Tuesday, December 21, 2010

Keluar Parti Lagi.. Petanda PKR Hampir Mampos?


Petang tadi kita dikhabarkan dengan seorang Timbalan Pengerusi PKR Sabah Awang Ahmad Sah Awang Sahari bertindak keluar parti kerana dakwanya tiada amalan demokrasi sebenar diamalkan dalam parti itu.

Terkini dimaklumkan 50 ahli PKR di Parlimen Puchong (BK6) yang diketuai oleh Sdr. Azhar Bin Musa mengumumkan keluar parti kerana tidak percaya lagi dengan kepimpinan Anwar Ibrahim.

Menurut Azhar mereka yang mengikutinya keluar parti akan menyertai Barisan Nasional dan memberi sokongan penuh kepada BN selepas ini.

Nampaknya sudah boleh jika PKR hendak menyediakan 'kapan' sebelum kita bertindak membaca 'talkin'. Syabas dan tahniah kepada semua bekas ahli PKR yang sudah sedar akan pembohongan manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

Apakah ini tanda-tanda awal bahawa parti PKR yang dilahirkan di jalanraya akan berkubur atau dalam bahasa yang lembut, akan MAMPOS!?

1 comment:

  1. Apa nak buat...
    Anwar kan tsk suka KATAK.
    Dia lebih suka KARIPAP !

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-