Tuesday, December 21, 2010

Memang Wajar MP Pembangkang di Gantung!


Hari ini saya membaca kenyataan yang dibuat oleh koordinator Anwar Ibrahim Club (AIC) saudara Hasaini Mohamed yang disiarkan oleh Suara Keadilan, beliau berkata bahawa penggantungan 4 MP Pembangkang baru-baru ini merupakan satu langkah terakhir regim BN untuk terus berkuasa.

Dalam laporan itu juga beliau mengatakan bahawa Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia adalah 'sebuah boneka yang dilacurkan' untuk menjayakan kehendak UMNO/BN. Melalui tindakan penggantungan ini juga katanya merupakan satu langkah UMNO/BN untuk menguasai 2/3 majoriti parlimen supaya memihak kepada UMNO/BN. Laporan ini ada disiarkan di SINI

Tapi malang sekali si koordinator AIC ini tidak menjelaskan kenapa dengan mengapa tindakan sedemikian diambil oleh Speaker ke atas MP-MP idola mereka. Jika saudara pembaca membaca Berita Harian hari ini laporan kewajaran penggantungan ini ada disiarkan di halaman 10 dimana seorang penganalisis politik iatu Encik Ahmad Atory Hussain mengatakan bahawa penggantungan ini wajar demi menjaga institusi lambang demokrasi negara.

Malah sejak tahun 2008 dua ketua pembangkang BN masing-masing di Pulau Penang dan Selangor digantung manakala Menteri Besar Perak dengan enam exconya pernah berhadapan dengan tindakan yang sama, malah ada 12 lagi wakil rakyat BN di peringkat DUN yang digantung serta elaun dipotong.

Kes penggantungan Anwar Ibrahim yang dikatakan dikenakan sewenang-wenangnya, beliau berpendapat dengan sikap Anwar Ibrahim yang tidak berdisiplin dan tidak berhemah ketika berbahas, adalah wajar tindakan tegas dikenakan terhadap beliau.

Penganalisis politik ini juga berkata 'kita tidak perlukan pemimpin politik sepertinya di negara ini'. Sebenarnya perkara ini sengaja dilakukan oleh MP-MP PR ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa tindakan BN adalah kejam, walhal Anwar Ibrahim sudah diberikan masa yang cukup untuk membela diri serta mengemukakan bukti mengenai kaitan APCO dengan 1Malaysia.

Jadi kenyataan yang dikeluarkan oleh Anak Ikan Club atau nama samaran Anwar Ibrahim Club (AIC) merupakan satu kenyataan bodoh, yang hanya melihat kepentingan sebelah pihak, yakni kepentingan peribadi Anwar Ibrahim semata-mata.

Kesimpulannya, penggantungan mereka ini adalah kerana mereka mempunyai masalah disiplin serta gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan bukannya isu politik sebagaimana di war-warkan oleh mereka.

Lain kali berhujah dan berbahas la dengan cara elok, orang bagi masa membela diri kau gunalah sebaik mungkin. Ini tidak.. Dasar Munafik!! Ntah ada ke tidak bukti APCO tu. Kerana setahu saya APCO telah menghantar surat kepada jawatankuasa parlimen menafikan pembabitan syarikat itu dalam membantu kerajaan membuat dasar sebaliknya mereka hanya meningkatkan mutu perkhidmatan komunikasi sahaja.

Usahlah berbohong lagi wahai pencacai-pencacai Anwar, rakyat Malaysia tidak BODOH!!

1 comment:

  1. AAAHHH DIORANK NI TAU PERLEMBAGAAN NEGARA TP SAJE X NAK AMIK PORT DGN ALASAN NAK MENGHALALKAN CARA. KLU BLEY DIORANG NAK GULINGKAN KERAJAAN IKUT PINTU BELAKANG. MAKLUM LAA ANUWAR KAN SKE MAIN BLAKANG! KEHKEHKEH

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-