Selesai misi di Pulau Pinang semalam, saya bersama Skuad JDAB2012 terus memasuki Kedah sekitar jam 8.00 malam. Tengah syok rehat, VC UiTM Dato Prof. Ir. Dr. Sahol menjemput saya, dan pasukan konvoi untuk makan malam serta bersantai bersama Datuk Latt Shariman di Kuala Kedah.
Tengah syok dok makan siakap sambil berbual-bual mengenai kegembiraan ibu bapa pelajar-pelajar miskin yang berjaya memasuki UiTM untuk mengikuti program Khas MDAB.
[Rujuk Sini]
Tiba-tiba BBM bertalu-talu masuk ada dari sahabat bloggers, ada dari mahasiswa, ada juga dari individu yang meluat dengan manusia bernama PapaGomo tetapi tidak menyatakan secara terbuka.
Antara pesanan BBM yang dikirimkan :
"Bro... Gomo balun you..."
"Hahaha... bro gomo mintak nyawa der!"
"Artikel gomo terbaru hentam UMB, sudah-sudah la gaduh bro pilihanraya dah dekat"
"YY Gomo fitnah UMB lagi, kena counter bro. Jgn harap blogger UMB lain, dorang tahu pulun tapi tak reti nak balun sbb takut dgn PapaGomo"
Saya hanya tersenyum, selepas itu saya klik capaikan link yang turut disertakan dalam BBM. Artikel blogger no.1 merangkap 'SIFU' saya sendiri mestilah kena baca, lebih-lebih lagi artikel yang disiarkan oleh seorang blogger yang bakal menentukan hidup mati UMNO dalam PRU yang akan datang.
Hahaha...
Ok, sebenarnya ada benar apa yang ditulis oleh PapaGomo atau beliau lebih selesa dipanggil
KING OF THE BLOGGERS atau
LORD OF THE BLOGGERS, tetapi bukan 100% - hanya 10% sahaja benar itu pun perlu melalui beberapa proses tapisan barulah boleh dipercayai.
Cuma nasihat saya kepada PapaGomo,
jangan kaitkan dengan bloggers yang lain. Saya terpaksa menjawab segala tuduhan ke atas UMB disebabkan semakin ramai yang naik meluat dengan karenah gila beliau. Tetapi mereka masih tidak menyatakannya secara terbuka.
Kalau bukan kerana meluat dengan sikap PapaGomo mana mungkin Datuk Latt Shariman turut mengeluarkan kenyataan
"gomo tak habis-habis cari gaduh?". Ketika saya bersamanya berkunjung ke rumah seorang pengikut tegar PAS di Kuala Kedah?
Saya pertahankan UMB sebab kami lakukan perkara betul selaku jentera parti, mengenai tuduhan RM300,000. Mungkin saudara pembaca perlu minta bukti dari PapaGomo sendiri kerana beliau yang selalu bermain dengan angka-angka ini.
Kerana setahu saya hanya PapaGomo yang pandai mengamalkan
'pau-pau move' beberapa agensi dan pemimpin kerajaan. Berani bersumpah PapaGomo tidak pernah, tidak menerima apa-apa peruntukkan atau imbuhan daripada agensi dan menteri sebagaimana PapaGomo selalu cabar Anwar Ibrahim?
Oh.. bersumpah menggunakan nama betul, bukan bersumpah dengan nama pena "saya papagomo bla...bla..bla..." kucing baca pun boleh gelak!
Jadi...
Buat 'SIFU' saya, usah risau atau gundah gulana. Saya akan menjawab satu-persatu 'NIAT' baik PapaGomo sebagaimana beliau nyatakan.
Qoute PapaGomo :
1) Tidak mahu wang UMNO dibazirkan.
Program Konvesyen Media Sosial apakah hasilnya setakat ini. Membazir ke tidak?
2) Elakkan UMB yang merupakan entiti UMNO dijadikan alat pemimpin tertentu.
UMB tidak terlibat menjadi alat bagi menghalalkan penyalahgunaan, penyelewengan yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin dalam UMNO. Bukan hari ini kata menteri 'PONDAN' esok lusa kata 'MANTAP'. Pendek kata puji bila ada imbuhan, keji bila imbuhan dihentikan.
3) Menghapuskan KASTA yang UMB selalu labelkan "Ini Orang UMB dan Ini Bukan UMB"
- Siapa yang wujudkan KASTA terlebih dahulu? Ingat balik peristiwa selepas Pilihanraya Sarawak. (SIAPA NAIKKAN LOGO "KAMI BUKAN BLOGGER UMB!"
4) Memastikan semua pejuang maya meraih hasil yang sama rata sama rasa mengikut tugas yang dipertanggungjawapkan dan kekuataan Blog tersebut. -
Ayat macam Anwar Ibrahim "sama rata, sama rasa" - NFC berapa sebenarnya jumlah diperolehi tetapi berapa pula jumlah yang diterima oleh bloggers yang terlibat membantu menjawab isu NFC? (The Untold Story ketika pertemuan saya dengan individu yang menguruskan operasi NFC di Restoran Meatworks - nak tahu tak?)
5) Tidak memilih puak dalam pemberian bantuan baik dari kewangan ataupun kelengkapan. "Orang UMB layak Bukan UMB tak layak"
Sudah-sudah la rekayasa fitnah sahabatku PapaGomo. UMB bantu selagi termampu tanpa meletakkan sebarang syarat jika ada blogger yang berhadapan masalah. Tak percaya? [KLIK & BACA SAMPAI HABIS]
6) Dahagakan kekuatan sebenar pejuang maya untuk disatukan tampa mengira fahaman asalkan terus menyokong Kerajaan BN.
Siapa yang tidak mahu bersatu, siapa yang bersikap berlagak sombong, siapa yang menepuk meja di hadapan pemimpin, siapa yang menyindir, mengutuk, menghina, mengfitnah bila ada blogger yang mengaku mereka UMB?
Siapa yang sebaik sahaja bersalaman mengeluarkan kenyataan "dapat ke sarawak sebab jilat Tun Faisal, ingat gua pekak? Ada atau tidak saya sms ucapkan agar PapaGomo selamat ketika beliau ke Somalia? - Jika saya ingin amalkan perpecahan, buat apa saya sms lebih-lebih lagi cacian dan kejian yang saya terima?
Oh... sebelum terlupa siapa yang berlagak sombong ketika gua sapa di malam penghargaan UMNO kepada media selepas Perhimpunan Agung UMNO yang lepas hanya kerana beliau lengkap memakai vest berbutang tiga (mujur tak pakai riben macam Kadiq Sheikh Fadzir je. kah3!)
Bukankah UMB dilabel sebagai bloggers lembik oleh PapaGomo sendiri? (Nampaknya PapaGomo turut melabelkan kawan-kawan yang PapaGomo tahu berada di bawah UMB sebagai lembik. Bukan begitu?)
Lagi qoute PapaGomo :
"Tidak mahulah seperti kisah 2 orang Blogger yang dulunya dididik dan diberi makan oleh Gomo kini menjadi pencacai kepada seorang EXCO pemuda Umno"
Nyatakan bila kamu beri saya makan, di mana, berapa banyak - Seingat saya, saya hanya pernah makan sepinggan nasi ayam bersama dua lagi bloggers?
Tetapi jangan lupa pula siapa yang bayar di Old Town White Coffee.
(lol macam budak-budak gua rasa layan qoute PapaGomo sedangkan kami sebaya kehkehkeh!)
Siapa yang hubungi saya setiap kali datang ke Bukit Bintang?
Apakah perlu kita berlagak sombong jika rakan call ajak minum sekejap?
Bukankah bekas Ketua Wira Perkasa turut bersama, dan selalunya beliau yang kena 'pau' sebab masa itu PapaGomo belum kaya seperti sekarang dan masih berkereta biasa-biasa sahaja.
Qoute PapaGomo seterusnya :
Dan inilah juga ketakutan apabila RAHSIA wang yang disonglap dan juga Projek yang dijaja kononya untuk membantu Blogger takut terdedah.
Dedahkan sahaja, memang sudah lama saya tunggu. Namakan siapa, jawatan apa, berapa jumlahnya. Selepas itu saya akan beritahu siapa sebenarnya yang melacurkan blogger.
Qoute paling best PapaGomo seterusnya :
Hari ini Double Y dan Aku Peduli Apa cukup hebat menyerang Papa Gomo. Ya mungkin sebab Gomo tidak mampu memberikan hasil wang ringgit tiap tiap bulan ataupun baju yang berlogo serta membawa bercuti ke sana kemari maka Gomo tidak menguntungkan.
Ololololo...
Sedihnya, nak nangis gua rasa bro...
Siapa yang bercuti naik Cruise sehingga ke Bali, Indonesia?
Siapa yang tukar kereta baru?
Siapa yang ada kondominium baru?
Paling gempak dan best dari PapaGomo :
adress Blog nya adalah Yuseri Yusof dan anda boleh tanya beliau siapa yang memberikan tunjuk ajar berblogg. Malah boleh tanya beliau sewaktu beliau hendak memulakan Blog siapa yang memberikan nasihat untuk memilih nama blog.
Benar, jika ikut PapaGomo waktu itu. Saya mungkin blogger yang tidak berwajah. Blogger yang menulis apa sahaja tuduhan serta fitnah tetapi tidak bertanggungjawab dengan penulisan saya.
Tetapi bagaimana cara berblogging, mengumpul maklumat, akses maklumat, serta mengupas isu rasanya langsung tiada AJARAN dari PapaGomo yang saya terima.
Jadi saya wajar ucapkan terima kasih kepada PapaGomo kerana MENASIHATI saya supaya menggunakan anonymous atau blogger tidak berwajah. Tetapi nampaknya saya keras kepala kerana tak ikut nasihat 'SIFU'.
Hahaha...
Cukup dahulu untuk bahagian pengenalan sinetron
SIRI BERCAKAP DENGAN PAPAGOMO.
Saya akan menyambung untuk bahagian seterusnya setelah selesai melaksanakan misi membantu anak-anak lepasan SPM yang miskin melanjutkan pengajian sebagaimana diharapkan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.
Setakat ini hasil budi bicara saya dengan Aizuddin Mohd Ghazali Timbalan Presiden GDAB dengan persetujuan Dato Sahol.
Alhamdullilah saya sudah membantu lebih 100 pelajar lepasan SPM yang miskin masuk terus ke UiTM setelah saya melihat keputusan peperiksaan mereka cemerlang dan harapan besar di wajah-wajah ibu bapa mereka.
Kerana saya tidak berblogging dari kerusi empuk di rumah. Tengok hujung bulan wang ada masuk dalam akaun. Tapi bertindak seolah-olah bayi suci yang baru dilahirkan.
Selesai saya laksanakan amanah dan aspirasi PM. Saya akan sambung episod seterusnya
.
Saya hanya menjawab tuduhan bukan membuat serangan melulu, saya juga jenis 'outspoken' macam PapaGomo. Tetapi jika ada yang tidak bersetuju saya tetap terima dan hormat pandangan anda. Kerana setiap manusia mempunyai pendapat dan persepsi yang berbeza lebih-lebih lagi dalam politik.
Sudah-sudahlah PapaGomo tabur fitnah, tak rugi mengaku salah sebagaimana saya akui kesilapan saya dahulu terhadap seorang blogger otai lalu saya memohon maaf selepas digesa oleh PapaGomo sendiri.
Tak semua kita buat itu betul atau perlu diberitahu kepada semua melalui di laman blog wahai 'SIFU' yang bernama PapaGomo - Harap-harap PapaGomo tak menangis macam baby di bawah :
Jangan lupa klik LIKE & SHARE artikel PapaGomo
[DISINI]
YY : Kes Scorpene dulu nampak macam saya kalah.Tetapi agaknya kenapa beberapa individu dalam MINDEF says "Thanks bro, u dah buat apa yang patut..." - Damn... I don't fuck with the best. But i fuck with a MORON!