Gambar di atas bertarikh 14 November 2014, di mana hari Datuk Mustafa Ibrahim dilantik menggantikan Datuk Aloyah Mamat sebagai Ketua Pengarah Imigresen.
Selepas ketengahkan kes pegawai Imigresen TPP1, Johari Supardi yang dikatakan diarah bertukar selepas beberapa hari menolak suapan dan membuat pemeriksaan ke atas sebuah restoran di Selangor yang dimiliki oleh kenalan kepada Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim.
Saya bertindak berdiam diri seketika, tujuan saya untuk melihat respon daripada Datuk Mustafa sendiri.
Harapan saya supaya Datuk KP tampil membuat penafian atau seseorang akan dihantar untuk memberi penjelasan kepada saya.
Jangkaan saya tepat - sebaik artikel tersebut disiarkan, saya dihubungi seseorang melalui laman whatsapp.
Malangnya, dua alasan bodoh yang mampu diberikan oleh individu tersebut kepada saya.
Demi menjaga nama baik beliau, kita abaikan saja identiti sahabat yang bertindak perantara kepada Datuk KP Imigresen.
Saya tidak tahu apa niat beliau, namun antara alasan yang diberikan bagi menjawab pertanyaan saya adalah ;
- TPP1, Johari Supardi secara sukarela minta ditukarkan dari bahagian Penguatkuasaan di Jabatan Imigresen Negeri Selangor ke Depo Tahanan Imigresen yang terletak di Ajil.
- TPP1, Johari Supardi belum menerima surat pertukaran - jadi isu yang saya ketengahkan tidak sepatutnya timbul.
Saya percaya majoriti kakitangan Imigresen akan ketawa terbahak-bahak bila membaca alasan pertama Johari Supardi ditukarkan.
Lebih mencuit hati, Johari Supardi tidak menerima sebarang surat pertukaran - ironinya bagaimana surat tersebut boleh terlepas dan didedahkan dalam artikel sebelum ini?
Logikkah pegawai berpangkat TPP1 Jabatan Imigresen Negeri Selangor yang bertugas di bahagian penguatkuasaan secara sukarela minta ditukar menjaga Depo Tahanan Imigresen di Ajil, Terengganu sedangkan isteri beliau berada di Selangor?
Bagero punya alasan...!
Tak mengapa, kita ketepikan kes membabitkan TPP1, Johari Supardi - kita terima saja dua alasan tersebut.
Saya mahu tanya soalan terbaru, apakah benar baru-baru ini - Pengarah Imigresen Negeri Selangor telah dipanggil oleh pegawai dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertujuan untuk ditukarkan?
Di mana dalam temubual antara pegawai JPA dan Pengarah Imigresen Selangor itu - pegawai JPA bertanyakan soalan.
"Macam mana hubungan awak dengan Datuk KP...?"
Bersambung, bila saya rasa nak sambung OK..!
Datuk Mustafa Ibrahim buat rilek je, makan Tom Yam seperti biasa OK.
Kita layan lagu dulu...
Arioss...!
YY : tolong simpan alasan mahu tolong Melayu - kerana kalau nak tolong Melayu sekalipun tidak perlu aniaya pegawai bawahan - Apa punya turrr level KP JIM kalau ini macam...?
Lain macam, YY nak buat comeback ke bro?
ReplyDelete