interlok masih  berterusan di mana desakan golongan tertentu yang mahukan  novel  Interlok diharamkan daripada diangkat sebagai salah sebuah novel  untuk  komponen sastera dalam Bahasa Malaysia Tingkatan Lima bermula  tahun  ini. Ini disebabkan golongan-golongan berkenaan mendakwa novel berkenaan  mempunyai elemen-elemen yang menghina kaum India di negara ini. 
Terbaru Ahli parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud telah menghadiri demonstrasi kira-kira 100 penduduk India sambil membakar novel karangan Sasterawan Negara Datuk Abdullah  Hussain di Dewan Sentosa Majlis Perbandaran Klang. 
Namun Dr Mariah telah berjaya memutar belitkan penglibatan beliau dengan demonstrasi pembakaran itu dengan memberi alasan sebagai, "menunjukkan kebersamaan ketika mereka memerlukan pemimpin".
Penulis melihat isu Interlok ini  sebagai bukan satu penghinaan kepada mana-mana kaum sebaliknya merupakan  realiti tentang apa yang berlaku pada zaman berkenaan. Apakah Kaum  Hindu di Malaysia mahu mengatakan bahawa kasta-kasta ini dicipta oleh  bangsa-bangsa lain di Malaysia terutama Bangsa Melayu. Bukankah  kasta-kasta ini telah wujud turun temurun seperti 5 kasta berikut:
1. Brahmin
2. Ksatriya
3. Vaisya
4. Sudra
5. Pariah
Apakah  sahabat-sahabat India saya  ingin menafikan tentang kewujudan kasta-kasta  ini di dalam adat dan  agama mereka atau adakah gelaran-gelaran kasta ini hanya sah  dipergunakan di negara India sahaja. Adakah AGAMA  HINDU ORANG INDIA di  INDIA tidak sama dan berlainan dengan AGAMA HINDU  ORANG INDIA di  MALAYSIA? 
Oleh itu apalah pula dosa novel  Interlok yang  mengangkat martabat Maniam di dalam novel berkenaan.  Sudahkah sahabat-sahabat INDIA saya yang di MALAYSIA membaca dan  memahami isi  kandungan dan jalan cerita novel berkenaan? 
Salahkan Datuk Abdullah memberi fakta bahawa golongan Paria telah dibawa memasuki Tanah Melayu oleh Inggeris untuk menjadi buruh kereta api atau buruh di ladang getah. Datuk Abdullah tidak membohongi fakta sejarah dengan mengatakan bahawa dalam kapal itu bersesak-sesak golongan Brahmin atau golongan Ksyatria.
Kepada sahabat-sahabat India saya jangan terjebak dengan politik murahan yang hanya mahu memecah belahkan perpaduan yang telah lama kukuh dan stabil ini.
Saya meminta agar semua pihak membuat renungan yang rasional dan ilmiah. Buatlah satu rumusan dan menghayati teks sastera dalam konteks wacana sosio budaya dan sejarah dan bukan berdasarkan sentimen politik yang sempit.
Sumber : Cucu Tok Selampit
Double Y kata : Kenapa selepas 40 tahun baru nak bantah? Siapa dalang yang menghasut orang India ini? Kenapa tidak bantah 40 tahun yang lepas? Yang dok bakar karya ini tempoh hari sudah baca sampai habis ke belum isi kandungan yang cuba disampaikan oleh Datuk Abdullah  Hussain? 

2 comments:
salam ,
interlok karya hebat 1 malaysia !!!
mohon pautkan blog saya, saya sudah puat dan follow anda. tq
http://ketanggalangit.blogspot.com
Wasalam Tangga Langit.
Ok saya akan pautkan blog saudara. Terima kasih kerana sudi singgah ke teratak hamba.
Post a Comment