Wednesday, December 22, 2010

Terkini : Logo 1Malaysia di Haramkan di Selangor?


Pagi ini saya menerima banyak pesanan di BBM saya yang mengatakan bahawa kerajaan Negeri Selangor akan MENGHARAMKAN sebarang penggunaan logo 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak.

Logo yang mencerminkan rakyat Malaysia saling bekerjasama,bermuafakat,berdikari, berfikir dan menghayati satu misi untuk membina satu bangsa ini dilihat menjadi satu 'trauma' yang besar nampaknya di kalangan parti Pakatan Haram.

Kenapa mereka begitu 'trauma' dengan logo 1Malaysia yang cuba diterapkan oleh DS Najib ke dalam diri semua bangsa Malaysia walhal gagasan yang diilhamkan oleh DS Najib ini adalah gagasan yang bersandarkan kepada Perlembagaan Malaysia.

Gagasan 1Malaysia juga menekankan pendekatan di mana kerajaan membantu semua kaum dan golongan yang memerlukan bantuan agar tiada siapapun merasa bahawa mereka telah dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan Negara..

Maka adalah menjadi tanggungjawab masyarakat tanpa mengira fahaman politik untuk membantu usaha meningkatkan perpaduan kaum dan mengajurkan gaya hidup yang harmoni di antara semua kaum di Malaysia.

Nampaknya Pakatan Haram sudah mula melihat kejayaan slogan atau gagasan 1Malaysia ini, maka dari sini bermulalah idea ala-ala gestapo yang cuba untuk MENGHARAMKAN sebarang penggunaan logo ini bermula di Selangor.

Sungguh aneh sekali, mereka melaung-laungkan demokrasi, kononnya mereka mengamalkan demokrasi yang sebenar tapi dalam masa yang sama mereka bertindak macam diktator, iaitu hanya mereka yang berhak mengeluarkan sebarang 'suara' tetapi tidak rakyat.

Berhubung dengan isu PENGHARAMAN ini saya difahamkan ada satu bantahan di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting pada pagi ini.

Dengan LOGO 1MALAYSIA pun kau takut ke?? Bahlul!

5 comments:

  1. SEPATUTNYE PAKATAN HARAM TU YG WAJIB DI HARAMKANN SBB DAH LANGGAR PERLEMBAGAAN!! KEHKEHKEH HARKKKK PTUIHH

    ReplyDelete
  2. Di mana demokrasi dan kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh pakatan rakyat..rupanya memperjuangkan demokrasi, kebebasan bersuara dan bermacam-macam lagi kebebasan yang di laung-laungkan oleh pakatan rakyat seperti yang diputuskan dalam konvensen pakatan rakyat baru-baru ini hanya laungan kosong. Tidak hairanlah jika janji 100 hari juga bakal menerima nasib yang sama janji tinggal janji. Memang pakatan tidak boleh dipercaya

    ReplyDelete
  3. ini ke demokrasi dan kebebasan media yang selalu dijerit oleh berok berok pakatan?

    dah sah berok berok ni semua haprak. kalau dah berok memang berok lah juga.

    ReplyDelete
  4. cakap la apa pun penyokong tegar pakatan haram tak kan berubah punya

    ReplyDelete
  5. Cuma tindak balas dari pihak PKR terhadap BN rentetan kes DSAI digantung 6 bulan dari menghadiri sidang Parlimen kerana isu ’1Malaysia Vs Apco Vs 1Israel’ yang mana pihak DSAI tidak dapat membuktikan tuduhan seperti yang digembar-gemburkan. Hanya negeri yang dikuasai oleh PKR sahaja yang melarang pengunaan Logo tersebut.

    Satu tindakan yang paling BODOH dibuat oleh PKR, salah strategi politik. Jika benar, kenapa tidak semua Logo yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan (BN) tidak diharamkan seperti Wawasan 2020 & etc.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-