Thursday, May 21, 2015

AGM MATTA 2015-2017 : Segera Buat Perubahan, Singkirkan Presiden Yang Terlibat Jenayah Ugutan!



Menjelang dua hari sebelum Pemilihan Agung Tahunan (AGM) kali ke-40, Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang dijadualkan pada 23 Mei 2015, Sabtu di Manhattan Ballrom, Hotel Berjaya Times Square.

Saya turut terpanggil untuk menceritakan permasalahan yang berlaku dalam MATTA selepas membaca artikel dari blog MAHAGURU58 [SINI]

Difahamkan Hamzah Rahmat mahu mempertahankan jawatan sebagai Presiden, jadi di sini saya ingin menceritakan kegagalan selain kes jenayah ugutan membabitkan beliau.

Menurut laporan polis yang dibuat pada 22 Disember 2013, pengadu mendakwa Hamzah Rahmat telah menyimbah cat di depan pintu masuk pejabat miliknya.



Terdapat satu surat aduan yang dihantar ke pejabat MATTA yang mengatakan Hamzah Rahmat berhutang sebanyak RM123,449.42 dengan Omega Travel & Tours Sdn Bhd.



Malah sejak Hamzah Rahmat menjadi Presiden, buat pertama kali MATTA tidak dilantik mewakili Malaysian Tourism Board di mana ia satu kerugian buat MATTA serta ahli yang bernaung di bawahnya.

Ada juga khabar angin yang mengatakan Hamzah Rahmat bukanlah pemilik syarikat pelancongan tetapi pekerja Bestar Travel Center Sdn Bhd.

Selain itu, timbul dakwaan di kalangan ahli MATTA bahawa Hamzah Rahmat telah menggantungkan keahlian Datuk Khalid serta beberapa AJK induk tanpa alasan munasabah.

Justeru, soalan saya apakah individu seperti Hamzah Rahmat perlu dikekalkan sebagai Presiden MATTA dalam AGM yang bakal dijalankan pada 23 Mei ini?

Sudah tiba masanya MATTA dipimpin oleh individu yang lebih berkredibiliti..!

Arioss...!




1 comment:

  1. Jika benar perkara ini berlaku, Hamzah tidak sepatutnya di benarkan mempertahankan jawatannya. Ini memberi persepsi yang buruk terhadap NGo seperti Matta. Pihak Polis seharusnya meneruskan siasatan dan sekiranya benar harus diambil tindakan. Semoga pemilihan kali ini, ahli ahli akan bijak memilih Presiden baru.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-