Wednesday, December 8, 2010
PANAS : AnuWar Penyebab Nik Aziz Tenat??
Hari ini kita dikhabarkan dengan berita bahawa Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz sakit tenat dan dibawa dengan ambulans malam tadi kerana dipercayai sesak nafas. Berita ini turut disiarkan oleh ramai blogger pro BN.
Saya tertanya-tanya adakah Nik Aziz sakit disebabkan kenyataan PAS bahawa untuk menjawat jawatan TPM seseorang itu haruslah memeluk islam terlebih dahulu tidak dipersetujui oleh Anwar Ibrahim sebagaimana dipaparkan oleh Sinar Harian?
Nampaknya PAS selalu dipinggirkan dalam Pakatan yang dibentuk oleh mereka, kerana dapat dilihat setiap kenyataan serta pendapat yang diberikan oleh pemimpin PAS sering di 'campak' oleh PKR dan DAP. Saya simpati dengan nasib PAS di dalam Pakatan, kerana mereka selalu disisihkan malah kewujudan mereka seolah-olah tidak dihargai oleh PKR dan DAP.
Takkanlah dalam parti PAS itu sudah ketandusan pemimpin sehingga mereka dari kalangan DAP juga dijulang oleh Anwar? Kesian Nik Aziz sampai sakit-sakit gara-gara kerakusan Anwar Ibrahim untuk menawan Putrajaya.
Bagaimana pula komen Lim Kit Siang agaknya dengan kenyataan PAS, bahawa untuk menjawat jawatan TPM seseorang itu haruslah memeluk Islam terlebih dahulu? Sanggupkah Lim dengan anak beranaknya menyahut seruan yang dibuat PAS ini?
Namun saya menyeru rakan-rakan pembaca untuk mendoakan yang baik-baik saja untuk Nik Aziz walaupun beliau sering mendoakan kecelakaan untuk pemimpin-pemimpin UMNO.
Kesian Tok Guru... sampai sakit-sakit berpolitik, rehatlah yer Tok Guru...
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-