Friday, December 10, 2010

Mengejutkan DAP Perak Kaut Konsesi Balak Bernilai RM21.5 Juta?

IPOH 8 Okt. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat surat layang yang dipercayai tersebar luas di kalangan pemimpin DAP negeri berhubung tuduhan rasuah membabitkan konsesi balak melibatkan sejumlah RM21.5 juta sepanjang hampir setahun pakatan pembangkang memerintah negeri ini.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata, isu yang melibatkan salah guna kuasa harus diketengahkan kerana rakyat ingin tahu perkara sebenarnya yang berlaku.
“Mungkin ia datangnya daripada mereka tidak merasa puas hati ekoran masalah konflik dalaman parti sedia ada.

“SPRM harus menyiasat perkara tersebut secara telus dan bersih kerana rakyat ingin penjelasan terhadap dakwaan tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Surat layang yang tidak bertarikh mahupun ditandatangani itu berkemungkinan digunakan sebagai ‘senjata serangan’ antara pecahan kumpulan DAP untuk bersaing menjelang pemilihan parti DAP pada 14 November depan.

Surat bertajuk ‘Apa yang terjadi kepada RM21.5 juta yang disumbangkan pembalak untuk konsesi pembalakan?’ itu dipercayai diedarkan kepada 19 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan enam Ahli Parlimen DAP itu turut disertakan senarai kesemua syarikat yang diberikan nombor lot untuk pembalakan serta peruntukannya.

Baca selanjutnya di UMNO Online

Jadi apa tindakan SPRM terhadap isu ini? ada kertas siasatan dibuka atau tidak setakat dua hari berita ini tersebar? Rakyat serta penduduk Perak ingin tahu kesahihan surat layang yang disebarkan.

Kalau SPRM hendak siasat kes ini, saya harap segala tingkap serta jendela ditutup rapat, kita tidak ingin lagi sebarang kes 'terjun' berlaku lagi selepas ini.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-